Soalan lawak budak darjah 3

Aku memang promoter Sunway Lagoon tak bergaji hohoho
Assalamualaikum.

Ha ha ha. Hangpa tengok tajuk entry ni pun, memang 100000% hangpa tau lah aku nak cerita pasal apa. Heheee.

Sebelum aku start, pastikan anda bersiap sedia untuk ketawa hahahahahahahaha. Walaupun tak lawak mana, please ketawa lewlsssssssssss.

Ok macam ni ceritanya;

Semalam, nenek aku dengan mokde aku bersama anak-anak beliau /sepupu aku lah kiranya/ datang rumah aku dekat Klang ni hah.

Diorang datang drpd Johor. Tapi sebelum ke sini, diorang singgah Nilai dulu sebab nak jumpa anak mokde aku yang belajar dekat USIM.


Masa otw drpd Nilai ke Klang, sepupu aku nampaklah satu papan iklan atau bahasa omputihnya ads-board /sukati aku je/ dekat tepi highway tu.

Sepupu aku yang baru darjah 3 ni, memang blur dan sangatlah naive. Dia pun tanyalah pakcik aku /pakcik aku yang tumpangkan kereta beliau untuk bawa mereka ke Klang/ 
"Pakcik, orang nak pergi Sunway Lagoon boleh tak?"
"1 kepala pun dah seratus lebih... Ko ada duit ke? Hahahaha"
"Aik kepala je? Habis tu, badan berapa?"
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" 

Tanpa sebarang jawapan yang dia terima, bukan setakat pakcik aku je ketawa, satu kereta ketawakan dia.

Tapi, disebabkan dia memang innocent tahap kau buat jahat dekat dia pun dia tak faham lol jadi dia pun relax je lah sambil buat muka "macam takde pape berlaku" lepas orang dah gelakkan dia kaw kaw punya.

Sampai je dekat rumah aku, mokde aku pun cerita lah benda ni.

Kitorang semua dekat rumah ni, bantai gelak ahhh gila ko tak gelak kalau soalan dia macam tu hahahaha.
"Logik jugak soalan dia tu.. Kepala je, badan kaki tangan berapa ringgit pulak? Hahahaaha"
"Engko nak masuk sunway, penggal kepala je lah. Kaki jangan jejak hahahaha"
"HAHAHAAHA Duit untuk kepala pun tak cukup!"
Itulah respond kitorang semua yang dekat rumah ni. Tapi dia tetap dengan poker face dia tu.

Kesimpulannya, tolong gunakan bahasa mudah kalau nak bercakap dengan budak darjah 3 hahahaha.

Kalau tidak, nasib dia sama je dengan sepupu aku sorang ni hah. Sampai ke sudah tak faham kenapa orang gelakkan dia lol.

Kasihan. Tapi apa aku mampu buat?

Aku hanya mampu gelak. Sebab dia memang lawak! Kahkahkah!


Kbye Assalamualaikum.

2 comments :

Niena Reen said...

Hahaha.. Memang kelakor aih.. Innocent lagi tu.. Tak apalah.. Nanti dah besar sikit mesti faham kenapa orang gelakkan dia.. Hikhik, kesian.. :D

NurIzzah Inshirah said...

jemput join giveaway ni :)

hyunragiveawayblog.blogspot.com/2013/12/miracle-in-december-giveaway-by.html