Rushing


Assalamualaikum and hello anok-anok sekalian.

Ya Allah, rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa dekat blog ni. Rasa macam lama gile tak taip entry.

Ada sesiapa yang rindu dekat guwa tak? Lol what a silly question hahahaha.

Serius weh, aku rindu gila nak menaip entry walaupun entry kosong takde benda yang cuba disampaikan pun hehe.

Rindu nak blogwalking, baca blog orang lain, admire someone who blogs and earn money at the same time (paling lol) daaaaaaan yang paling rindu ialah puji blog sendiri lepas edit template kahkahkah.

Aku tahu aku lame but who cares hahahaha. I'm just super excited sebab memang dah lama gila tak update blog. Bukan sebab aku takde masa atau takde idea, tapi laptop aku rosak. Papa pun nampak macam takde niat nak betulkan laptop tu, so aku pasrah je la.

"Pesal tak pakai henpon"

Well, that sounds genius. Tapi ampun maaf dipinta, aku malas nak menaip entry guna henpon sebab feeling dia lain. Leceh, screen kecik, susah. Ah, name it. Aku mampu bagi seribu alasan untuk tak update entry guna henpon.

TAPI, kalau aku tetiba update entry baru and entry baru tu aku taip dekat henpon, anggap je lah aku tak pernah cakap semua alasan tu kehkehkeh.

"Pesal tak gi cc ke rumah jiran ke"

Jujur, aku tak suka gi cc. Sebab aku rasa cam aku alien kat situ. Kenapa? Hahaha sebab yang lain semua lelaki. Awkward oh!

Dah lah cc kat sini macam tak ketat sangat. Takde privacy. Aku akan rasa sangat insecure sebab rasa cam ada orang tengok daripada belakang, apa yang aku buat, padahal aku tak buat salah pun. Paling tak aku layan drama je hahaha.

Pasal rumah jiran pulak, kau expect aku gi rumah jiran lepas tu like a boss "makcik pinjam laptop, saya nak update blog" Kalau aku kena baling dengan periuk kuali, aku carik siapa yang tukang bagi idea yang paling bernas ni mwehehehe.

"Beli la laptop baru pedehal" 

Kalaulah duit tu boleh turun daripada langit setiap kali aku rasa aku nak duit........krik...krik...

Ok lets just drop that topic. Aku belum habis exam lagi ni, ada lagi tiga paper tambah satu ujian amali (eksperimen dekat lab sorg-sorg tu) Kalau ada yang tak tahu pebenda amali ni, Insya Allah, kalau aku ada masa, aku akan buat satu entry untuk terangkan apa dia "amali" tu.

Till here, will miss you no i mean you guys gonna miss me hahahah.

Bye, Assalamualaikum.