Fizik


Assalamualaikum.

Huyoo tajuk paling membunuh. Masa menaip tajuk tu pun dah cukup buat aku seram sejuk.

Cerita dia macam ni. Hari Isnin hari tu aku exam Fizik.


Adalah seorang manusia tu, berlagak dia kemain lagi. Kononnya, fizik tu senang kacang macam Sivik /padahal sivik aku B je weh/ Kesimpulannya, dekat sini manusia tu pergi study Fizik a.k.a subjek paling membunuh abad ini selain biologi lol sehari sebelum exam.

Kalau bijak sangat boleh lah jugak. Sekali masa jawab, terkial-kial. Minum air je lebih. Jawabnya idok.

Formula sheet yang ada depan mata pun memang tak berapa nak berguna masa tu. Padan muka.

Siapa suruh malas belajar. Siapa suruh leka sangat. Siapa suruh buat benda-benda lagha tu. Siapa suruh siapa suruh. Padan muka sekali lagi.


Pagi tadi sekali lagi manusia tu buat hal. Exam agama pagi tadi. Malam sebelum tu baru nak baca. Baca mende kalau pukul 8 sampai 10 membuta. Bangun baca 2 bab lepas tu sambung tidur sampai ke pagi pukul 5. Pagi tu terkial-kial nak baca buku.

Masa jawab paper, sekali lagi, kerja minum air je. Jawab pun macam eh betul ke eh ye ke eh hentam je lah.

Sampai tak boleh nak decide; soalan susah ke engkau yang tak baca buku.

Padan muka buat kali ketiga.

Time sebelum jawab paper agama, teacher manusia tu masuk, lepas tu classmates manusia pun mula lah bertanya pasal paper Fizik. Lulus ke idok, berapa ramai gagal, berapa ramai dapat A.


Then teacher yang comel tu pun jawab dengan muka paling serius.

"Takde sapa dapat A. Paling tinggi 67" Paling tinggi 67, which is just B.

Masa tu manusia yang study last minute tu terus jadi tak betul. Jantung keluar masuk keluar masuk /gaya bahasa hiperbola diselitkan di sini keke/

Ok manusia tu memang aku. Lol. Aku serius ni. That's me.

Aku macam dah "kalau paling tinggi pun 67 which is sipi sipi je nak ke C, aku dapat apa ohhh?"

Macam tu lah cerita dia.

Aku cerita memang beria sikit. Semoga anda pun beria semasa membaca. Lol. Hambarnya.

Kbye. Assalamualaikum.


#RandomLagi


Assalamualaikum.

Hello. Terus terang, aku rindu nak menaip sebab tu aku duk taip entry ni padahal takde benda nak disampaikan pun.

Macam biasa, aku nak exam Khamis ni. Aku rasa setiap kali aku nak exam, aku taip entry baru. Padahal, bila nak exam lah, semua orang sibuk menyelak buku, kalau boleh nak telan buku terus.

Tapi aku masih leka. Bila jauh daripada exam, takde pulak perasaan nak menaip entry. Apakah semua ni? Semua ni apakah?


Bila dah tiba exam, mula lah aku buat perangai pergi duk usha gooddrama.net. Oh ya, kepada yang tak tahu atau yang buat-buat tak tahu, aku memang boleh digelarkan as "k-drama maniac" tbh.

Cakap je drama apa. Tapi lately memang dah jarang sikit sebab aku busy memanjang. Pagi sekolah, petang kawad, malam membuta tak pun layan drama dekat tv. Hahaha. Kesimpulannya, aku tetap layan drama cuma bukan online.

Last drama aku tengok, hmmmm Sly and Single Again a.k.a Cunning Single Lady. Aku tengok sampai episode 10 je kot. Entah aku lupa. Lepas tu terbengkalai sebab aku dah busy.

Sebelum drama tu, aku layan Emergency Couple. Ini semua sebab time tu aku addict gila dengan jihyo sebab dia makin lama makin lawo. Blame her sebab cantik sangat lol.

Tapi drama tu pun aku tak habis tengok. Aku tengok sampai episode 16 je. Episode 17 (last ep) aku tak tengok sampai sekarang sebab aku takde mood nak habiskan.

Buat masa sekarang memang dah 4 drama aku tergantung. Termasuk drama King 2 Heart dengan Lie To Me. Lie To Me tu tinggal episode akhir je sebab time aku tengok tu takde internet so aku tengok mana yang ada dalam laptop je. Sampai sekarang aku tak tahu kesudahan cerita tu.


Sorry. Aku kalau dah cerita pasal kdrama memang lain sikit. Over. Kahkahkah.

Back to the topic, cite dia camni. Aku nak exam Khamis ni paper BI tapi satu benda pun aku tak study lagi. Usahkan study, selak buku pun belum.

Ok tipu, sebenarnya, meja belajar aku pun belum sempat kemas lagi sebab aku busy sangat dan kelam kabut so keadaan meja belajar memang messy gila sampai buat aku rasa tak nak menuju ke arahnya lol

Kesimpulannya kat sini, aku nak mintak engkorang nasihatkan aku supaya sedar diri yang exam mengejar aku lagi laju daripada cheetah.

Dannnnnnnn doakan yang terbaik untuk aku. Wish me pass with flying colours. Amin.

Oh terlupa pulak. Sebelum ni aku memang dah banyak kali bagitahu yang aku busy kawad sampai aku rasa ada yang duk cakap "kau ni 24 jam kawad ke pe sampai tak sempat buat keje lain"

The thing is, I made it. We made it. Satu plantun buat yang terbaik dan rezeki berpihak pada kami. So we won it, johan krs puteri peringkat daerah Klang. Congrats aze #Kalaubukanakuyangucapcongratssapelagiweh


Aku nak engkorang wish congrats and gudluck macam diorang buat hehehe
Hashtag paling panjang aku boleh buat. Mohon korang ucap tahniah sebab aku kempunan benda tu. Kbai jangan bash aku sebab aku rasa ni entry paling annoying aku pernah taip.

Ampun maaf dipinta. Assalamualaikum.


I am waiting for this. Seriously.