[REVIEW] Shopping King Louie


Assalamualaikum. 

Seeing me here again lepas update satu entry semalam sangat sangat menunjukkan aku bosan & aku excited gila nak buat review pasal drama ni.

So basically i just finished watching this drama few minutes ago. Dan of course aku masih belum boleh move on. This drama got me goes like wow. Kudos kudos kudos. Since aku baru habis, so ingatan aku masih fresh hahaha.

It gonna be a lot of spoiler so pls, kalau hangpa benci spoiler pls jangan baca. Aku cadangkan korang terus je gi tengok this drama HERE and enjoy yourself. You gonna love it! Believe me im 99% sure. Unless kau tak suka kisah cinta manis manis camni. Gentre drama ni romcom, family & friendship. If you into Action or thriller, not a good drama for you la tapi tak salah give it a try. Aku pun suka action drama but this drama was superb.


Ok biar aku explain briefly about this drama. Tajuk dia memang nampak tak menarik langsung hahahahahah sebab memula aku nampak tajuk dia pun aku cam "aduh drama apa pulak ni mengarut je tajuk" and aku tak rasa nak tengok langsung.

But then i saw a lot of screenshot dekat twitter bila aku duk scroll timeline. Aku pun cam "drama apeni ada seo inguk kot" and turned out that it was this drama. So as soon as aku balik Klang, i watch the first episode and im stuck. Aku takleh stop tengok kot kalau tak caye tanya ibu sebab bape kali dah ibu membebel suruh stop hahahaha.

Drama ni pasal this one guy yang sangat sangat dimanjakan sebab dia the only cucu kepada sorang nenek yang kaya gila. Tapi dia duduk luar negara sebab nenek dia pi percaya cakap tukang tilik yang katanya dia takleh duduk dengan orang yang dia sayang sebab diorang akan mati. Ya, anak dengan menantu dia dah takde so dia pun percayalah.

So one day, cucu dia ni pun balik lah Seoul. Tetiba eksiden. And mati. Tapi actually takpun, dia kena rompak then lupa ingatan and terus jadi homeless. But there is this one girl yang tolong cucu dia ni sebab dia rasa lelaki tu ada kaitan dengan adik dia yang hilang entah kat mana sebab lelaki tu pakai baju adik dia. So dia tolong even dia sendiri pun tak mampu nak sewa rumah.


Nak tau apa jadi lepas tu? Ha tengok sendiri. Memang best gila. And the main thing is, sweet nak mati. Hahhahahaha. Drama ni tak macam drama korea lain yang pasal lelaki kaya & handsome tolong perempuan miskin. Drama ni more like perempuan miskin tolong lelaki yang tak tahu pun dia actually kaya untuk gain memory balik. And this guy punya character is so damn pelik.


Aku memang suka watak watak pelik camni so aku sukala drama ni hahaha. The idea macam fresh gila bagi aku. Watak lelaki tu macam 4D sikit. Kebanyakkan watak dalam drama ni pun memang 4D. Seriously. Tapi tu lah yang buat drama ni lain. Comel, kelakar & sweet in it own way.



Aku serius tak pernah tengok drama yang jenis macam ni. The bonding between each character memang awesome. Even the villian pun! Villian dalam ni pun innocent macam watak lain hahahaha. Kau memang akan ada banyak otp yang kau akan ship bila tengok this drama. Aku ship sampai 5 otp kot ahhahahahaha.



Memang comel gila aku tak tipu serius comel. Comel sampai tahap aku cam tak tahu nak bandingkan dengan apa hahahahha. Tapi tula, tak semua suka benda yang comel kan hahaha. Kadang kadang memang menjengkelkan bila tengok lelaki acaca comel tapi cite ni lain. Aku tak rasa menyampah langsung sebab dalam kecomelan dia tu ada gak manly side gitew.

Kalau jambu teruks kau ingat aku nak tengok sampai habis? Aku dah la allergic drama yang lelaki bersifat keperempuanan hahahha i don't even watch drama yang hero rambut panjang or suara dia kecik. Hahhahaha im picky but when i say drama tu best, it really is.

So pendek cerita, jangan lupa tengok. You guys can watch it online HERE or download dekat mana mana sebab aku tak tahu kat mana boleh download hahahhaha.

I hope you guys love it. Because i am. Ohya, the moral value pun bagus. Korang akan gain something lepas tengok & what i learnt is; be kind to everyone & appreciate others. 

See ya.


"I’ll say this to you for the rest of our lives. ‘Just trust me’." -Louie


Ssup?


Takde jalan shortcut kalau nak berjaya. Work your ass off hard!

Assalamualaikum.

Ssup im back. So basically aku memang ada renovate sikit blog ni which is aku delete entry dulu dulu. Bukan delete, aku terlaluuuuu sayang nak delete sebab kenangan kot. Ye la, kat situ lah aku boleh meratapi dengan gelakkan balik the noob me.

Tapi tula, aku tak sanggup nak bagi public tengok zaman noob aku, so aku end up taruk dekat draft. Senang. Kalau tetiba rasa nak ketawakan diri sendiri, aku baca. Hahahahah.

And one more thing, aku jugak dah draftkan segala jenis tutorial & freebies yang ada. Most of the tutorial rasanya macam dah tak valid since aku buat benda tu years before. And aku pun tak update segala tutorial tu.

Sorry, tak rajin. Pelik gak ah cane dulu aku boleh spend my whole day mengadap laptop duk edit sana edit sini blogwalking sana sini join contest sana sini buat entry setiap hari. Manatah aku dapat kerajinan tu. Nak rajin macam dulu tapi tula, once you go "malas" you will never go back. Gitew.

Im really sorry kalau mengecewakan sesiapa tapi aku syak takde sape kisah pun sebab viewers aku pun dah ciput sebab yela, blog ni pun bukannya hidup sangat.

And disebabkan tu jugak, aku nak tukar blog ni jadi something personal. I will just post something about me, my life, my surrounding and anything yang aku nak cakap. It can be my opinion or my interest. Yang penting pasal aku lah. Eh biasalah, orang yang obses dekat diri sendiri memang camni. HAHAHAHAH.

No lah, im just; have no time untuk share benda yang takde kaitan dengan aku. Tapi aku akan cuba share benda yang inspiringlah. Takde lah nak sembang benda takde pekdah. Aku just nak story benda yang ada pekdah je contohnya cam haritu aku gi tandas dekat Pasar Payang, Terengganu & aku kena bayar 30sen tapi tandas tu tak bersih pun. Nampak tak pekdahnya kat mana?

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, customer deserve better service kalau diorang dikenakan bayaran. Aku faham mungkin bayaran tu untuk kos air but it doesn't make sense. Dah sah sah tempat tu tumpuan pelancong so why not they did something untuk make it more mesra-pelancong?

Sorry ter-emosi. Ok contoh entry aku dodolu yang takde pekdah pulak contohnya macam aku duk sembang hajat aku ke tandas tu. Nobody caresssssssssssssssssssss. Kan? And insya Allah, i'll try to selit a quote per entry so that aku dapatlah inspire other to stay positive. Setakat sembang pasal tandas, mana nak nampak inpiring nya tu tang mana en hahahahaha.

Ok let's just make it simple, wait for my new comeback. Harapnya bukan omong kosong aja ya ibuknya. Semoga aku kembali rajin. Amin. Dahla sebelum aku merapu, chaw!

See ya in my new entry. Assalamualaikum & bye!

Visible again

Assalamualaikum.

HAHAHAAHAHAHAHA ok dah berapa hari eh aku private blog? K memang confirm takde sape perasan selain practicumate aku sebab diorang je bahan aku setiap hari. Aku private pun sebab diorang xD

So basically aku memang malu gila nak make this blog public again sebab entry aku memang kebanyakannya sampah belaka /did i just used belaka here?/ so sebelum make it public, aku dah draft semua entry yang tah pape. So hangpa tak payah buang masa nak pergi scroll sampai 3-4 hari cari entry lama aku.

Tak perlu kot berkorban masa tenaga dan data untuk aku. Tak perlu kot gigih sangat sebab aku dah draft semua. Tak perlu tak perlu. HAHAHAHA. Cukup lah korang baca yang separa-sampah je lol. Gosh, i just invented a new term, tepuk sikit. Lame aze, lame!

Drop that, ok kepada practicumate tersayang, sila baca puas puas, and kalau buat perangai lagi, aku serius akan tulis kat blog HAHAAHAHAHAHHAHAHAHAH. Siap letak muka sekmu sekali /ugut ni ugut/

I'M LEAVING


Assalamualaikum.

Yo. Well, korang tahu kan, im turning 18 this year so sekarang ni memang dalam era "leaving home to pursue study" so ya, im going to leave home less than a week.

Perasaan? Freaking scary! Untuk someone yang tak pernah berjauhan daripada rumah, well pls exclude balik kampung bersama keluarga tercinta hahaha. Even kalau balik kampung lebih 3 hari pun aku dah sibuk nak balik rumah. Homesick.

Yup exactly. Aku memang jenis yang kuat homesick. Bila aku mula rasa tak selesa, i miss home. Bila aku tak dapat minum air sejuk, i miss home. Thats how i live. Lame but thats me.

Biasalah, aku mana pernah masuk asrama. Camping? Pernah la sekali dua, tu pun sebab KENA join bukan sebab NAK join ha ha ha. Masa sekolah menengah, kalau kena join camp, aku memang akan cheat. Aku balik sehari awal hahahahaha. You cannot fight homesick if you still have a way to go home. Nah.

So, aku harap dengan pemergian aku pergh did i just say "pemergian" then why bm aku A- hahahahahhaaha. Ok drop that. Dengan pemergian aku ke Matrikulasi Penang, ya, im going to Penang, aku harap dapat lah aku hilangkan homesick aku ni. Sebelum makin parah.

Bye to all of you and wish me luck! Aku tak rasa aku akan update apa apa lagi dekat blog hahaha. Even time aku dekat rumah pun tak update blog so don't expect me to update my life there cus im pretty sure i won't hehehe. Ampun, im just too lazy to type. Kalaulah blog ada sistem voice, so i just have to talk kekeke.

Miss me right, and wait for my next update! Bye.


Desperately looking for a hobby


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, finally im writting again. Aku dah banyak kali cuba taip an entry, but failed epicly; selalu stuck dekat title & intro; so i ended up, tekan backspace dengan kelajuan maksima. Faster than any human can imagine /angkat kening/

Let's get back to topic! Aku rasa macam keluar topic ni dah jadi macam habit pulak hahahaha. Ok drop that. So; HOBBY.

Basically, people usually get confused between "things you love to do" and "things you always do" Ok honestly aku tak tahu kalau korang pun confuse benda yang sama cus i did. So here is the real definition of hobby;
an activity done regularly in one's leisure time for pleasure.
So its a combination of thing you love & always do. Ada ke orang yang tak gembira bila buat benda yang dia suka? Haaaaaaaaaaa thats why you need hobby to be happy & maybe happier than now?

Orite, let's create a situation untuk tunjuk betapa pentingnya hobby.


Selalunya, some borang akan ada satu column "hobby" & untuk orang-orang yang macam kita or should i say, orang-orang yang takde hobi & tak tahu pun hobi tu apa, this column jadi sangat disturbing and annoying. 

Gosh!

So korang be like "I don't even know apa maksud sebenar hobi ni and you guys expect me to fill in that column? Im so done!" and akhirnya korang tinggalkan je column tu kosong tak berpenghuni.

Normally, korang akan terfikir something like "tengok tv" and "surf internet" tapi korang rasa macam hobby tu kurang produktif untuk ditulis dekat column tu so korang cuba untuk fikir benda lain. But, thats it. Dekat situ, barulah korang sedar yang actually korang ni memang tak buat aktiviti yang produktif during your leasure time. No doubt man no doubt. 

So, after few times mengalami benda yang sama, korang pun macam malu and frust dengan diri sendiri so korang rasa macam korang perlukan satu hobi. 

And because of that! Korang sekarang ni desperately looking for a hobby so that masa lapang korang lebih produktif & korang tak perlu pening pening pusing pusing sampai tahap menginsafi diri sendiri sebab selalu buat benda tak produktif time nak isi dekat borang lepas ni.

So........................ that's why i created this entry. Dengan niat yang tulus suci, aku cuba nak tolong orang-orang yang takde hobi untuk ada satu hobi. At least! 

Here it is, what if korang list kan semua benda yang korang suka buat & selalu buat. From that, at least korang boleh jumpa a hobby yang betul betul macam hobi & jadikan hobi tu hobi korang yang sebenar & hobi yang tak jadi masalah kalau tulis dalam borang. Omg, patutlah result bm aku mengecewakan, ayat serupa alien. Hahahahhaha.

This is mine, try to write down yours.

Things i love to do;
Watching TV
Doing DIY stuffs
Eating (snacks yang ada kat rumah never last more than 2 days)
Listening to music 
Bowling
Watching movies at cinema

Things i always do;
Reading stuffs on the internet (not i-love-book kind of person)
Surfing internet (watch videos, scrolling my twitter & instagram)
Watching tv (almost all the time)
Eating (again)


Thats it. Baru harini aku perasan benda yang aku suka and selalu buat semua membosankan hahahahhahahaha takde langsung yang adventure lololololol. No wonder life aku lame je kahkahkah. Sadisnya hidup gini, dah la ayat serupa alien, lame pulak tu ahhahahaha.  

So, based on that list, i try to pick one activity untuk jadi hobi aku & aku rasa cuma ada satu benda je yang produktif kat situ which is; doing diy stuffs. Kan?

As soon as korang dah pilih aktiviti yang paling meyakinkan & produktif (sorry gais aku dah addicted dengan perkataan produktif), korang try untuk yakinkan diri  untuk keep on trying to make it a hobby.

Keep on doing that activity again and again. I did it, and I find it quite interesting. So lepas ni takde masalah lah aku nak isi borang ahahhahahahahhahaha. I have my own way untuk make it interesting & easy.

Sebab aku memang kurang kreatif and inovatif, aku terpaksa guna bantuan luar which is youtube. Aku tengok video tutorial diy stuffs and try untuk follow. Some works but some don't. Well, told u, aku kurang kreatif so bila buruk sikit je, aku anggap benda tu tak jadi hahahaha.

So gais! Try to follow my tips, insya Allah, korang akan jumpa hobi korang sendiri. Aku harap lepas ni, life korang tak wasted macam tu je. Stop doing useless thing & banyakkan lagi buat benda yang produktif. When you find a good hobby, your life will be happier. Trust me.

Nah kata-kata semangat daripada aku;

this is you without hobby

and this is you with a hobby

See the difference? Last but not least, goodluck on finding your hobby!

SWEET 17


Assalamualaikum.

Aku pernah janji nak update entry pasal ME & SPM kan?

Tapi..........

I have to say sorry. Aku dah cuba ingat balik apa yang terjadi but i just can't.

Ha ha ha ha. Aku tak tipu okay, aku serius tak ingat hahahaha sorry sebab aku memang have a weak memory.

Tapi..........

Aku boleh cakap, as student, my form 4 and form 5 life was hard.

It was hard, but still, yayy we graduated!
Tapi..........

As a 17 years old girl, aku rasa best! Aku banyak spend time with friends & dengan diri sendiri. Aku try banyak benda yang aku tak pernah pun terfikir nak try sebelum ni. Aku pun banyak buat benda yang aku memang nak sangat buat. Hihihihi.

Tapi..........

Satu je aku tak pernah buat sepanjang 11 tahun aku sekolah. Aku tak pernah ponteng kelas sorang-sorang lol. Aku pernah ponteng kelas beramai-ramai je. Which is, satu kelas! Kami minta maaf cikgu huhu. Ni kalau cikgu baca entry ni, we are so done...........................

Aku pernah je nak try realisasikan "impian" untuk ponteng kelas sorang-sorang tapi aku tak berjaya sebab aku penakut luls. Tapi gladly tak berjaya sebab aku mesti akan rasa bersalah gila. So adik-adik yang nak try buat benda ni, hakak rasa lupakan je lah. Nanti engkorang yang tak senang duduk, Tak berkat ilmu nanti dik. Huhuhuhu.

Tapi..........

Despite all those bad things i've done & try to achieve, ada jugak benda yang aku buat yang boleh dibanggakan hahahaha. At least! Hahahahhaa. My bestfriends & I, ada bukak stall during hari kokurikulum sekolah. Kiranya macam Hari Kantin lah.

Tapi..........

Kitorang takdelah untung banyak sangat sebab itu first time kitorang bukak bisnes. So tak reti budget.

Tapi..........

Aku rasa itu one of my sweet memories. Aku memang daripada form1 nak bukak stall. Akhirnya, aku dapat jugak buka. And the best thing is! Stall kitorang memang hot gila time tu. Sentiasa ada orang datang. Stall stall keliling kitorang sepi je tau hehehe.

Memang time tu, kitorang busy gila, Lepastu, asyik kena keluar sekolah sebab stock asyik habis je. Dasyat kan? Feedback pun memang membanggakan. Nak tahu sesuatu yang kelakar tak? Aku tersengih-sengih sekarang ni. Ye sekarang. Maksud aku, time aku sedang taip entry ini.

Seeeeeeeeeeeeeee? Can you see how much i treasure this memory? So, korang pun buat benda yang korang memang nak buat as student. It will be a sweet memory walaupun process nya agak leceh & memenatkan but at least, aku rasa worth it gila!

our official poster for our stall (cc: bari'ah)
Tapi.........

Aku jugak pernah buat something yang aku tak terfikir akan buat. Langsung tak pernah terfikir. Ce teka ce teka.

AKU JADI DIRECTOR SKETSA SEMPENA HARI GURU!

Actually ni projek kelas kitorang. Macam-macam kitorang kena hadap untuk make this project happen! Masalah paling besar, cikgu yang in charge aturcara majlis tak kasi kitorang perform sketsa dengan alasan, tak cukup masa & takut over run.

So, kitorang terpaksa minta tolong banyak cikgu untuk pujuk cikgu yang in charge tu. Still tak lepas. Lastly, aku & few classmates aku pergi face to face terus dengan cikgu tu. Kitorang merayu hahaha. Mula-mula tak lepas, and akhirnya berjaya juga. Nak tau guna teknik apa?

Cikgu tu cikgu baru. Lelaki & masih muda. Kitorang memang rapat dengan cikgu tu sebab beliau ajar kitorang subjek sivik. So classmates aku (dia lelaki) pergi cucuk-cucuk perut cikgu hahahaha kelakar gila. And yang perempuan (termasuk aku) ayat-ayat sikit, cakap lah dah berlatih pe sume (walaupun belum, we lied) and kitorang janji akan perform sekejap je (we lied again) Akhirnya, cikgu bagi.

Then, kitorang berlatih & berlatih and me as director, kena lah uruskan venue, casts, props & script. Nasib baik classmates aku memang boleh bagi kerjasama. Aku buat script sikit je, selebihnya, pelakon yang uruskan sendiri hahahaa. Lepastu, yang tak berlakon, tolong angkatkan & susun props. Alhamdulillah, sketsa tu berjaya & jadi a big hit. Penonton gelak kuat gila kot & ada jugak yang nangis.

Sketsa tu memang jadi buah mulut cikgu-cikgu mwehehe. Ok aku tersengih lagi masa menaip hahahah. Another sweet memory created! Thanks my dear classmates! :)

my squads were performing (sorry for the bad quality)
Tapi...........

Bukan tu je. Ada lagi satu yang aku tak sangka aku akan buat ahhahaha. My bestfriends & I, main nerf ahhahahahahhahahah. Ok ini kelakar. Dah 17 tahun, tapi kitorang paling kecoh time main benda tu. Even owner yang buat game tu pun cakap kitorang paling kecoh. Hahahah.

Gila ke tak kecoh. First time kot main. So main tembak je. Yang kena tepat tu boleh kira hahahaha. Tapi se-noob-noob pun, team aku menang hahahaha. Another thing to brag nah? Gosh, I just created another memory.

team-un (timun) VS team-ba (timba)
Actually banyak lagi cerita aku share,

Tapi.............

Next time lah /my "next time" means never to me ahahahhaha so don't expect anything/ HAHAHA.

Tapi............

Aku harap this entry dapat inspire korang. Jangan sibuk sangat study sampai lupa nak puaskan hati sendiri. Korang kena ingat, ini tahun terakhir korang dekat sekolah. Kalau bukan sekarang nak create sweet & sour memories, bila lagi? Spend your 17 life splendidly! Create as much memories as you can! Trust me, those memories will brighten your life.

Why? Because; "memories stays, people don't"