Engagement Day

With le cousins and sis.
Assalamualaikum. 

Hello fellas~

Title entry memang kontroversi betul. Hahahahaha. Bukan aku yang tunang k. Tapi kakak aku. Hahaha.



Kakak aku tahun ni, dia 24 tahun. So, memang umur yang sesuai untuk tunang. Bagi aku lah....

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sekarang memang musim hujan, tapi Alhamdulillah, hujan renyai-renyai je, tu pun sekejap lepas rombongan sana dah balik.

Bercakap pasal rombongan sana, fuhhh memang aku tak sangka, ramai betul. Ruang tamu rumah aku memang penuh dengan mereka je.



Tapi masih tak boleh lawan family aku lah. Sampai aku sendiri pening sebab ramai sangat.

Tak dapat dinafikan, aku taip entry ni dengan nada yang sangat formal atau dengan lebih tepat, macam buat karangan. Sakit hati pun ada bila baca sendiri lol.

Ok drop that babe.

Hangpa nak aku cerita pasal macam mana kakak aku boleh kenal tunang dia ke?

Hm tak perlu kot. Sebab mereka pun belum kahwin lagi. Oh ya, aku cuma boleh beritahu, tunang kakak aku orang Kulai, Johor.

Pertunangan ni, ikat setahun. Tapi lagi cepat lagi bagus. Sebab korang tahu sendiri lah.

Orang dah bertunang, memang banyak syaitan yang berlegar-legar dekat keliling mereka. Hehehe.


Everything about the day is okay....... Daripada aturcara sampailah ke makanan dan ke bahagian-bahagian lain.


Tetamu memang ramai, sebab kakak aku anak sulung family aku plus cucu sulung family besar aku, for both families. Ye, ibu dengan papa, both are anak sulung.


Belum campur jiran, sebab papa aku boleh dikatakan orang kuat taman jugak lah. Hehehe.

Aku tak jemput kawan aku sorang pun, sebab bukan aku yang tunang. Dan, tunang je kot. Hahahaha.

Kawan kakak aku pun tak ramai. Tak sampai 10 pun weh. Seriously.

Pendek kata, majoriti yang hadir time tu, semuanya kaum kerabat aku jugak lah.


Hantaran? Hohohoho. 7 dulang berbalas 17 dulang. 7 dulang daripada pihak lelaki. 17 dulang daripada pihak kami.


Memang banyak. Hahahahaha. Perancangan sebenarnya 11 atau 13 je. Tapi, alah macam aku cakap td. Kakak aku sulung so memang semua orang nak sponsor hantaran. Tu yang jadi 17 tu.

Kuning VS Merah. Hahahaha Selangor sangat uolss.

Kenapa pihak lelaki sikit? Lol. Memang lah sikit, tapi kalau ikut harga, banyak. Hahahah. Mana tidaknya, cincin dua; merisik dan tunang.


Dan...... oh mereka kan orang Johor. Orang Johor selalunya akan bagi 'tanda'. Hm so yep, tanda pun dah banyak rm rm rm kekekek.

Aku rasa itu saje kot. Tak perlu diceritakan dengan lebih detail sebab aku sendiri pun bosan baca entry ni sebab cara penulisan aku yang kaku gile ni. Entah kenapa, hari ni aku menaip dengan bagitu kekok sekali.

Faktor cuti sekolah hampir tamat dan aku bakal ke sekolah semula, mungkin? Big yes. Ini faktor paling besar weh. Kahkahkah.

Back to the topic;
Thanks to those yang hadir memeriahkan majlis pertunangan kakak aku. Terima kasih tambah xoxo kepada mereka yang tolong rewang; masak, basuh pinggan cawan mangkuk periuk kuali dan juga buat apa yang patut. Terima kasih semua. 
Sekian, Assalamualaikum.



1 comment :

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 385
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/