Piyemmar~


Assalamualaikum.

Jangan lempang aku sebab tarok title gedik gile ini semua hanya gurauan semata lewls.

So, amacam batch 98's? Dah ready 100% ke untuk esok?

Dah sedia jiwa raga mental fizikal rohani jasmani ke brader?

Kepada yang dah, tahniah. Tapi jangan esok lari tak nak ambil result sudah lah. Hahahaha.

Kepada yang belum ready, pi lah buat something yang boleh buat korang lebih bersedia.


Cuba untuk percayakan diri sendiri dulu. Kita semua dah buat yang terbaik. So sekarang ni, kita cuma boleh berserah kepada Allah.

Believe me, you guys did your best. Believe ourselves, we really really did our best! :) :) :) :)

Ok next; berdebar-debar tak?


Aku ni jenis yang lambat berdebar, tapi sekali dah mula berdebar, lagi parah weh. Rasa macam dah tak boleh buat pape sebab time tu tangan dah macam kena penyakit parkinson; bergetar-getar.

Buat masa sekarang ni, aku tak boleh dengar perkataan PMR /my heart beats rn/ Dan jugak tarikh 19/12/13 wuuuuuuuuuuu seram.

So, esok is the d-day.

Bismillahirahmanirrahim....... Ya Allah, kami memohon kepadaMu Ya Allah, kau kurniakanlah keputusan yang cemerlang kepada semua pelajar Tingkatan 3 tahun 2013.. Kau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah.... Kau berikanlah 8A dan 9A buat mereka Ya Allah. Kau berikanlah, Nurul Aze Alia binti Bahar, keputusan yang mengikut keinginannya Ya Allah... Kau makbulkanlah doa kami Ya Allah........... Ameen.


Sekian, Assalamualaikum.

2 comments :

Niena Reen said...

Wah wah mesti nervous kan.. Moga dapat keputusan cemerlang ya! :) Periksa ni bukannya the end of the world. Masih ada lagi peperiksaan lain yang lebih penting.. :)

Aze Alia said...

@Niena Reen ; thanks a lot! :) Yep, banyak lagi exam lepas ni. Huhu