Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?


Assalamualaikum.

Hello ebelibadi har har.

Actually aku memang totally blank so aku takde idea langsung untuk buat entry baru.

And today, aku tweet dekat twitter /takkan tweet dekat fb kot heee/ cuba untuk raih idea orang lain.

Suprisingly, ada orang respond. I was like "omg thanks a lot. I'll try my best to write about this"

Idea beliau; "work after spm..ideal or not?" cc: Annis Nurhusna

Tapi aku bertindak dengan inovatif kekekeke aku pun ubahsuai sikit kepada yang lebih umum dan terbuka iaitu; Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?

Sebelum hangpa semua sambung baca, aku kena cakap benda ni. This entry ditaip sepenuhnya oleh aku sendiri. Ini cuma pendapat peribadi. Ya, pendapat aku sendiri.

Entry ini terbuka kepada semua terutama sekali batch; PMR 2013, SPM 2013 dan semua yang ambil exam tak kira besar atau kecil, comel atau comot /hambarnyaaaaaaaa/

Leggo~


***

Aku tahu ramai yang sibuk mencari kerja right after the last paper kan? Ada juga yang dah cari sebelum exam lagi. Tapi persoalannya sekarang.......
 Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?
Pada pendapat aku lah kan /fuuhh terasa feeling jawab exam pmr/ aku rasa, wajar je. Tapi kenapa aku rasa wajar? Hohohoho

Iyelah, daripada hangpa semua buang masa macam aku ni hah, lebih baik korang pergi bekerja. At least, banyak benda korang boleh dapat, dengan bekerja.

Firstly, takdelah masa korang terbuang dengan benda-benda yang kurang berfaedah. Contohnya, melepak sambil mengurangkan duit mama papa tersayang.

Second, dapat kumpul duit. Dengan duit ni, korang boleh guna untuk personal. Cth; handbag, sneakers, motor, handphone, etc. Ataupun untuk barang-barang sekolah. Aku rasa tak perlu kot aku bagi contoh ha ha ha. Ataupun, belanja family makan ke? Atau mungkin juga, simpan untuk masa hadapan /the best thing btw/

Next, korang juga dapat belajar menghargai. Dapat rasa sendiri, susahnya nak cari duit. Dapat rasa penat mencari rezeki macam mama papa korang rasa. With this thing, korang akan belajar menghargai. Menghargai jasa mama papa korang.

Next lagi please? Heheh. Korang jugak dapat tambah pengalaman. Dah besoooor nanti, senanglah nak cari kerja sebab korang dah ada pengalaman bekerja. Eh, pengalaman sebenarnya penting tau.

Nanti bila bukak sekolah, bila cikgu tanya; "Cuti sekolah awak buat apa?" Takdelah korang jawab; "Saya goyang kaki sambil tengok sinetron" Upssssssssss. Sebenarnya, banyak lagi korang boleh guna dengan adanya pengalaman.

Seterusnya, /formal gile wa cakap sama lu/ dapat belajar secara tidak sengaja. Contoh paling mudah aku boleh bagi hmmmmm ok macam ni. Korang kerja as salesgirl. Dengan bekerja sebagai salesgirl ni, apa jenis pe'el yang korang kena ada? Mestilah kena rajin, sabar, murah dengan senyuman, pandai berkomunikasi, manis mulut, etc.

Secara tidak langsung, korang belajar untuk lebih sabar. Customers are always right. Dan kalau aku customer korang, aku memang suka menang. Jadi aku sentiasa betul ha ha ha ha.

***

Kesimpulannya, wajarlah kalian semua bekerja sementara tunggu result ni. And btw, result PMR is out soon! Good luck to all and untuk aku juga hehehehe.

Tapi, aku tak cakap pun, korang wajib bekerja. Hehehe. Tak salah kalau korang duduk rumah, tolong mama papa buat kerja rumah, jaga 10 orang adik, jaga jiran sebelah rumah. Malah, lebih baik kalau macam tu.


Dapat pahala free! Sebab tolong mama papa hehehe :) :) :) :) /smiley banyak-banyak sebab senyum kan sedekah hewhew/

Kalau korang ada pendapat lain, jangan malu jangan segan, tebalkan muka anda setebal make up anda hehehehe joke joke. Drop your comment below. Every single word sangatlah dihargai.

Terima kasih kerana membaca. Sama-sama /jawab sendiri je lah oh kasihan sungguh hidupku ini/
Bye and Assalamualaikum.

2 comments :

Arisu Chan said...

ayat aze mcm nak buat karangan . lewls

Aze Alia said...

@Arisu Chan Kannnn? Rindu nak buat karangan kot lololol