Random

This is so cute TToTT (quotes belong to the owner/photo is mine)
Assalamualaikum.

Fuh, aku menaip dalam keadaan aku yang dah tersengguk-sengguk. Ngantuk gila! Tapi, aku gagahkan jugak sebab blog ni macam dah usang sangat.

Esok ada merentas desa. So, sepatutnya aku kena tidur awal. Nak kumpul tenaga. Lol tapi disebabkan aku akan melarikan diri esok dengan buat benda lain, so aku rasa tak perlu kot tidur awal sangat. Hahaha.

Aku tak tau nak cerita pasal apa sebab aku takde cerita nak diceritakan. I have a plain boring life. Doing the same thing everyday. Simply call me typical human-being, who repeated the same thing all her life. Lol buat kali kedua.

Oh ya, aku sebenarnya tengah usha usha kedai yang buat service tshirt printing dengan harga yang berpatutan. Aku tengah plan untuk buat baju kelas. Almaklumlah, senior year.

Kalau tak buat baju, rasa macam takde kenangan. Harapkan gambar je. Hahahaha. So, kalau korang tahu mana-mana kedai yang buat service ni, please let me know. Takpun nak suggest kedai kengkawan korang, atau kedai korang sendiri ke. I don't mind. Asalkan harga affordable.

Lepas tu, aku nak tahu jugak, macam mana nak install photoshop yang paling latest. I am so noob sebab guna cs3 sahaja. CS3 sampai ketua. Padahal cs3 tak boleh buat gif picture. Tapi nak buat cemane, aku dah terbiasa dengan cs3. Some people doesn't like changes. They love to stick to the same thing. Sentimental value katanya. Gittew.

Ok. Aku rasa aku macam dah kering idea sangat dah ni, so I will stop here. Jangan lupa eh, to those yang tahu mana mana kedai yang buat tshirt printing tolong comment atau tinggalkan link dekat cbox atau personal message. Apa cara sekalipun lah. Engkorang nak comment "visit my ig" pun aku tak kisah. Punyalah desperate ni ha lol untuk kali ketiga hehehe.

Kbye, Assalamualaikum.


2015; Road to spm?


Assalamualaikum.

Welcome to 2015 (wow sangat "cepat" kau wish aze oi)

New year, new journey, new goals. First day in school is okay. First time aku bawak motor gi sekolah pagi-pagi time banyak kenderaan atas jalan. Honestly, memang menyeramkan. Hahaha.

So tahun ni spm. Hahaha goodluck to myself.

Oh ya, pagi tadi teacher aku ada cakap "you guys must be really tertekan especially when school and your parents letak harapan tinggi" so I'll be like "no teacher. Im just too tertekan dengan diri sendiri sebab terlalu malas" lol

To those yang dah berjaya dapat straight A's tu mohon lah share resepi kejayaan anda (tak sangka aku guna perkataan "resepi kejayaan" what a thing to brag hahaha) 

Tapi resepi kejayaan yang aku rasa paling berjaya dan sangat nak tahu; how you guys berlawan dengan sikap malas. Aku asyik kalah je. Sekali-sekala nak jugak menang. Hahahahha.

Till here, aku malas dah nak update entry sebab awkward gila. Masalah dunia betul kah kah kah,

Bye, Assalamualaikum.