Siapa abang aku?


Assalamualaikum.

Hello. Hai. Ok this is sooooooooo awkward bye.

Hari ni aku tetibe terfikir something yang agak jahat hehehehehe.

Entry ini dicipta khas untuk abang aku, Nasrullah Amri Bin Bahar, 060393.

Sebelum aku mulakan, bagi aku gelak jahat dulu. Hahahahahahahahahahahahahahahahahaahaha.

Ok. Let's start.

Entry ni sebenarnya, aku cerita betapa poyo-nya abang aku.

Aku tak ingat bila dia tanya aku pasal benda ni, tapi memang ayat makan dalam gile.

"Dik, ko tulis apa dekat blog pasal abang? Kawan abang ramai yang baca"

Ah sudaaaaaah. "Sejak bila pula adik cite pasal abang?" "Adaaaaa, cuba ko search nama abang dekat google, nanti keluar dekat blog ko"

Time tu aku dah kecut. Aku kutuk dia ke pe. Lol and bila aku buka;

Takde benda pun. Entry tu cuma letak gambar family aku. Thats all. Ayat dia macam aku ni mengutuk dia dlm entry kaw kaw tahap aku patut dicampak ke pluto. Lol


***


To my bro yang poyo, tak hensem, bajet, annoying, gila-gila dan [insert your own word] ;
Sorry sebab buat entry ni dan hehehehehehe. Im not going to delete this entry. Like ever. Btw, banggalah sikit, nama abang ada dekat google. Wakakakaka xD

To my bro's friends ;
Saya harap anda berpuas hati dengan entry ini sebab ini sahaja yang saya mampu buat. Hehe.

Bye Assalamualaikum.


Segmen Reka & Menang Button Badge by Huda

Click banner untuk join! Rugi kalau tak join!
Assalamualaikum.

Hai hello ssup? Finally yeah aku post juga entry.

Actually aku memang dah lama nak join segmen ni. Tapi tak berkesempatan sebab photoshop rosak T^T

And tadi aku buka fb. Aku ternampak gambar untuk segmen ni.

So aku pun try lah buka photoshop. Yes! Dah elok. Then aku pun dengan semangatnya, buatlah button badge ini.

Aku harap, segmen ni belum tamat lagi. Sebab dekat entry official segmen ni, owner cakap bila-bila masa.

Tak dinyatakan bila tamat ataupun telah tamat. So, aku pun anggap je sebagai "I still have a chance. Why dont I try?"

Dan yes, aku end up dengan update entry ni. Congratulation, aze! You just did it!

Thanks a lot to the owner sebab anjurkan segmen ini.

Sebelum aku post, aku punya badge, aku minta maaf dulu.

Sebab badge ni agak comot. Sedih rasanya T^T Tapi sekarang ni, otak aku memang tengah freeze.

http://i.imgur.com/cB6YJhY.png
So, just let it be. I tried my best. I hope for the best. Wish me luck. I wish for a luck. Jyeah!

Bye, Assalamualaikum.

Psssst; Sejujur-jujurnya, saya dah follow dan click semua ads :D

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."

***

Assalamualaikum.

Hari ni, lagi sekali aku mencuba nasib untuk join giveaway ni. Harap-harap, menanglah sebab aku memang kempunan nak menang.

Kalau tak menang, aku nak lari, cari batu belah batu bertangkup hehehe joke joke.

So, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.................... aku, Nurul Aze Alia binti Bahar join giveaway ni.

Kepada yang belum join, moh ler join bersama. Tak rugi apa pun. Mana tahu, nasib korang lagi baik daripada aku, dapatlah hadiah yang ditawarkan.

Tapi aku tetap nak menang jugak /hentak kaki/

Masih ada 10 hari lagi kalau ikut tarikh yang aku publish. Pandai-pandai lah hangpa pikir. Kehkehkeh.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tekan banner dekat atas sana tu. Orite? Ok cuuuuuuuuuuuun.

Bye. Assalamualaikum.

Psst; Den dah like follow dan share. Tak tipu tak tipu

Teens nowadays


Assalamualaikum.

Hello it's me again;

Mentang-mentanglah dah habis exam, asyik update blog je lol.

Tadi aku pergi Aeon Bukit Tinggi, tengok wayang; ESCAPE PLAN. Serius best gile gile gile. Superb.

Then, aku tetibe teringat janji manisku sebelum PMR hari tu, aku berjanji dengan warga twitter untuk buat satu entry pasal teens yang aku perhatikan dekat Aeon Bukit Tinggi.

So, sekarang ni aku nak tunaikan janji manis masam pahit aku tu lulz.


Ok begini ceritanya.

Masa tu cuti. Cuti raya tak silap aku. So balik je dari kampung ada beberapa hari lagi sebelum kembali ke sekolah.

Makteh aku, ajak aku and kakak teman dia jalan-jalan dekat Aeon Bukit Tinggi tu bersama tiga lagi anaknya.

Budak kecik lagi, sorang tak sampai setahun, sorang darjah 3 and sorang lagi darjah 6.

Kitorang pun dengan happy nya berjalan-jalan lah dekat sana.

And actually benda ni aku dah expect dari rumah lagi. Confirm ramai gile bebudak sekolah yang lepak sana.

Nasib baiklah tak terserempak dengan schoolmates.

Mostly yang aku nampak budak-budak yang around 11-14 y/o lah.

Tengok muka dah tahu, bebudak lagi. Lol cakap macam aku dah besar sangat je kahkahkah.

Ada macam-macam ragam yang aku nampak time tu. Seriously, mereka sangat sangat hilarious.

Bila tengok diorang tu, tetiba aku cam rasa, "Dulu aku macam ni ke?" lol since when I was 12 y/o aku pernah hang situ dengan 3 others.

Ye, sejujurnya time tu aku memang bebudak lagi. So kami agak kebudak-budakan time tu. Sangat.

So bila tengok diorang aku rasa macam wow that was me in the past. Tapi yang peliknya, bebudak sekarang lain sikit daripada dulu. Dari segi apa? Entah. Hahaha.



A bunch of girl yang pakai baju sama
Ok actually aku ternampak group ni time, aku dipaksa pergi beli french fries dekat McD dengan dua orang budak kecik tu. Sebab dorang mengada tak nak fries kfc nak mcd jugak. So, layankan je lah. Masa aku dekat situ, kau tahu lah, mcd ni menggedik, tahu customers ramai, bukak counter 2-3 je. Sakit hati. So kena lah beratur panjang. Sementara tunggu giliran tu, ternampak lah 4 orang budak perempuan around 12-13 y/o keluar drpd mcd. 3 of them pakai baju sama. Exactly. Different colours tapi corak sangat sama. Agak awkward ye. Luckily, yang lagi sorang tu pakai baju lain. So they looked better. Haha. Tapi budak-budak tu, comel-comel, cantik-cantik je. Nasib baik, kecik lagi, dah kalau umur 20++ pakai baju sama tak ke pelik gile tu? Hahaha.

A bunch of kids yes kids
Hahahaha. Semakin maju Malaysia, semakin kecil budak-budaknya. Hahahaha. Tengoklah, ketinggianku ini. Lulz. So, aku tak dapat jangka 3 orang budak lelaki ni umur diorang berapa. Tapi serius kecik lagi. Rasa macam 12-13 tahun jugak. Tapi tengok daripada saiz, muka, cara tu, memang budak-budak. Rasa macam kelakar tengok diorang jalan bertiga kesana-sini. Dik, apa kata keluar dengan parents, takyah keluar duit. Keselamatan pun lebih terjamin. Yang penting, tiga-tiga comel.


Couple yang masih budak-budak
This is the most hilarious part like ever. Benda ni terjadi dekat lift actually. Makteh bawa anak dia yang umur tak sampai setahun tu, dan bawa sekali stroller baby yang disewa dekat Aeon tu. So kami tak boleh lah naik escalator. Terpaksa naik lift walaupun turun setingkat je. Time dalam lift tu, ada dua buah keluarga. Satu keluarga kami yang penuh dengan budak kecil, dan satu keluarga yang lebih kurang macam kami. And ada juga one pair of couple ni. Kitorang actually nak turun bawah tapi lift tu naik ke atas dulu. So, masa dekat dalam lift tu, couple tu boleh buat freeshow dekat situ. Diorang bergurau pulak. Hahahaha.

Boleh pula, the girl main tekan-tekan button lift tu. Budak lelaki tu macam layankan dan cuba stopkan, then the girl said "Tahu pun takut" Like what? Hahahaha kelakar betul. Diorang tak segan ke dengan dua buah family yang ada dalam lift tu? Hahaha. Kalau setakat ada aku dengan kakak and mereka je dalam lift tu, tak kisah sangat. Tapi kan ramai budak kecik dalam tu. Tak elok. Tak manis.

Lepas tu, aku pun try lah buat jahat. Aku bisik dekat kakak aku. "Eh kak, berebutlah tekan-tekan lift dengan Faris(cousin darjah 6)" So mereka dengan berani sahut cabaran aku, dan main tekan-tekan. Hahahahaha. Siap cakap kuat-kuat lagi. Perli couple tu. Yang family lagi satu tu, senyum je pandang kitorang. Bila lift tu, turun ke bawah balik, lift tu terbuka dekat tempat yang sama, kitorang sume masuk tadi. Couple tadi tu pun keluar. Yang lawaknya, diorang keluar dekat tempat yang sama diorang masuk lift tu. Hahahahahhaha. Malu lettew. Lain kali, fikir dulu dik. Eh tapi rasa macam diorang lagi tua dari aku. Hahahah lulz.

*** 

Di sini sahaja kot. Actually banyak lagi. Paling pelik pasal diorang ialah fesyen. Macam-macam ada. Dah macam tengok fashion show je.

Tapi more to tengok mangsa fesyen jalan sana sini je aku rasa. But still, aku tabik lah dekat diorang ni.

Diorang ada keberanian and confident level yang tinggi. Hebat hebat /claps/

Sekiranya, sesape terasa, aku minta maaf. Cuma nak kongsi je. Biasalah, budak-budak. Time aku bebudak dulu pun aku macam ni. Boleh jadi, mungkin lebih teruk dan kelakar. Hahahahahahhahahahha.

And sebenarnya, benda ni penting. Sebab bila dah besar nanti, barulah tetibe terasa, kecik nya aku dulu.

Kelakarnya aku dulu. Budak-budaknya aku dulu. Semua tu memori.


So, teruskan mencipta memori. Asalkan jangan sampai melebihi batas. Ok?

Sekian bye Assalamualaikum.

Psst; sekali lagi aku minta ampun maaf kalau ada yang terasa.

Fweeedem lol


Assalamualaikum.

Hai hello hoooooooooraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay!

Korang tahu tak kenapa aku happy gile ni?

Ha ha ha.

PMR DAH HABIS DER. DAH TAMAT DAH PUN. DAH HILANG.

Hehehehe. Eh tapi esok ada exam bahasa. Ok drop that.

Bebudak 99's teruskanlah PBSMR korang tu. Aku rasa bersyukur gile tak kena pbs.

Bukan ape, dengan perangai aku yang malas gile ni, homework kekadang je siap.

Macam susah je nak lulus cemerlang pbs. Setakat Band 3 boleh ah. Lulz

Whatever it is..........


Aku dah boleh buat macam-macam sekarang.

Sebab PMR dah habis!

Fweeeeeeeeeeedem oh yeay yes I mean freedom!

Tahniah juga kepada 98's yang did the best for the PMR.

You guys, rock! Goodluck untuk mereka yang masih menjawab esok.

Heheheheheehehehehehehe.

Bye Assalamualaikum.

//pssst; entry aku semakin kaku. Cis aku dah lama tak menaip entry. Blame PMR okbai