MATRIKULASI

Assalamualaikum.

Fuh. Macam tak sangka, aku berjaya jugak update entry ni. I just don't believe that it actually happened hahaha. Ok drop that.

So harini aku nak cerita summary je sebab em actually entry ni aku buat sebab aku nak tolong "adik-adik" yang nak masuk matrik ni or yang terfikir untuk masuk untuk ada sedikit idea sebelum betul-betul lalui matriculation life yang sebenar.

But, before that, harap maklum yang apa yang aku cerita ni all from my point of view so it might be different dengan apa yang korang telah, sedang atau bakal berlaku. And oh ya, aku student KMPP, yup the great Penang Matriculation.

These people sang birthday song to me, im shook & touched at the same time. Thanks gais, for the memory. Tak akan lupa, serius.

What's so great about Penang Matriculation? Try masuk dulu. Hahahahah.

Ok mesti yang ramai macam tak tahu nak pursue diploma ke matriks ke stpm ke tapi sorry aku tak boleh tolong korang decide sebab aku just tahu apa yang terjadi kalau korang masuk matriks. Aku rasa matriks ni ok je, bagi aku lah, lain orang lain rasa.

Permulaannya, memang teruk. I almost give up & nak amik borang berhenti. Sepanjang 2 bulan pertama memang hidup aku penuh penyesalan hahahaha "kenapa aku tak amik diploma" memang hari hari melayang dekat fikiran aku. I regret a lot. A LOT.

Mana tak nya, its my first time berjauhan dengan family. Dah la tak pernah duduk asrama & the worst thing is; aku kena buat semua sendiri & family aku sangat sangat jauh. Penang to Selangor is no joke gais, i rather bersedih dalam bilik kolej instead of sakit badan duduk 6-7 jam dalam bas. I mean it.

Aku masuk hari kedua ramadhan. Sedih sebab tak dapat buka puasa dengan family. Tapi dapat juga lah merasa first day dengan family at least #syukurselalu. Aku memang awkward dengan roommate aku memula. Aku tak berbuka dengan diorang sebab tak ngam lagi hahaha so aku end up berbuka dengan kawan sekolah lama aku.

First day buka puasa dekat sana was like worst memory ever. Tak payah cerita, aku takut ada yang tak jadi masuk matrik pula nanti hahaha joke joke. But then, kitorang cam slow slow dapat adapt dengan how things work dekat sana.




Macam mana aku boleh rapat dengan roommate aku? Hahaha. Actually aku memang frustrated gila sebab tak rapat dengan roommate aku sebab sumpah awkward doh dalam bilik cane aku nak hidup kalau terus centu en so aku make a move wait aku ke eh yang make a move tapi kisahnya ada satu hari tu kitorang decide untuk berbuka sama-sama. Dalam bilik. For the first time.

Ok masa tu lah kitorang share kisah masing-masing. Get to know each other. Kongsi cerita kotor teruk pasal taik pe sume hahahahah and we got closer. After that, kitorang memang rapat gila. So tips pertama dekat sini, #bukakceritamemalukan, aku gerenti, mesti lepas tu rapat. Hahhahahaha.

The next thing yang aku susah nak adapt, system tandas hahahah. Lame doh but aku rasa aku kena bagitahu jugak. So macam yang korang tahu, aku bukan budak asrama so aku tak tau how things work dekat asrama. I have no idea at all.

So aku memang setiap kali aku nak mandi, aku just tunggu sambil basuh muka semua. Lepas basuh muka gosok gigi, aku tunggu. Berdiri depan toilet. But then, orang lain akan masuk and letak bekas barang barang mandian diorang dekat depan pintu. Right infront of me. I was so......speechless.

These girls serius annoying gila and ya, aku memang banyak kali kena potong and end up siap lambat. I freaked out doh. Then aku pun cerita lah kat roommate aku & bagi diorang benda tu normal. Memang kena cop macam tu. LOL. Lepas tu aku pun buat camtu, so lepas tu aku dah tak kena potong dah hahaha.  So tips kedua #coptoilet hahahah.

Berkenaan kelas dekat sana, ok sejujurnya memang pack gila. Gila. Mula-mula aku macam tak sempat nak bernafas doh hahahaha break sejam je so tak sempat nak lunch sebab rushing nak solat zohor. Tapi lama-lama, aku sempat tidur lagi hahahah.

Jangan fikir sangat pasal masa ni, live the moment. Insya Allah, semuanya sempat. Yang penting, timing kena betul. Jangan makan lama sangat. Jalan tu laju sikit, kalau kau nak borak nak selfie nak usha orang masa berjalan, memang tak sempat lah cite dia.

I walk super fast kot sebab tu aku malas nak jalan dengan orang waktu breaktime. I got no time to waste #sorrynotsorry so aku selalunya jumpa terus je kat cafe. Makan, then gerak naik bilik solat. Turun balik & pergi kelas. Sempat. Nak baring dulu kat bilik pun sempat lelagi kalau zohor macam lambat sikit. Sebab break pukul 1-2. Kalau dapat break 2 jam, memang satu jam tu aku tidur hahahah. Lepas tu terlajak tidur, lambat pi kelas. Ish ish, jangan ikut sis. Tips ketiga #jalanlaju.

Oh ya, lupa nak cakap, malam pun ada class. Tapi for certain students, certain subjects & certain days. Bukan setiap hari tapi hampir hari-hari. First sem memang aku hampir hari-hari ada class malam. Class yang aku paling malas nak pergi. Pernah je ponteng tapi siap je ah kalau ponteng, mesti ada orang cari. Rilek je, confirm ada orang cari. Pastu ha pandai-pandai lah hangpa jawab.

Aku jenis malas nak jumpa orang so aku jarang ponteng kecuali aku dah takde mood sangat sangat hahahha. Tapi aku nasihatkan korang, kalau ponteng tu, janganlah suruh orang signkan. Tak payah nak share dosa tu dengan orang. Tak baik. And lagi satu, berkat tu nanti takde. Kalau ponteng, kau jujur je la. Atleast, kau tak menipu. Belajar ni kena ada berkat so tips keempat, #jangansharedosa.

The view at astaka. Port lepak lepas pusing kmpp.

Suka beriadah? Kau rilek je, dekat kmpp ni banyak gila benda kau boleh buat waktu petang & ramai je budak sini yang suka beriadah petang-petang. So kau tak akan nampak pelik hahaha. Kalau jenis yang suka bersukan, boleh main bola dekat padang or futsal. Basketball pun boleh.

Reti main tenis? Ha, mainlah petang petang. Ada je yang main. Badminton? Don't worry, boleh main kat dewan. Dijamin takde angin tapi raket & net bawak sendiri. Basikal? Ada, jangan risau. Selalunya 530pm baru bukak.

Suka riadah yang rilek rilek je? Kau jalan je pusing kmpp, serius rilek & confirm berpeluh. Takpun, bawak roti, pi bagi ikan makan dekat tasik. Mula-mula dekat kmpp, aku memang malas gila nak turun riadah. Memang tak akan nampak muka aku turun beriadah petang petang. Aku tidur je dalam bilik sebab kepenatan. Tips kelima #turunriadah untuk badan cergas otak cerdas. Gitew.

Tapi masuk sem 2, aku macam dah ada kesedaran sikit so aku selalulah turun pi tasik bagi ikan makan #dinipaksa and main badminton setiap hari jumaat dengan roommate aku. Hari lain, aku baring dalam bilik tengok drama and hari Ahad selalunya aku tengah rushing siapkan homework sebab jumaat sabtu ahad pagi, aku berjoli tengok drama & tidur. Tu yang kabut nak siapkan homework.

Pasal drama, ramai supplier. Tapi aku dapat supplier masa sem 1 je, sem 2 orang macam dah ada kesedaran nak study so aku takde supplier dah. So sem 2, selalunya aku tengok drama dekat ig je hahahah sedih gila. Oh ye, dekat kmpp, kalau kau duduk blok B4, silalah pakai umobile. Line laju gila. Tapi tula, dekat blok B4 je laju ahhahahaha tu yang aku tengok youtube tak payah loading langsung lepastu orang lain tak puas hati hahahaha.  Tips keenam #pakaiUmobile.

Weekend? Selalunya aku akan outing kalau minggu tu boleh outing. Aku ni memang daripada dulu suka berjalan so aku ni antara muka muka yang selalu gak outing time sem 1. Mana je tempat kat Penang tu aku tak pergi lagi. Sunway Carnival Mall tu dekat 10 kali dah aku gi hahaha.

I slept dalam kereta kot during this vacation. Aku pergi island, then balik dah malam. Takut nak balik kolej, so kitorang ramai ramai tidur dalam kereta. Jangan tiru aksi ini. Lol.

Pasal outing, bukan setiap minggu boleh outing atau balik. Ikut planner. And kalau hari Sabtu tu perempuan outing, so Ahad tu untuk lelaki pulak & sebaliknya. Pasal transport? Kau rilek je, ada je kereta sapu kat luar tu sedia nak tolong hantarkan. Takpun request je uber or grab. Senang.

Aku pernah je sewa kereta lepastu gi Penang Island & Alor Setar. Ada je orang buat servis tu, kau just call je. And settle masalah. Pasal mana nak pergi, ok part yang ni memang aku pakar hahahahha sebab selalu sangat outing & aku ni pulak jenis cepat bosan kalau asyik gi tempat sama je.

Paling dekat dengan KMPP, Sunshine. Ok dekat sini ada wayang & sesuai untuk orang yang nak beli makanan cam biskut pe sume tu. Sabun shampoo pun senang beli kat sini. Takpun, pi lah mydin. Dekat jugak.

Takpun kalau nak yang ok sikit, pi Sunway Carnival Mall. Dekat sini ada wayang & banyak kedai makan. Mall kan, apa yang kau expect? Hahhaa. Kalau nak bowling, kena pi jauh sikit, dekat Sg Petani. Dekan Amanjaya Mall & Central Square ada.

Tapi setakat ni, paling best; Aman Central (Alor Star) or Gurney (Penang Island) tapi tula, nak kesana tu pun duit so dua tempat ni membazir duit kat transport je sebab jauh. Nak jimat, duduk jelah kat bilik. Study hahahahaha which is so not me.

Start sem 2, aku dah malas nak outing sejak card aku kena block sekali sebab balik lambat. Nama aku terpampang indah dekat guardhouse tu ha, malu teruks. So lepas tu aku macam malas sikit nak outing. Tapi outing je kalau dah frust sangat. Hahahaha. Tips ketujuh #kalaustresspiouting.

Pasal balik rumah pulak, sebulan selalunya ada satu weekend tu kau boleh balik. Selalunya aku tak balik sebab aku duk fikir sakit badan hahaha. Kalau cuti seminggu, memang kena balik sebab cafe tutup. And disebabkan aku duduk selangor, semua jenis transport aku dah pernah rasa.

Train? Memang selesa tapi leceh sebab daripada KL Sentral nak ke Klang aku kena tukar train and it took 1 hour to reach home. Sama je kalau aku naik bus. Kalau bus, atleast aku naik terus sampai Klang or Shah Alam so that parents aku boleh terus amik & terus sampai rumah.

These tickets have a big secrets behind it.

Flight pun aku pernah gak naik tapi aku tak prefer sangat sebab mahal, airport jauh & klia tu jauh daripada rumah aku. Menyusahkan aku, menyusahkan orang lain. Naik bas je la, jimat pun jimat. Tapi tula, sakit badan dia tak ingat! Tips kelapan #takyahbalikunlesscutiseminggu so that baru berbaloi sakit badan kau tu. Kalau cuti 2-3 je, baru je habis penat tetiba dah kena balik kolej. Sedih!

Things were bad pada mulanya, tapi lama-lama kau akan dapat adapt. Aku memang banyak kali nak give up tapi what made me survive was "Takpe aze, setahun je" hahaha ye weh, setahun je kot, tetiba dah habis. Bila dah habis mula ah sedih taknak tinggalkan matriks tapi aku tak hahahah aku happy je sebab dah habis xD

Ok setakat ni je aku nak cerita. Ni cuma sikit je, benda basic je. Banyak lagi benda aku nak story tapi mungkin dekat entry lain. Banyak memori manis yang aku belum cerita ni hahaha takpe, lain kali jela. Comment kalau nak tahu benda apa yang boleh bawak and tak boleh bawak pi kmpp (latest version) sebab KMPP dah banyak berubah. Hikhik.

Thats it, thank you for reading. Entry panjang nak mampuih hahahahah bye!

[REVIEW] Shopping King Louie


Assalamualaikum. 

Seeing me here again lepas update satu entry semalam sangat sangat menunjukkan aku bosan & aku excited gila nak buat review pasal drama ni.

So basically i just finished watching this drama few minutes ago. Dan of course aku masih belum boleh move on. This drama got me goes like wow. Kudos kudos kudos. Since aku baru habis, so ingatan aku masih fresh hahaha.

It gonna be a lot of spoiler so pls, kalau hangpa benci spoiler pls jangan baca. Aku cadangkan korang terus je gi tengok this drama HERE and enjoy yourself. You gonna love it! Believe me im 99% sure. Unless kau tak suka kisah cinta manis manis camni. Gentre drama ni romcom, family & friendship. If you into Action or thriller, not a good drama for you la tapi tak salah give it a try. Aku pun suka action drama but this drama was superb.


Ok biar aku explain briefly about this drama. Tajuk dia memang nampak tak menarik langsung hahahahahah sebab memula aku nampak tajuk dia pun aku cam "aduh drama apa pulak ni mengarut je tajuk" and aku tak rasa nak tengok langsung.

But then i saw a lot of screenshot dekat twitter bila aku duk scroll timeline. Aku pun cam "drama apeni ada seo inguk kot" and turned out that it was this drama. So as soon as aku balik Klang, i watch the first episode and im stuck. Aku takleh stop tengok kot kalau tak caye tanya ibu sebab bape kali dah ibu membebel suruh stop hahahaha.

Drama ni pasal this one guy yang sangat sangat dimanjakan sebab dia the only cucu kepada sorang nenek yang kaya gila. Tapi dia duduk luar negara sebab nenek dia pi percaya cakap tukang tilik yang katanya dia takleh duduk dengan orang yang dia sayang sebab diorang akan mati. Ya, anak dengan menantu dia dah takde so dia pun percayalah.

So one day, cucu dia ni pun balik lah Seoul. Tetiba eksiden. And mati. Tapi actually takpun, dia kena rompak then lupa ingatan and terus jadi homeless. But there is this one girl yang tolong cucu dia ni sebab dia rasa lelaki tu ada kaitan dengan adik dia yang hilang entah kat mana sebab lelaki tu pakai baju adik dia. So dia tolong even dia sendiri pun tak mampu nak sewa rumah.


Nak tau apa jadi lepas tu? Ha tengok sendiri. Memang best gila. And the main thing is, sweet nak mati. Hahhahahaha. Drama ni tak macam drama korea lain yang pasal lelaki kaya & handsome tolong perempuan miskin. Drama ni more like perempuan miskin tolong lelaki yang tak tahu pun dia actually kaya untuk gain memory balik. And this guy punya character is so damn pelik.


Aku memang suka watak watak pelik camni so aku sukala drama ni hahaha. The idea macam fresh gila bagi aku. Watak lelaki tu macam 4D sikit. Kebanyakkan watak dalam drama ni pun memang 4D. Seriously. Tapi tu lah yang buat drama ni lain. Comel, kelakar & sweet in it own way.



Aku serius tak pernah tengok drama yang jenis macam ni. The bonding between each character memang awesome. Even the villian pun! Villian dalam ni pun innocent macam watak lain hahahaha. Kau memang akan ada banyak otp yang kau akan ship bila tengok this drama. Aku ship sampai 5 otp kot ahhahahahaha.



Memang comel gila aku tak tipu serius comel. Comel sampai tahap aku cam tak tahu nak bandingkan dengan apa hahahahha. Tapi tula, tak semua suka benda yang comel kan hahaha. Kadang kadang memang menjengkelkan bila tengok lelaki acaca comel tapi cite ni lain. Aku tak rasa menyampah langsung sebab dalam kecomelan dia tu ada gak manly side gitew.

Kalau jambu teruks kau ingat aku nak tengok sampai habis? Aku dah la allergic drama yang lelaki bersifat keperempuanan hahahha i don't even watch drama yang hero rambut panjang or suara dia kecik. Hahhahaha im picky but when i say drama tu best, it really is.

So pendek cerita, jangan lupa tengok. You guys can watch it online HERE or download dekat mana mana sebab aku tak tahu kat mana boleh download hahahhaha.

I hope you guys love it. Because i am. Ohya, the moral value pun bagus. Korang akan gain something lepas tengok & what i learnt is; be kind to everyone & appreciate others. 

See ya.


"I’ll say this to you for the rest of our lives. ‘Just trust me’." -Louie