[REVIEW ONLINE SHOP] Aldea Gift House


Assalamualaikum. 

Hello peeps /lambai tangan/ Okay actually dah lama nak update entry ni. Tapi hari ni baru sempat.

Sebelum ni memang dah ramai /lebih drpd 2 orang lol/ yang tanya dekat mana aku order button badge tu.

So here, aku nak bocorkan rahsia besar tu hahahahahaha besar lah sangat! Lol.

Ekceli aku beli dekat satu online shop ni which is known as;

ALDEA GIFT HOUSE

Sebelum aku teruskan ni, aku cuma buat review untuk button badge je tau. Untuk barang lain, aku tak tahu hehehe. Tapi aku rasa, okay je! :) So let's start it.

***

Mana tahu pasal kewujudan online shop ni? 

Ok sebenarnya, owner dia merupakan kawan kakak aku. Masa tu aku memang desperate nak buat button badge tapi nak harga murah. Mulanya aku jumpa satu lagi online shop yang buat printing ni, tapi lepas 24 hours, masih takde respond.

So aku pun ke plan B iaitu cari lagi online shop lain. And suddenly, kakak aku baru teringat yang kawan dia pun ada buat printing ni.


Macam mana pula dengan service? 

Honestly, aku boleh bagi 5 bintang. Sangat senang untuk berbincang. Nak tawar-menawar pun senang hehehe. Owner memang peramah... Memang best lah!

What about harga?

Disebabkan aku memang hebat tawar-menawar, so aku dapat harga yang affordable. Hehehehe. Owner pun boleh bertolak-ansur dan takdelah garang sangat. Hehehe. Walaupun harganya agak murah, tapi quality tetap baik. Sampai aku sendiri rasa bersalah sebab minta harga murah lol.

Senang cerita, harga boleh dirunding. No worries.


Postage macam mana pulak ye?

Bercakap pasal postage, aku tak tahu berapa harganya. Maybe depends kepada berat dan jarak. And disebabkan kitorang satu kampung, so aku tak dikenakan bayaran postage. In fact, siap hantar ke rumah lagi. Hebat tak? Ada service delivery uolls! Dah lah harga berpatutan, lepas tu siap hantar dekat rumah lagi.

Jadi, aku tak boleh nak agak berapa RM. But it's okay, harga barang dah cukup murah, tak kan lah tak boleh keluar duit untuk postage? Hehehehe.

Quality barang okay tak?

Macam yang aku cakap tadi, quality memang tip top. Berbaloi lah kalau korang beli. Usahlah kalian risau lewls.

Boleh design sendiri ke?

Of course lah boleh. And fyi, button badge yang aku beli tu, aku yang design /bongkaknya kau aze astaghfirullah/ heheheh. Tapi kalau nak mereka design-kan, boleh juga, tapi harga lain lah.

Boleh letak nama lain-lain ke walaupun nak order banyak?

Yep boleh, aku pun buat benda yang sama. Korang design satu je, lepas tu email-kan list nama kepada mereka. Nanti mereka buatkan. Best kan?


Apa lagi barang yang ada? 

Macam-macam adooooo! Hahahahah. Semua yang relates to printing, semua ada! Korang boleh usha sendiri dekat page mereka.

  

Nak link page Aldea Gift House!

Boleh boleh takde hal. Click SINI

Selain FB ada cara lain tak untuk contact Aldea Gift House?

Email : aldeagifthouse@gmail.com
PM/Whatsapp/WeChat : 018-311 1147
Instagram: http://www.instagram/aldeagifthouse

*** 

Itu sahaja kot yang boleh aku kongsikan. Kalau ada apa-apa soalan, tak payah poyo lah nak malu konon hahahaha just drop your comment below.

Ataupun, terus je contact Aldea Gift House.

Sekian, Assalamualaikum.

1 comment :

adrianna syaz said...

Bru duk terpikir2..mna nk cri button ni tuk doorgift..hehe..tima kasih ya..sya amlik link fb kdai ni :)