My All-time Favourites! [ANIMATED]


Assalamualaikum.

Aku tak nak taip banyak-banyak hari ni. So, let's just watch the show hehehehe.

"My all-time-favourites"


Oh ya, aku lupa nak letak aku punya feveret no 2 selepas ice, which is; Detective Conan. Huuuuuuuuu. So, aku letak gambar depa je lah huhu sedih ah. Macam mana boleh lupa ni ;;~~;;





Aku lupa nak tengok jam so aku tak tahu berapa lama aku ambil masa untuk buat benda ni. Hohoho. Yang penting, lebih daripada sejam lol.

Hak milik aku sebab aku kerah otak kerah tenaga kerah laptop kerah photoshop kerah google kerah photoscape kecuali semua yang berkaitan conan [Cr: owner] Ok bye heheheehe.

Assalamualaikum.

Engagement Day

With le cousins and sis.
Assalamualaikum. 

Hello fellas~

Title entry memang kontroversi betul. Hahahahaha. Bukan aku yang tunang k. Tapi kakak aku. Hahaha.



Kakak aku tahun ni, dia 24 tahun. So, memang umur yang sesuai untuk tunang. Bagi aku lah....

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sekarang memang musim hujan, tapi Alhamdulillah, hujan renyai-renyai je, tu pun sekejap lepas rombongan sana dah balik.

Bercakap pasal rombongan sana, fuhhh memang aku tak sangka, ramai betul. Ruang tamu rumah aku memang penuh dengan mereka je.



Tapi masih tak boleh lawan family aku lah. Sampai aku sendiri pening sebab ramai sangat.

Tak dapat dinafikan, aku taip entry ni dengan nada yang sangat formal atau dengan lebih tepat, macam buat karangan. Sakit hati pun ada bila baca sendiri lol.

Ok drop that babe.

Hangpa nak aku cerita pasal macam mana kakak aku boleh kenal tunang dia ke?

Hm tak perlu kot. Sebab mereka pun belum kahwin lagi. Oh ya, aku cuma boleh beritahu, tunang kakak aku orang Kulai, Johor.

Pertunangan ni, ikat setahun. Tapi lagi cepat lagi bagus. Sebab korang tahu sendiri lah.

Orang dah bertunang, memang banyak syaitan yang berlegar-legar dekat keliling mereka. Hehehe.


Everything about the day is okay....... Daripada aturcara sampailah ke makanan dan ke bahagian-bahagian lain.


Tetamu memang ramai, sebab kakak aku anak sulung family aku plus cucu sulung family besar aku, for both families. Ye, ibu dengan papa, both are anak sulung.


Belum campur jiran, sebab papa aku boleh dikatakan orang kuat taman jugak lah. Hehehe.

Aku tak jemput kawan aku sorang pun, sebab bukan aku yang tunang. Dan, tunang je kot. Hahahaha.

Kawan kakak aku pun tak ramai. Tak sampai 10 pun weh. Seriously.

Pendek kata, majoriti yang hadir time tu, semuanya kaum kerabat aku jugak lah.


Hantaran? Hohohoho. 7 dulang berbalas 17 dulang. 7 dulang daripada pihak lelaki. 17 dulang daripada pihak kami.


Memang banyak. Hahahahaha. Perancangan sebenarnya 11 atau 13 je. Tapi, alah macam aku cakap td. Kakak aku sulung so memang semua orang nak sponsor hantaran. Tu yang jadi 17 tu.

Kuning VS Merah. Hahahaha Selangor sangat uolss.

Kenapa pihak lelaki sikit? Lol. Memang lah sikit, tapi kalau ikut harga, banyak. Hahahah. Mana tidaknya, cincin dua; merisik dan tunang.


Dan...... oh mereka kan orang Johor. Orang Johor selalunya akan bagi 'tanda'. Hm so yep, tanda pun dah banyak rm rm rm kekekek.

Aku rasa itu saje kot. Tak perlu diceritakan dengan lebih detail sebab aku sendiri pun bosan baca entry ni sebab cara penulisan aku yang kaku gile ni. Entah kenapa, hari ni aku menaip dengan bagitu kekok sekali.

Faktor cuti sekolah hampir tamat dan aku bakal ke sekolah semula, mungkin? Big yes. Ini faktor paling besar weh. Kahkahkah.

Back to the topic;
Thanks to those yang hadir memeriahkan majlis pertunangan kakak aku. Terima kasih tambah xoxo kepada mereka yang tolong rewang; masak, basuh pinggan cawan mangkuk periuk kuali dan juga buat apa yang patut. Terima kasih semua. 
Sekian, Assalamualaikum.



Piyemmar~


Assalamualaikum.

Jangan lempang aku sebab tarok title gedik gile ini semua hanya gurauan semata lewls.

So, amacam batch 98's? Dah ready 100% ke untuk esok?

Dah sedia jiwa raga mental fizikal rohani jasmani ke brader?

Kepada yang dah, tahniah. Tapi jangan esok lari tak nak ambil result sudah lah. Hahahaha.

Kepada yang belum ready, pi lah buat something yang boleh buat korang lebih bersedia.


Cuba untuk percayakan diri sendiri dulu. Kita semua dah buat yang terbaik. So sekarang ni, kita cuma boleh berserah kepada Allah.

Believe me, you guys did your best. Believe ourselves, we really really did our best! :) :) :) :)

Ok next; berdebar-debar tak?


Aku ni jenis yang lambat berdebar, tapi sekali dah mula berdebar, lagi parah weh. Rasa macam dah tak boleh buat pape sebab time tu tangan dah macam kena penyakit parkinson; bergetar-getar.

Buat masa sekarang ni, aku tak boleh dengar perkataan PMR /my heart beats rn/ Dan jugak tarikh 19/12/13 wuuuuuuuuuuu seram.

So, esok is the d-day.

Bismillahirahmanirrahim....... Ya Allah, kami memohon kepadaMu Ya Allah, kau kurniakanlah keputusan yang cemerlang kepada semua pelajar Tingkatan 3 tahun 2013.. Kau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah.... Kau berikanlah 8A dan 9A buat mereka Ya Allah. Kau berikanlah, Nurul Aze Alia binti Bahar, keputusan yang mengikut keinginannya Ya Allah... Kau makbulkanlah doa kami Ya Allah........... Ameen.


Sekian, Assalamualaikum.

Soalan lawak budak darjah 3

Aku memang promoter Sunway Lagoon tak bergaji hohoho
Assalamualaikum.

Ha ha ha. Hangpa tengok tajuk entry ni pun, memang 100000% hangpa tau lah aku nak cerita pasal apa. Heheee.

Sebelum aku start, pastikan anda bersiap sedia untuk ketawa hahahahahahahaha. Walaupun tak lawak mana, please ketawa lewlsssssssssss.

Ok macam ni ceritanya;

Semalam, nenek aku dengan mokde aku bersama anak-anak beliau /sepupu aku lah kiranya/ datang rumah aku dekat Klang ni hah.

Diorang datang drpd Johor. Tapi sebelum ke sini, diorang singgah Nilai dulu sebab nak jumpa anak mokde aku yang belajar dekat USIM.


Masa otw drpd Nilai ke Klang, sepupu aku nampaklah satu papan iklan atau bahasa omputihnya ads-board /sukati aku je/ dekat tepi highway tu.

Sepupu aku yang baru darjah 3 ni, memang blur dan sangatlah naive. Dia pun tanyalah pakcik aku /pakcik aku yang tumpangkan kereta beliau untuk bawa mereka ke Klang/ 
"Pakcik, orang nak pergi Sunway Lagoon boleh tak?"
"1 kepala pun dah seratus lebih... Ko ada duit ke? Hahahaha"
"Aik kepala je? Habis tu, badan berapa?"
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" 

Tanpa sebarang jawapan yang dia terima, bukan setakat pakcik aku je ketawa, satu kereta ketawakan dia.

Tapi, disebabkan dia memang innocent tahap kau buat jahat dekat dia pun dia tak faham lol jadi dia pun relax je lah sambil buat muka "macam takde pape berlaku" lepas orang dah gelakkan dia kaw kaw punya.

Sampai je dekat rumah aku, mokde aku pun cerita lah benda ni.

Kitorang semua dekat rumah ni, bantai gelak ahhh gila ko tak gelak kalau soalan dia macam tu hahahaha.
"Logik jugak soalan dia tu.. Kepala je, badan kaki tangan berapa ringgit pulak? Hahahaaha"
"Engko nak masuk sunway, penggal kepala je lah. Kaki jangan jejak hahahaha"
"HAHAHAAHA Duit untuk kepala pun tak cukup!"
Itulah respond kitorang semua yang dekat rumah ni. Tapi dia tetap dengan poker face dia tu.

Kesimpulannya, tolong gunakan bahasa mudah kalau nak bercakap dengan budak darjah 3 hahahaha.

Kalau tidak, nasib dia sama je dengan sepupu aku sorang ni hah. Sampai ke sudah tak faham kenapa orang gelakkan dia lol.

Kasihan. Tapi apa aku mampu buat?

Aku hanya mampu gelak. Sebab dia memang lawak! Kahkahkah!


Kbye Assalamualaikum.

Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?


Assalamualaikum.

Hello ebelibadi har har.

Actually aku memang totally blank so aku takde idea langsung untuk buat entry baru.

And today, aku tweet dekat twitter /takkan tweet dekat fb kot heee/ cuba untuk raih idea orang lain.

Suprisingly, ada orang respond. I was like "omg thanks a lot. I'll try my best to write about this"

Idea beliau; "work after spm..ideal or not?" cc: Annis Nurhusna

Tapi aku bertindak dengan inovatif kekekeke aku pun ubahsuai sikit kepada yang lebih umum dan terbuka iaitu; Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?

Sebelum hangpa semua sambung baca, aku kena cakap benda ni. This entry ditaip sepenuhnya oleh aku sendiri. Ini cuma pendapat peribadi. Ya, pendapat aku sendiri.

Entry ini terbuka kepada semua terutama sekali batch; PMR 2013, SPM 2013 dan semua yang ambil exam tak kira besar atau kecil, comel atau comot /hambarnyaaaaaaaa/

Leggo~


***

Aku tahu ramai yang sibuk mencari kerja right after the last paper kan? Ada juga yang dah cari sebelum exam lagi. Tapi persoalannya sekarang.......
 Bekerja sementara tunggu result. Wajarkah?
Pada pendapat aku lah kan /fuuhh terasa feeling jawab exam pmr/ aku rasa, wajar je. Tapi kenapa aku rasa wajar? Hohohoho

Iyelah, daripada hangpa semua buang masa macam aku ni hah, lebih baik korang pergi bekerja. At least, banyak benda korang boleh dapat, dengan bekerja.

Firstly, takdelah masa korang terbuang dengan benda-benda yang kurang berfaedah. Contohnya, melepak sambil mengurangkan duit mama papa tersayang.

Second, dapat kumpul duit. Dengan duit ni, korang boleh guna untuk personal. Cth; handbag, sneakers, motor, handphone, etc. Ataupun untuk barang-barang sekolah. Aku rasa tak perlu kot aku bagi contoh ha ha ha. Ataupun, belanja family makan ke? Atau mungkin juga, simpan untuk masa hadapan /the best thing btw/

Next, korang juga dapat belajar menghargai. Dapat rasa sendiri, susahnya nak cari duit. Dapat rasa penat mencari rezeki macam mama papa korang rasa. With this thing, korang akan belajar menghargai. Menghargai jasa mama papa korang.

Next lagi please? Heheh. Korang jugak dapat tambah pengalaman. Dah besoooor nanti, senanglah nak cari kerja sebab korang dah ada pengalaman bekerja. Eh, pengalaman sebenarnya penting tau.

Nanti bila bukak sekolah, bila cikgu tanya; "Cuti sekolah awak buat apa?" Takdelah korang jawab; "Saya goyang kaki sambil tengok sinetron" Upssssssssss. Sebenarnya, banyak lagi korang boleh guna dengan adanya pengalaman.

Seterusnya, /formal gile wa cakap sama lu/ dapat belajar secara tidak sengaja. Contoh paling mudah aku boleh bagi hmmmmm ok macam ni. Korang kerja as salesgirl. Dengan bekerja sebagai salesgirl ni, apa jenis pe'el yang korang kena ada? Mestilah kena rajin, sabar, murah dengan senyuman, pandai berkomunikasi, manis mulut, etc.

Secara tidak langsung, korang belajar untuk lebih sabar. Customers are always right. Dan kalau aku customer korang, aku memang suka menang. Jadi aku sentiasa betul ha ha ha ha.

***

Kesimpulannya, wajarlah kalian semua bekerja sementara tunggu result ni. And btw, result PMR is out soon! Good luck to all and untuk aku juga hehehehe.

Tapi, aku tak cakap pun, korang wajib bekerja. Hehehe. Tak salah kalau korang duduk rumah, tolong mama papa buat kerja rumah, jaga 10 orang adik, jaga jiran sebelah rumah. Malah, lebih baik kalau macam tu.


Dapat pahala free! Sebab tolong mama papa hehehe :) :) :) :) /smiley banyak-banyak sebab senyum kan sedekah hewhew/

Kalau korang ada pendapat lain, jangan malu jangan segan, tebalkan muka anda setebal make up anda hehehehe joke joke. Drop your comment below. Every single word sangatlah dihargai.

Terima kasih kerana membaca. Sama-sama /jawab sendiri je lah oh kasihan sungguh hidupku ini/
Bye and Assalamualaikum.

Masa budak-budak dulu.....

Entry paling pedas tahun ini lewls
Assalamualaikum.

Hello everybody /waving/

Btw, aku dapat ilham /ilham lah sangat/ untuk buat entry ni lepas baca status fb aku sendiri masa darjah 6 dulu.

As for today, aku nak cerita pasal perangai pelik malah janggal aku masa budak-budak dulu.

Aku rasa benda ni semua orang pun buat. Har har cuma ye bila teringat balik, rasa macam "Ohyeay I'm so noob bebey"

First, kalau korang perasan lah kan, kalau korang ada friends yang masih sekolah rendah dekat fb, benda biasa yang korang akan nampak ialah; status keanak-anakkan mereka.

Sebenarnya, status keanak-anakkan ni bukan je di-update oleh budak sekolah rendah je, kekadang umur dah tak berapa nak kanak-kanak pun, update status macam tak reti mengeja. Lol

Dah jadi "trend" lah dulu setiap kali update status semua perkataan yang simple, jadi complicated sampai pembaca sendiri tak boleh nak baca sebab tak faham. Hahahaha.

Contoh;

nun/nan - dengan [padahal kau nak letak "dgn" atau "ngan" je pun tkpe]
skunk -sekarang [aku rasa takde msalah kalau taip "skrg" atau "skang" lol]
aque - aku [alahai ini lagi lah pelik kahkahkah]
sebarang penambahan "ewwww" dekat belakang perkataan. cth: aquew sukew kamuewwww kewtat kewtat [oh pls lah korang hahahahahha]
KeNaPa KaLiAn GeDiK sAnGaT [yang ini paling pelik seriously guys tak penat ke taip kecik besor besor dah ler kena tekan shift pe semua aduhai]


Banyak lagi lah, tapi aku sendiri pun tak sanggup nak taip kahkahkah /gelak jahat/

Tbvh, aku pun pernah lalui zaman bahasa pelik ni. Sebab aku pun pernah jadi budak-budak. Tapi bukan semua budak-budak macam ni.

Cuma budak-budak yang kononnya, "oh ini ke trend skrg? Style jugak en" dan yep, I'm one of this kind of kid. Tapi itu DULU k DULU.

Hahahahahahaha. Macam tak sangka aku pun macam ni /benda ni lawak k/

Dah dah dah. Tak nak mengutuk diri sendiri lagi a.k.a mengutuk orang yang dah besoooooooor panjang tapi masih update status macam tu /mohon belajar membaca balik pls? Lol joke joke/

Kbye Assalamualaikum.


Pssst; maafkan saya sekiranya entry ini melukakan hati anda ToT saya sekadar berkongsi zaman kanak-kanak saya ToT

[REVIEW ONLINE SHOP] Aldea Gift House


Assalamualaikum. 

Hello peeps /lambai tangan/ Okay actually dah lama nak update entry ni. Tapi hari ni baru sempat.

Sebelum ni memang dah ramai /lebih drpd 2 orang lol/ yang tanya dekat mana aku order button badge tu.

So here, aku nak bocorkan rahsia besar tu hahahahahaha besar lah sangat! Lol.

Ekceli aku beli dekat satu online shop ni which is known as;

ALDEA GIFT HOUSE

Sebelum aku teruskan ni, aku cuma buat review untuk button badge je tau. Untuk barang lain, aku tak tahu hehehe. Tapi aku rasa, okay je! :) So let's start it.

***

Mana tahu pasal kewujudan online shop ni? 

Ok sebenarnya, owner dia merupakan kawan kakak aku. Masa tu aku memang desperate nak buat button badge tapi nak harga murah. Mulanya aku jumpa satu lagi online shop yang buat printing ni, tapi lepas 24 hours, masih takde respond.

So aku pun ke plan B iaitu cari lagi online shop lain. And suddenly, kakak aku baru teringat yang kawan dia pun ada buat printing ni.


Macam mana pula dengan service? 

Honestly, aku boleh bagi 5 bintang. Sangat senang untuk berbincang. Nak tawar-menawar pun senang hehehe. Owner memang peramah... Memang best lah!

What about harga?

Disebabkan aku memang hebat tawar-menawar, so aku dapat harga yang affordable. Hehehehe. Owner pun boleh bertolak-ansur dan takdelah garang sangat. Hehehe. Walaupun harganya agak murah, tapi quality tetap baik. Sampai aku sendiri rasa bersalah sebab minta harga murah lol.

Senang cerita, harga boleh dirunding. No worries.


Postage macam mana pulak ye?

Bercakap pasal postage, aku tak tahu berapa harganya. Maybe depends kepada berat dan jarak. And disebabkan kitorang satu kampung, so aku tak dikenakan bayaran postage. In fact, siap hantar ke rumah lagi. Hebat tak? Ada service delivery uolls! Dah lah harga berpatutan, lepas tu siap hantar dekat rumah lagi.

Jadi, aku tak boleh nak agak berapa RM. But it's okay, harga barang dah cukup murah, tak kan lah tak boleh keluar duit untuk postage? Hehehehe.

Quality barang okay tak?

Macam yang aku cakap tadi, quality memang tip top. Berbaloi lah kalau korang beli. Usahlah kalian risau lewls.

Boleh design sendiri ke?

Of course lah boleh. And fyi, button badge yang aku beli tu, aku yang design /bongkaknya kau aze astaghfirullah/ heheheh. Tapi kalau nak mereka design-kan, boleh juga, tapi harga lain lah.

Boleh letak nama lain-lain ke walaupun nak order banyak?

Yep boleh, aku pun buat benda yang sama. Korang design satu je, lepas tu email-kan list nama kepada mereka. Nanti mereka buatkan. Best kan?


Apa lagi barang yang ada? 

Macam-macam adooooo! Hahahahah. Semua yang relates to printing, semua ada! Korang boleh usha sendiri dekat page mereka.

  

Nak link page Aldea Gift House!

Boleh boleh takde hal. Click SINI

Selain FB ada cara lain tak untuk contact Aldea Gift House?

Email : aldeagifthouse@gmail.com
PM/Whatsapp/WeChat : 018-311 1147
Instagram: http://www.instagram/aldeagifthouse

*** 

Itu sahaja kot yang boleh aku kongsikan. Kalau ada apa-apa soalan, tak payah poyo lah nak malu konon hahahaha just drop your comment below.

Ataupun, terus je contact Aldea Gift House.

Sekian, Assalamualaikum.

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Jom join main hujan sama-sama hehehe click banner untuk join!
Assalamualaikum.

Hello~ Ok dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, aku join giveaway ni hehehehe.

Kenapa aku pilih untuk join giveaway ni?

First and foremost, sebab temanya ialah hujan. I love rain yep all about rain including Bi Rain lelaki tampan yang berasal drpd Korea tu lol ok drop that.

The main reason kenapa aku suka sangat dengan hujan is; aku suka bau hujan.

Seriously, there's nothing yang ada bau yang sama dengan hujan. Kalau lah ada perfume yang bau hujan, aku confirm akan beli walaupun hakikatnya aku memang tak suka perfume. Tapi, disebabkan bau hujan, aku cuba untuk suka perfume hohoho.

Back to the topic, ok sekarang ni, what kind of gambar hujan yang aku suka? Here;

and
Nampak lain tapi sebenarnya sama [pics from tumblr]
Lain format iaitu satu berformat gif dan satu lagi pula ialah jpg. Tapi, sama je jenisnya. Cuba teka apa yang samanya? Ha ha ha

Yep, both of it menunjukkan hujan yang menitis dekat cermin!

Tbh, aku sangat sangat suka raindrops dekat cermin kereta atau dekat mana-mana sekalipun. Lagi-lagi kalau dia mengalir. Cantik sangat!

It's toooooo beautiful sampaikan aku tak dapat nak describe betapa cantiknya dia dengan kata-kata /kau pikir dia manusia ke pe lol/

Aku punya suka dekat raindrops ni sampailah tahap aku suka lagu yang relates to raindrops. Tapi lagu tu memang best pun kekekeke.

Try dengar lagu ni; Raindrop by IU.

To those yang sukakan hujan juga, jangan lepaskan peluang untuk luahkan perasaan suka tu. Jom lah, join sekali giveaway ni!

Sekian, bye. Assalamualaikum.

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Saya tahu buat magik. Ce tekan banner hehehehe. Click banner untuk join! :)
Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim........ Saya join dengan penuh ceria malah lebih ceria daripada kanak-kanak ribena.

Okbye Assalamualaikum.

33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory


Assalamualaikum.

Hello world. First of all, HAPPY BIRTHDAY dear Cik Atien!!

And, ini pula hadiah yang direka khas untuk cik Atien. Hehehe. Limited edition okay? Lewls


Hehehehe. Dan untuk wish yang lebih panjang, please proceed. Hewhew ;]
"Dear Cik Atien, Selamat Hari Jadi yang ke-[insert your age] hehehe. Happy Birthday and May Allah bless you for the rest of your life. Remember, nobody's perfect and nobody's flawless. Yet, you still can be perfect and flawless by being yourself. Opss ter-speaking london pulak. Hehehe. Semoga Cik Atien, sihat selalu, murah rezeki dan panjang umur. Ameen"
Sekian drpd saya, Assalamualaikum. XOXO!

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !


Assalamualaikum.

Ok saya join...... Hehehehe.

Blog ni mula beroperasi daripada 24 March 2011. Hm ce kira dah berapa tahun? Lol aku memang forever slow kalau kira anything relates to tarikh. It's hard you know~ Hehehehe. /saya belum ada blog masa zaman batu dulu lol/

So kalau ikut pengira amateur macam aku, aku rasa dah 2 tahun, 8 bulan dan maaf saya tak reti kira hari hehehe. Mohon kira sendiri k? Lewls

Tbvh aku memang dah lama follow blog Lyssa Secret ni. Zaman aku baru-baru dalam dunia blogging ni, memang most visited site merupakan blog cik Lyssa.

Time tu, zaman cik Lyssa pakai lagu "Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang, Aku bagai bintang yang tak ditemani malam...." yep, Pelengkap Hidupku-Eren ft Romi. Hohoho. Lama kan?

Aku punya suka dekat blog tu, sampai hampir 80% coding blog aku ni berasal daripada blog cik Lyssa. Dan yang paling bestnya, lagu yang dia pasang pun, sampai jadi feveret, siap hafal tu weh! Hahahahaha.

Apa yang aku nampak, daripada dulu sampai sekarang, font blog, maintain sama. Warna blog, still the same, yep PINK. Muka cik Lyssa pula, tbvh memang masih sama. Awet muda a.k.a Baby face uolls.

Aku tak tipu, benda ni memang sama. Tak caye tanya abang aku, sebab dia tu boleh jadi saksi, betapa kerapnya aku buka blog cik Lyssa. Hhahaha make it short, most of the views, came from me. Lolololol.

So, bila dah tahu blog Cik Lyssa ni dah genap 3 tahun, aku pun terikut sama teruja. Untuk tunjukkan tanda terima kasih kepada Cik Lyssa dan blog beliau sebab mereka /lulz/ merupakan tulang belakang blog ni. Hehehe.

Tanpa mereka, maka memang tak berubah lah blog ni. Memang blog ni maintain pakai simple template tanpa sebarang penambahan code. Lewls

Tahniah juga, sebab dah cecah 3 tahun. Masa berlalu dengan begitu pantas. http://www.lyssasecret.com pun sekarang semakin dikenali ramai. Yang sedihnya, blog aku ni, dah nak masuk 3 tahun pun, tetap tak dikenali. Har har.

To those yang masih belum join, cepat cepat dan cepat. Peluang ni terhad sampai pukul 9 malam ni je. Sapa lambat, memang termimpi-mimpi sebab menyesal tak join. Hohohoho.

Tag; http://tqaredocean.blogspot.com/ http://wanaseoby.blogspot.com/ http://akubudakbiology.blogspot.com/

Sekian, Assalamualaikum.

Excuse me sir, your Malaysian is showing...

Size S [good quality] sejuk bila dipakai. I'm not kidding :)
Assalamualaikum.

Hello. Actually aku dah lama nak update entry ni, tapi tak berkesempatan sebab aku malas nak search the website.

After about 15 minutes, I found it. Lol lama gile wa cari bendalah ni.

Here;



https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing/home.php
Ok. Actually, contest ni dianjurkan oleh astro go byond.

It's a contest about; hmmmm Malaysia. Cuba untuk tonjolkan keunikan kita as Malaysians.

Dah titlenya pun "Excuse me sir, your Malaysian is showing..." tak kan hangpa nak promote Nepal kot?

This contest, sedikit sebanyak dapat menarik minat outsider untuk datang ke Malaysia because of our "keunikan" yep Malaysia memang dah cukup unik dengan makanan, kaum and adat.

But yeah, bahasa yang kita gunakan pun unik k. Tak tipu.

So, as a Malaysian, apa salahnya aku berbangga jadi anak Malaysia, so aku pun ikut sama join contest ni dan design a few shirts.

Maaf, aku tak nak tunjuk cuz its kinda lame lol.

Tapi, don't worry be happy sebab aku tunjuk gambar baju yang aku dapat freeeeeeeeee daripada astro byond! Hehehehe.

 Front
This contest berlangsung continuously, so hangpa masih ada peluang.

Orang cakap, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. No, I don't mean yang kalau hangpa tak join contest ni, hangpa cari bala.

It's just, hangpa ni rugi lah. Rezeki depan mata pi tolak. Memanglah tak confirm menang kalau join, tapi confirm kalah kalau tak join. Ye dok?

Walaupun, aku ni tak menang atau mungkin aku menang tapi aku tak perasan, idk lah bro.

Back
But, Alhamdulillah, I've got one if it /walaupun aku bukan pelanggan astro lol rumah eden takde astro/

Aku dah try cari design baju tu dekat site tu, tapi tak jumpa /actually aku cari separuh jalan and end up with a reason; malas nak sambung cari/ 

Plus, aku pun memang dah lupa everything about this, termasuklah; what kind of baju aku design dekat site tu.

So just take it easy, anggap je aku one of the winners atau one of the luckiest contestants.

Entry ini bukan nak menunjuk, cuma nak berkongsi. Mana tahu anda pula pemenang seterusnya? Lol

Arm
Till here, bye. Assalamualaikum. #UrMalaysianIsShowing