Duit duit duit


There are people so poor, that the only thing the have is money.
Assalamualaikum.

Hai hello hehe. Aku nak update entry pasal futsal ekceli tapi aku nak lagi banyak gambar so nanti je lah.

Ok. Hari ni aku nak bincangkan pasal DUIT.

Siapa yang tak nak duit?

Siapa yang tak suka duit?

Siapa yang boleh survive walaupun takde duit?

Siapa yang boleh hidup bahagia tanpa duit?

Siapa yang tak nak dapat duit tanpa perlu bekerja?

Siapa yang tak nak duit jatuh dari langit?

Siapa yang tak nak bank dia sentiasa dipenuhi dengan duit?

Siapa yang tak nak duit raya?

Siapa? Siapa? Siapa? 

Honestly, aku bukanlah orangnya. Aku perlukan duit. Sangat sangat perlu. Hehe.

Mungkin ada yang tak nak duit, tak suka duit, boleh survive tanpa duit, hidup bahagia tanpa duit.

Tapi boleh kira lah weh berapa ramai.

Ye lah, sekarang ni nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen at least. Kan?

Mana dapat lagi nasi lemak 50 sen? Paling murah pun RM1 tapi susah nak jumpa. Paling common RM1.20.

Beli barang dapur pun mahal. Kalau family tu ada baby, pampers dengan susu dah berapa puluh RM?

Let's say kalau ada family member yang sakit, dah kena keluar duit untuk ubat pula.

Pendek kata, semuanya perlukan duit.

Kadang-kadang walaupun kita tak nak buat benda tu sebab kita takde duit, kita still kena bayar sebab benda tu dimestikan. Yes aku maksudkan exam.

Nak exam pun kena bayar kan? Kalau lulus, keputusan cemerlang, memang berbaloi.

Tapi kalau keputusan macam hampeh dan kau memang tak nak ambil exam tu, berbaloi ke?

Think again.

Kita tak boleh nak salahkan sesiapa dalam kes macam ni.

Aku bagi korang satu situasi. Ok macam ni;

Seorang fakir miskin nak beli beras untuk bagi makan keluarga dia. Seorang peniaga yang anaknya sakit dan memerlukan duit untuk pembedahan. Kau rasa peniaga tu nak ke jual beras tu dengan harga murah?

Ok satu lagi aku tak dapat terima.

Aku tak faham kenapa manusia menghukum banduan macam mereka ni takde harapan untuk berubah.

Yes, they made mistakes, dan mereka dah kena hukum pun, kan?

Tapi kenapa setiap kali banduan minta kerja, orang tak beri peluang? Takut banduan tu buat kesilapan yang sama?

Banduan tu tahu apa rasa hidup dalam penjara. Kau rasa dia nak ke masuk lagi dalam penjara?

Bila mereka ni tak ada kerja, takde duit, mereka terdesak. Terdesak nak duit.

So mereka terpaksa buat semula kerja-kerja kotor mereka. Adil ke?

Siapa kita nak menghukum orang? Think people think.

Hahaha. Ada yang cakap, ada je orang yang boleh survive tanpa duit.

Siapa? Pengemis? Hello, mereka juga perlukan duit. That's why mereka mengemis.

Aku rasa manusia yang tak perlukan duit cuma wali songo. Hahahahaah.

Lagi pasal duit. Kalau someone tu nak berjaya, nak jadi someone yang dikenali, disanjungi.

Mereka juga perlukan duit. Duit untuk tampung perbelanjaan pengajian mereka. Buku, yuran and so on.

Ok dekat sini aku bukan nak cakap duit ni benda wajib. Duit ni benda yang perlu ada untuk terus hidup.

Untuk kau support keperluan asas kau. Kehendak kau.

Tapi dalam kita sibuk mengejar duit, cara dan niat tu kena betul.

Niat untuk terus hidup di muka bumi Allah untuk terus perjuangkan Islam dan mengumpul pahala untuk kebaikan di akhirat.

Cara, belajar bersungguh-sungguh, usaha sedaya upaya, kerja sehabis baik.

Bukannya niat semata-mata nak hidup senang di dunia, nak jadi kaya, nak beli semuanya, nak enjoy.

Cara pula guna cara kotor macam rasuah, curi, pecah amanah.

Actually, ada lagi cara untuk dapat duit. Tapi perlu disertakan dengan semua cara baik yang aku cakap tadi lah.

Solat Dhuha. Pray and pray. Sucikan hati. Bersihkan jiwa. Tadah tangan. Rendah diri. Berdoa. Ikhlas.

In Syaa Allah, Allah kurniakan rezeki yang melimpah. Duit yang melebihi keperluan. Allahu

Tapi, bila dah kaya, jangan pula lupa Allah. Niat juga dah mula terpesong. Tak bersyukur.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Bila someone tu dah kaya, bersedekahlah. Sesungguhnya sedekah itu satu amalan yang tak akan terputus pahalanya walaupun setelah kau meninggal dunia.

Bila kita dah cukup kaya, kita timba lagi ilmu. Lepas tu, sebarkan ilmu tu kepada orang lain. In Syaa Allah, jika ilmu itu dimanfaatkan oleh si penerima selama-lamanya, tak kan terputus juga pahala yang kau dapat.

Bila kita ni dah berduit, apa salahnya kalau hantar anak-anak pergi belajar agama. Bawa anak-anak pergi ceramah agama. Didik anak-anak supaya beragama, berkelakuan baik. In Syaa Allah, lepas kau meninggal dunia, anak-anak kau ni yang akan tolong kau, doakan kau selamat di akhirat kelak.

Pssst; Ada yang duit tak boleh beli. Kasih sayang, cinta, ibu bapa, family, keikhlasan.



Terasa diri ni macam ustazah pula. Segala kekhilafan, datangnya dari saya. Segala yang baik, datangnya daripada Allah.

Sekian. Thanks a lot for reading.

Semoga berguna buat anda semua.

Peace yaw.

Pssst; actually tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Sedekah boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Wassalam.

Giveaway Silent Confessions


Assalamualaikum. 

Why the banner so cute omg omg i can't even- /speechless/ salah satu sebab den join lol ;D

Click banner untuk join. Teruskan scroll untuk membaca. Peace yaw!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


I'm done confessed everything.........in silent.

As long as you can't hear it, it will remain silent.

Only Allah and I know about it.

Cause this is SILENT CONFESSION.


Sekian terima kasih.

Siapa tak nak hadiah? Semua orang, tolonglah angkat tangan. Hehehehehe

Sebab saya nak semua hadiah tu lol ok overact hehe

Wassalam.

psst; saya dah ikut semua syarat. tak tipuuu hehe

We love you Puan Alia!





Assalamualaikum.

Hai hello HAHAHAHA. Ok actually aku dah lama tak update entry ni, tapi tak berkesempatan sebab gambar takde.

And now, aku berjaya dapatkan semua gambar.

Fuh susah gila. Terpaksa aku korbankan RM1 demi entry ini tahu. lol let's start.


Pada hari Khamis, 23 Mei 2013, kami 3 Setia bersatu dan bekerjasama for the first time, untuk menjayakan kejutan ini.

Tapi sayang, kejutan yang dirancang rapi beserta gimik yang tak boleh blah, gagal separuh jalan.

Bukan sebab tak cukup kerjasama atau diganggu oleh cikgu disiplin, tapi sebab cikgu kami dah sakit perut nak bersalin.

WOW so WOW

Hahahahaha. Ok let me explain, kejutan apa yang kitorang cuba buat ni.

Actually, kitorang merancang untuk buat suprise dekat Cikgu Alia sempena Sambutan Hari Guru dan sempena dia nak cuti bersalin.

Almaklumlah, keesokkan harinya, dah mula cuti sekolah. So bila lagi nak buat kan?

Kami tak celeb Hari Guru sebab kelas kitorang dicutikan waktu tu. Kesian cikgu kitorang tak dapat hadiah lol.

Kitorang siap combine dengan kelas 3 Luhur tau!

First time juga kitorang berinteraksi secara informal dengan kelas lain. Hahahaha sebab sebelum ni kelas kitorang sentiasa jauh daripada kelas lain. Huhu.

Gimik yang kitorang rancang, hehehehe. Budak lelaki kelas Setia bergaduh bertumbuk bergusti dengan budak Luhur dekat depan kelas Setia masa waktu terakhir.

Cake, hadiah, kad, semua dah siap tinggal nak cakap "SUPRISE" je. lol

Tapi lepas je waktu rehat, tiba-tiba Arash berlari masuk kelas and cakap,

"Weh, cikgu dah nak balik"

Kitorang semua terdiam. Lepas tu masing-masing lari keluar daripada kelas cari cikgu. Kesian cikgu ganti ditinggalkan dalam kelas.

Aku dengan Cempaka berlari pergi kelas Luhur, cakap cikgu dah nak balik.

Khusairi dengan Arash pula berlari kejar cikgu.

Nasib baik sempat tahan. So kitorang semua turun bawah pergi dekat kantin.

Kelas-kelas lain semua pandang kitorang sambil buat muka what-the-heck-they-trying-to-do Hahahahaha muka confius semua.

Mana taknya, kitorang sesuka hati berlari dekat koridor, terjerit-jerit, turun kelas, pergi kantin.

Ye, kami buat sekolah tu huru-hara untuk beberapa minit lol sekali-sekala apadehal.

Sampai je dekat belakang kantin, semua dah prepare pegang cake, hadiah, kad apa semua.

Cempaka pun minta semua nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" lalu kami pun nyanyi bersama dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bila muncul je depan kantin, omg.

Kitorang sekali lagi terkedu dan terus ketawa terbahak-bahak. Teka apa yang terjadi. Hahahahahahahhaha

Cikgu Alia yang tadi sedang elok duduk di kerusi kantin, takde dah dekat kerusi tu.

Beliau sedang pergi membeli air dekat kauter kantin. lol. Yang ada dekat kerusi tu cuma cikgu lain yang teman cikgu Alia je.

Lepas tu kitorang semua berlari semula belakang kantin. Tunggu masa nak keluar lagi sekali. Haha.

1 2 3!

"Allah selamatkan cikgu, Allah selamatkan cikgu, Allah selamatkan cikgu Alia, Allah selamatkan cikgu..."

All of us, yes ALL of us cried. We cried. Tangisan kegembiraan dan tangisan kesedihan.

Gembira, sebab akhirnya kami bersatu, kami berjaya buat kejutan.

Sedih, sebab lepas ni 3 bulan cikgu takde cuti bersalin.

Cikgu Alia, sudah lencun dibasahi air mata, aku sendiri tak tahu, beliau menangis gembira atau sedih atau sakit atau marah. lol ayat aku.

Mula lah slot drama air mata kan? Bersalam-salaman, cium-ciuman, berpeluk-pelukan. lol

Percaya atau tidak, budak lelaki pun nangis jugak! Hahahahaha.

"Yang lelaki, boleh peluk aku" -Khusairi.

Hahahahahahaha. Lepas tu, kitorang pun makanlah cake tu semua. Cikgu yang potongkan.

"Pergi minta pisau dekat makcik kantin, saya potongkan kek" -Cikgu Alia.

Again, we cried. Touching punya pasal. Hehehe.

"Awak ni, tak jadi saya nak beranak. Awak ingat saya saja-saja ke nak balik. Saya sakit nak beranak tahu!" -Cikgu Alia

Lepas tu, sesi bergambar pun bermula. Tak banyak gambar pun, sebab masing-masing baik, tak bawa camera ke sekolah.

Nasib baik, Izzatie bawa phone dia. lol thanks izzatie <3

Then, ayah Cikgu Alia, Encik Hamzah pun datang.

Sekali lagi, Khusairi dan Arash memainkan peranan pergi dekat gate, jumpa dengan pakcik guard, suruh naikkan palang.

So, kereta ayah Cikgu Alia bolehlah masuk. Hahahaha.

Lepas tu cium salam peluk nangis lagi sekali. Siap bukakan pintu lagi. Masukkan hadiah dalam kereta. Semuanya kitorang buatlah.

Special untuk cikgu sebab kami sayang beliau. Hehehehehe.

Finally, all of us;

"Bye bye Cikgu Alia~~~~~" sambil lambai tangan.

And then, someone said "Bye pakcik eh atuk!" lol hahahaha dia cakap bye dekat ayah cikgu. Hahaha.

Kami pun berjalan naik ke kelas. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.


Beginilah kisahnya, lawak weh. Kitorang dapat kegembiran, kesedihan, malu, muka tak puas hati daripada cikgu and student lain, kena gelak, orang kerek dekat kami.

Tapi, kitorang ignore. Semuanya demi cikgu!

Kalau cikgu baca entry ini /ajaib/ saya, Nurul Aze Alia binti Bahar mewakili 3 Setia, nak cakap "Kami sayang cikgu sangat sangat!!"

That's all for today. We will meet again when we meet. Bye

Assalamualaikum.

Psst; silalah hadap gambar kami di bawah ini lol








Soalan cepumas kepada mangsa tag


Assalamualaikum.

Rembau most wanted yaw! Hehehehe tiba-tiba je.

Ok I'm back. Lupakan saja kata-kataku yang kononnya nak update blog setiap hari.

Semuanya dusta belaka.

Lol ok sekarang ayuhlah kita baca dan jawab soalan.

Rules of the game ;
1. post this rules.
2. write 11 things about yourself.
3. answer the question the tagger set to you.
4. create 11 new question for those you want to tag.
5. choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. you are not allowed to tag back.

About me ;
1. Tahun ni aku PMR tapi nampak macam tak. Hahaha k.
2. Gadget freak!
3. Senang untuk suka something. Tak kisahlah manusia ke, gambar ke, blog ke, novel ke. lol
4. Pantang nampak camera. Mesti nak enterframe. Hahaha.
5. Aku takde simcard sekarang ni. /kau boleh bayangkan tak?/
6. Masih keliru dengan diri sendiri. Who am I? /sigh/
7. Grey and pastel colour maniac!
8. Aku suka water colour.
9. Cepat pissed off and fed up.
10. Bukan takut, cuma tak berani berhadapan dengan kucing.
11. A kpopstan. Seriously.

Soalan daripada Fira ;

1. apakah cita-cita korang?
- Aze masih tertanya-tanya sebab bila aze buat atau tengok something yang menarik, automatic cita-cita aze berubah. 

2. apakah hobi korang?
- Online like crazy.

3. apa yang korang akan buat kalau sahabat korang dalam mood yang tak baik?
- Diam je. Bila dia dah okay, dia sendiri akan cakap.

4. bayangkan bagaimana selepas korang bangun dari tidur, korang berubah menjadi jantina yang berlainan dengan korang. apa korang akan buat?
- Hehehehehe. Buat semua benda yang lelaki buat sebab aze sangat curious apa yang lelaki buat wanita tak buat omg omg.

5. apa akan korang buat kalau boleh dilahirkan semula?
- Jadi lebih baik. Tapi ini cuma KALAU.

6. perangai kawan yang macam mana yang korang tak suka?
- Siapa suka backstabber kan? Hahahahaha.

7. apa korang akan bawa ke pulau yang tidak berpenghuni?
- Makanan......... dan gadget xD

8. adakah korang suka bersukan?
- Depends. Apa saja sukan dekat sekolah, aze tak suka. Sukan di luar sekolah, aze suka. lol

9. sejak dan bagaimanakah korang terlibat dalam dunia kpop?
- Aze tak ingat tahun bila ;~~~~; tapi lepas aze tengok Boys Over Flower dekat 8tv. Hahaha carilah sendiri tahun bila. Kim Hyun Joong tarik aze kedunia kpop begitu juga dengan SHINee. Blame them ;~~; Hehehe

10. apakah ciri-ciri lelaki idaman korang?
- Seorang yang boleh bimbing aze kearah kebaikan.

11. siapakah k-idol kesayangan korang? nyatakan kesemuanya.
- Janganlah suruh nyatakan semua. Penat nak membaca nanti. Hahahaha. Aze bagi sebelas je ok?
Kim Myungsoo - Song Jihyo - Kwon Yuri - Kim Hyun Joong - IU - Kangjun - Kim Taehee - BAP oppars - Teen Top oppars - Kim Bum - Kim So Eun

Soalan daripada Kak Tieqa ;
1. Nama manja?
- Adik. Ini dah lah paling manja lol. Oh ya, Fizah panggil aze, Minapal. Tak manja langsung ok tahu dah. Hahahaa

2. Warna yang paling awak tak suka?
- Warna coklat kot.

3. Peminat novel? Senaraikan novel kegemaran awak
- Banyak sangat. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Kahwin Ganti, Kampung Girl dan banyak lagi. Aze dah tak ingat ;~~~;

4. Adakah awak peminat KPOP? Ya atau tidak? Kenapa?
-Yes I am. Kenapa? Sebab minat. Hehehe

5. Perkara yang paling awak tak suka?
- When someone fool around with something serious. Bila berlawak, gelaklah, buatlah lawak. Tapi bila serious, tolonglah serious.

6. Pernah jumpa bias 'face to face' tak?
- Tak. Mungkin sampai bila-bila jawapannya tak kot. Hahahaha.

7. 3 impian awak yang belum tercapai dan ingin dicapai
- PMR 8A's, melancong ke luar negara, blogger yang berjaya. Insya Allah one day. Amin...

8. Jika terjumpa bias awak secara tidak sengaja. Apa reaksi awak ketika itu?
- Buat-buat tak kenal dorang, lepas tu ignore dia. Nanti mesti dia yang approach aze dulu. Hahaha macam dalam fanfic. lol gediknya den.

9. K-DRAMA or J-DRAMA. Kenapa?
- Both. K-drama because interesting plus ost superb plus best plus terbaik plus ada isi. J-drama because kaya dengan quotes plus menarik plus unik plus best plus ada pengajaran.

10. Minat Girlgroup?
- Mestilah~ Bila tengah fangirling over girlgroup terasa diri ni fanboy pula. Hahahahaha lol

11. Birthday bila?
- 210498 wish me belated birthday please ;~~;

Soalan buat anda ;
1. Ada alah kepada apa-apa tak? Jika ya, nyatakan.
2. Pilih; makan gaji atau bisnes sendiri. Kenapa?
3. Paling curious dengan benda apa? Saya curious pasal zip. Anda? Mengapa?
4. Suka rumah mewah yang teres atau sebiji-sebiji?
5. Awak rasa L patut guna nama Kim Myungsoo ke L sebagai stage name?
6. Favourite number?
7. Favourite OTP?
8. Antara G-shock, Baby-G and Ice Watch, mana menjadi pilihan hati anda?
9. Pilih; ubat pil atau ubat cecair.
10. Pernah tak makan telur penyu? lol
11. Boikot McD tak? Hehe.

Soalan aku macam hape je. Aku dah lack of idea sekarang ni. So chaw.

Tag;
Those who read this entry secara sengaja atau tidak sengaja. Be honest.

Pssssssst;  Lepas jawab, comment okay! Hehehe

Assalamualaikum.