Freebies: Header Part 6 {Kpop Fandom}

Assalamualaikum. 

Hai ok. Tadi aku dapat request. Dia minta beberapa freebies untuk beberapa fandom.

Tapi.. ok tbh aku tengah mood malas ni. Rasa macam malas nak buat apa-apa sebab aku jawab paper Sejarah tadi macam urgh.

So aku sempat buat beberapa je. Sorry ya. Nanti aku sambung buat lagi. Hehehehe.


http://i.imgur.com/IXYNebP.png


http://i.imgur.com/GD5uOWq.png


http://i.imgur.com/PJ9r9PG.png


http://i.imgur.com/dz8d7w5.png
Nak ambil, comment.

Psst; sape rasa dia comel, boleh credit. Hehehehe

Assalamualaikum.

2 days left


Assalamualaikum.

Hai. Hello. Ok sorry aku tak update. Hehe. Aku lupa plus malas plus busy plus exam plus penat equal /sigh/

Exam akan tamat. Dua hari je lagi. Kecuali yang ambil Tamil and Cina. Hoi aku tak ambil ok lol.

Btw, bahasa Mandarin susah. Aku memang tak boleh masuk dengan bahasa tu. Forever.

Tapi bahasa korea boleh pula masuk dalam otak aku. Ini semua pengaruh drama. Yup drama.


Oh ya, Ahad lepas. I mean, semalam. Lulz

Aku tengok drama Jepun, dekat 8tv secara tak sengaja. Papa buka, then aku pun tengokkan je lah.

Eh, best pulak. Then baru aku teringat tu cerita apa sebab iklan untuk J-drama ni banyak kali muncul kat 8tv.

You know what? Drama Rich Man, Poor Woman rupanya. And then lepas tu aku pun mula teruja dan terus tengok drama sampai habis.

Menariknya, itu episode 1. Fuhhh betapa untungnya aku. So lepas ni takde lah hari Ahad aku bosan. At least, ada lah cerita best.

"Ye. Aku takde astro. lol"

Perempuan tu comel ok. Aku tak tahu nama dia sapa. Lantak situ. Yang penting comel.

Oh ya, lelaki tu. Oguri Shun. Aku baru tahu lepas tengok wikipedia. lol.


Oguri Shun tu bukan ke lelaki yang dalam Detective Conan real action yang versi lama punya?

Setahu aku dia biasa je. Tetiba handsome pulak. lol. Habis aku kalau Hafizah tahu aku cakap benda ni.

Aku rasa aku dah lari tajuk sangat ni. Heh peduli hape. Aku selalu je camni lalalala.

Ok exam Science tadi cam hampeh. Aku tak expect soalan yang muncul se-susah tu. Like urgh.

Aku malas nak target tinggi. Nanti aku sendiri yang kecewa. lol ayat aku sedih gila.

Yang penting, esok geografi. Tapi aku duk sibuk update entry. Hahahahahaha

Kbai aku busy. Lulz

Assalamualaikum.

Today.


Assalamualaikum. 

First of all, aku minta maaf sebab entry ni lambat 38 minit. Aku tak sempat update. Just please take this entry as 17th May punya entry. Hehehe.

Ok. Aku nak cerita sikit pasal exam Math tadi. Paper 2 urgh.

Hahahahahahaha. Fool me. Seriously.


Aku rasa menyesal gila tak gunakan 1 minit yang terakhir untuk work on with the question no19.

Aku perasan aku buat silap, but yeah. Aku takut tak sempat nak padam, buat balik so aku biarkan je.

And you know what? Ramai yang hantar lambat. Aku patut buat benda tu juga. lol ini sedih.

Tapi benda dah lepas, buat apa nak dikenang.


Jadi, take is as lesson. 1 minute is so important. Hahahahaha.

Hm. Ok let's go through another story eh. Boys Over Flower.

Eleh siapa je yang tak tahu pasal k-drama Boys Over Flower ni. Hahahaha. Macam pelik bila kpoppers tak tengok drama ni. Drama ni bawa kesan yang besar ok kepada industri lakonan di sana.

Lagi pula, pelakon-pelakonnya bukan main. Semuanya meletups. lol.

Actually, aku tengok drama ni lagi sekali. Hahahaha. Entah kali ke berapa aku tengok. Dah jadi habit aku oh. Bila dengar je ost mana-mana drama, mesti nak tengok drama tu lagi.

Aku dengar ost Because I'm Stupid. Tu pasal pi tengok lagi. Sebelum ni Playful Kiss pun berapa kali aku tengok. Pelik betul habit aku ni.

Padahal dah tahu cerita, still nak tengok. Same goes to Full House. Hahahahaha banyak lah drama yang aku tengok lebih dari sekali. Fugitive Plan B, Heartstrings. Ada lagi.

Tapi, aku just rewatch drama yang aku suka je ar. Asalkan ada ost best lol

Ok. Aku tahu korang tak tahu pun pasal benda ni. Hahahahahahaha ok tak lawak /muka serious/

Hey. Amacam lagu dekat blog wa ni. Kuat gila kan? Hahaha.

Header baru ku itu sungguh besar. Right?

Hmmmmm my sidebar picture. omg omg you guys. Akhirnya aku berjaya buat bentuk daun tu guna photoshop. Penat aku cari custom shapes untuk tu.

Tapi hampeh langsung tak wujud. Takde sapa nak buatkan untuk aku plus aku pun tak tahu apa nama benda ni. So aku ambil keputusan untuk...

.....make it by myself. Fortunately, I made it and it looks nice. Heheheheh.


My last words, hmmm. Wait let me think for a second.

"Wish me luck for my exams and the results. Semoga aku berjaya" Thanks to those who pray for me.

Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian /lap air mata/

Assalamualaikum.

Fakta tentang mimpi | Facts about dreams

Assalamualaikum.

Hi. Aku kembali. Seperti yang dijanjikan, setiap hari aku akan update entry. Tidak kira mengenai apa.

Jadi ini merupakan entry untuk hari Khamis. Dah lepas pukul 12 kan? Hahaha.


Okay siapa tahu mimpi tu apa? /feeling cikgu tadika/

Well. Mimpi ialah satu daripada perkara yang paling misteri dan pengalaman yang menarik dalam hidup kita.

Eh siapa tak suka bermimpi kan? Lagi-lagi kalau dalam mimpi tu ada pulak kisah cinta. Lol /aku pernah mimpi myungsoo/ ok drop that.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu fakta-fakta menarik tentang mimpi ni. Aku pun bukannya tahu sangat, so dengan perasan ingin tahu, aku pun menyelongkar google and taraaa! I found this site. All credit to this site.

A big clap to the owner first. Ok sekarang aku dah boleh start. Ehem ehem /ketuk microphone/



1. Korang akan lupa 90% daripada mimpi korang.
Dalam tempoh masa 5 minit sahaja, separuh daripada mimpi telah dilupakan. Dalam tempoh masa 10 minit, 90% telah hilang.

2. Orang buta juga bermimpi.
Mereka yang buta setelah lahir dapat melihat imej melalui mimpi. Mereka yang dilahirkan buta tak dapat melihat apa-apa imej, tetapi mempunyai mimpi yang melibatkan deria lain. Cth: bunyi, bau, sentuhan dan emosi.

3. Semua orang bermimpi.
Semua manusia mimpi kecuali jika mereka mengalami gangguan psikologi yang melampau. Kalau korang rasa yang korang ni tak bermimpi, actually korang dah lupa mimpi korang tu. Kesimpulannya, semua orang mimpi.

So kalau ada yang cakap "Aku tak pernah mimpi." Balas je camni....

"Kau tak mimpi, kau gila." Hahahahaha.

4. Hanya bermimpi muka yang dikenali.
Minda korang tak mencipta wajah. So, dalam mimpi korang, korang cuma melihat wajah yang sebenar /real dan wujud/ sama ada korang kenal dia, ataupun korang pernah nampak tapi korang tak tahu dan tak ingat.

Korang semua dah tengok beratus-ratus ribu wajah dalam hidup korang. Jadi, korang semua ni ada bekalan karakter yang tidak berkesudahan /endless/ untuk otak korang gunakan dalam mimpi.

5. Tak semua mimpi berwarna.
Seramai 12% manusia daripada semua manusia di seluruh dunia ni mempunyai mimpi yang tidak berwarna atau hanya hitam dan putih sahaja.

Baki 78% pula, mempunyai mimpi yang berwarna. Jadi, kepada yang mimpi dia ada warna, tolonglah bersyukur. Ucap Alhamdulillah pun dah terlebih cukup.

6. Mimpi ialah simbol.
Kalau korang mimpi tentang suatu perkata, tak semestinya korang betul-betul mimpi pasal benda tu. Mimpi disampaikan dalam bahasa yang sangat simbolik. Jadi, susah untuk kita tafsirkan mimpi kita.

7. Emosi yang ada dalam mimpi.
Emosi yang paling common sekali masa kita bermimpi adalah rasa cemas. Korang lebih kerap rasa emosi negatif berbanding positif.

8. Boleh bermimpi empat hingga tujuh kali dalam semalam. 
Secara purata, korang boleh bermimpi bila-bila masa sahaja dalam jangka masa 1 hingga 2 jam.

9. Haiwan juga bermimpi.
Kajian telah dilakukan ke atas haiwan yang berbeza, dan mereka semua menunjukkan gelombang otak yang sama semasa tidur bermimpi seperti manusia.

10. Mimpi yang menjadi nyata.
Sebuah penelitian menyebutkan seramai 18-38% orang pernah mengalami mimpi yang menjadi nyata. Sementara, 70% orang merasakan deja vu.

11. Lelaki dan perempuan mempunyai mimpi yang berlainan.
Lelaki lebih cenderung bermimpi mengenai lelaki lain. Lebih kurang 70% karakter dalam mimpi lelaki merupakan lelaki. Sebaliknya, perempuan mempunyai mimpi yang mengandui jumlah karakter lelaki dan perempuan yang seimbang.

Selain daripada itu, lelaki selalunya mempunyai emosi yang lebih agresif dalam mimpi mereka berbanding perempuan.


Sebenarnya banyak lagi fakta menarik tentang mimpi. Tapi aku dah terlampau ngantuk dan lapar. Jadi, cukup sampai di sini sahaja.

Semoga ilmu yang aku sampaikan ni bagi maanfaat kepada korang semua.

Sekiranya ada kesilapan dalam men-translate-kan, tegurlah ye.

Ribuan terima kasih buat pemilik sebenar yang mengkaji mimpi.

Terima kasih juga kepada yang membaca.

Jangan lupa tinggalkan comment.

Psssst; lihatlah betapa formalnya aku. lulz.

Assalamualaikum.