Random things


Assalamualaikum.

Ssup bruh. Sorry dah lama tak muncul dekat dunia blogging. Mood blogging hilang entah ke mana (can someone please find it for me lewls) Hari ni, aku nak buat entry campur sana sini. Random. So let's go-


Piala AFF Suzuki.
Congrats Thailand sebab berjaya merangkul gelaran juara bagi Piala AFF Suzuki (hamek kau ayat buku teks sebijik) Congrats juga kepada Harimau Malaya sebab menang untuk game malam ni. Tak dapat trofi pun takpe sebab dah berjaya masuk final pun satu kebanggaan untuk semua. Congrats kepada Safiq Rahim for being "top scorer". Mana tak nya, penalti goal, free kick pun goal. Wuwuwu.

It was such a waste sikit lah, sebab Malaysia memang dah leading 3-0 kan. But, who knows, Thailand mampu jaringkan 2 goals last minute. And the last goal was a big hit! (I should change my cita-cita lol pengulas suit me better than engineer right kahkahkah) 

But anyway, let bygone be bygone, congrats to all. It was a great game to watch, to cheer and to boo.


Superstar SMtown.
Ok aku bagi amaran awal-awal, this one ada kaitan sikit dengan kpop. Lalalalala~ Ok cerita dia macam ni. Baru-baru ni, I mean takde lah baru sangat tapi ada lah dalam 2-3 bulan centu,

SMent ada lauch a game named " Superstar SMtown". This game lebih kurang macam game yang shake shake tu. Susah nak explain, kalau nak tahu, sila google. Haha.

So, aku memang dah main benda ni lama. Sangat addictive. Tapi aku dah stuck dekat level;hard lagu Mr.Simple. Gila weh. Susah gila gila gila. Aku dah guna lebih 20 headphones (nyawa) for this song. This is not good. Disebabkan ni, aku dah mula rasa macam nak uninstall tapi bila fikir balik hm macam sayang nak buang. Penat kot nak lepas semua lagu for each level.

Jadiiiiii, ada tak sesape tahu how to cheat this game hahahahaha. Kalau lepas 2 minggu tetap tak lepas, aku akan uninstall. Im serious.

Ig Shop. 
Wehuuuuuuuu. Alhamdulillah, baru-baru ni aku ada buka satu igshop yang jual studded wide shawl but I named it as "Spiky Wide Shawl" hahahaha. Ok, so here aku nak promote my official igshop yang masih baru, masih kurang followers dan masih kurang barang jualan. Haha. Shawl yang aku jual sangat limited, so get it now!

Visit my igshop; @bygadisbesi Do follow me, and kindly whatsapp us to place your order. Ready stock items. Once bank in, aku akan proceed terus and pos ke-esokkan harinya (kalau takde apa-apa halangan Insya Allah) I am a trusted seller. Kaw-kaw punya aku promote hahahaha.


Bukit Tinggi, Pahang. 
This Monday, Insya Allah, my family and I akan pergi ke Bukit Tinggi, Pahang untuk holiday. Nama pun school holiday kan? Ha ha ha. No lah, actually sebab weolls satu family dah lama tak spend time together, so disebabkan my parents cuti this Monday and my brother sekarang ada dekat sini so, kitorang terus book a room for one night.

Tak lama pun, dua hari satu malam je. Sebab hm takde sebab. Hahaha. Memang lah aku nak lama-lama kat sana tapi kalau aku yang bayo baru lah aku ada hak nak demand hahahaha. Dapat keluar kejap daripada Selangor ni pun dah cukup ok lol.

A Pink.
(Fangirling mode on) Omg omg omg congrats to my girlsssssss for winning triple crown on Show Champion. I heard that A pink is the first girl group yang menang triple crown dekat Show Champion. I'm proud of you guyss.

But, the best thing is, this is their #Luv12thWin omg I can't believe it that you guys made it! 12 kali tu woiii. Hahahaha.


B.A.P.
The fact that you guys waited for Zelo turned 18 and filed a lawsuit together as a group dah cukup buat aku bangga. I'm not gonna leave this fandom cus B.A.P and BABY is Forever. Omg sejak bila aku jadi macam ni ha ha ha ha ha ha drop this man I think Im insane cus this is not me lol (fangirling mode off)

Escape Plan.
fufufufu. Escape Plan is a great movie. Aku tengok this movie dekat wayang and aku rasa worth it. Pasal a man yang kerja dia uji keselematan penjara. Its not like dia serang penjara tapi dia berlakon jadi banduan and try to escape daripada penjara. Kalau dia berjaya escape, thats mean penjara tu tak selamat. Watch this, highly recommended.

Tapi jangan tengok dekat HBO sebab depa cut my favourite scene. Nak tau scene apa? Search dekat youtube; "Scene Say Cheese Escape Plan" Kelakar gila kot scene tu lagi lagi time tu tengah serius. Hahahaha.

Pity3 and Espiyem. 
Aku dengar, Isnin result PT3 keluar. So, goodluck to 97's liners. You guys did the best (maybe? jkjk) and Insya Allah, result korang pun the best.

Tahun depan aku spm kot. Macam tak sangka. Time flies dengan sangat cepat. Tuptup dah nak bukak sekolah. My wishlish time cuti sekolah ni kononnya nak buat revision or at least tuition ke pe en, but nothing happened. Im just wasting my time playing around.

Nak menyesal pun takde guna sebab memang salah aku sebab leka sangat. Ha padan muka. Kang tahun depan terkapai-kapai, blur, ha padan muka. Sape suruh hang jadi pemalas time cuti sekolah ni. (Talking to myself)


Ok dah habis. Sorry kalau apa yang aku taip, buat hati korang terasa. Langsung tak terniat. Im typing tanpa draft so ini semua memang apa yang aku tengah fikir. So see ya. Bye.

Assalamualaikum.

Changed


Assalamualaikum. 

Hello hai semua. Em saja nak bagi tahu, header blog ni dah baru. Ha ha ha. Aku sayang gila header sebelum ni tapi aku dah bosan. Kali ni punya header memang boleh dikatakan "header malas" sebab effortless gila.

Aku macam nak edit situ, edit sana, sebab aku bosan, sekarang ni duduk menganggur depan tv je. Takde keje, takde benda nak buat. Tapi.............takde idea. Plus, aku dah tak berapa ingat segala code code yang ada. Lewls. Setakat color code; #ffffff #000000 tu aku ingat lah. Tu pun aku confius mana satu putih mana satu hitam. Kahkahkah.

Ok aku macam dah takde idea nak taip apa, so bye everyone. Enjoy your day! :)

Assalamualaikum.

1st GiveAway By Anamizu

Click banner untuk join! :)

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.
Saya tag; 
http://ayubarbydol.blogspot.com/
http://kylifa.blogspot.com/
http://aniesaahmad.blogspot.com/

Desperate


Assalamualaikum.

Hai hello. I'm back yow.

So topic hari ni; desperate. Wait, aku bukan nak cerita pasal "Desperate housewives" ok. Lol.

Aku yakin dan pasti /eceeeh/ semua orang pernah jadi desperado. I mean, manusia yang sangat sangat terdesak.

Okay, aku ada satu soalan untuk engkorang semua.

"Apa yang korang akan buat bila korang sangat desperate?"

Well, manusia jadi terdesak atas banyak sebab. Name it, I'm sure at least one person pernah jadi desperate for that reason.


As for me, aku boleh jadi sangat desperate bila;


Situasi 1:
Esok exam and you know nothing, you read nothing, you remember nothing. Ohyes. kalau kau tak buat something; kau akan fail dengan 'jayanya'. Kahkahkah.

So what did I do bila aku hadapi situasi ni. Well, actually benda ni jadi pun, salah diri sendiri. Siapa suruh engko study last minute. Itu lah dapatnya kan hahaha. Jadi, bila benda macam ni jadi dekat aku; kalau aku nak pasrah je or maybe some people said "tawakkal je lah" I don't think miracles will happen.

Like seriously, how can they said "tawakkal" bila diri sendiri tak pernah berusaha /someone said this to me/ so, think people think.

Ok, malas nak cerita panjang, aku terus cakap apa yang aku buat dalam situasi terdesak ni. Aku akan tidur lambat; around 12-1am /takde lah lambat tapi selalunya aku tidur pukul 9-10pm haha/ sebab aku baru start study pukul 8pm tu. Aku study 4 hours straight. Kelakar gila weh. Kalau idok, nak pegang buku pun tak lalu hahaha teruk. Sangat teruk.

Sambung cerita, aku tidur pukul 12-1am and wake up around 4-5am /aku set alarm for every 30 minutes sebab takut tak tersedar/ Ni memang rare gile sebab aku tak pernah bangun pagi untuk study hahahahahahahahaha. Aku akan jadi macam ni, bila aku sangat desperate. Aku ulang, sangat desperate.


Situasi 2:
Kau nak keluar, tapi parents kau macam tak kasi keluar.

Well, for this situation, aku akan secara automatic, jadi orang yang paling rajin dalam dunia. I will never say "no" untuk apa-apa arahan yang my parents bagi. Hahahah.

Time aku tengah rajin ni, aku boleh buat benda yang aku paling benci, which is; mop lantai. Hahahahahah. Tapi, ask me to this bila aku tengah desperate sahaja. Kalau tak desperate, you will receive a lot of excuses. Sorry not sorry tapi mop lantai memang leceh. Hahah. I rather basuh pinggan yang bertimbun-timbun daripada duk mop lantai. Huish.


I will stop here sebab aku dah cannot go. Actually ada banyak lagi situasi tapi aku dah ngantuk sangat dah ni lewls. Let me know apa yang korang buat bila korang desperate by dropping your comments below!

Thank you for reading dalam keadaan tak desperate hahaha. Bye.

Assalamualaikum.

//pssssst; im looking for some giveaways/contest/segmen 'desperately' sebab tiba-tiba rasa macam nak join 'desperately'. Please let me know! :) 

Rushing


Assalamualaikum and hello anok-anok sekalian.

Ya Allah, rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa dekat blog ni. Rasa macam lama gile tak taip entry.

Ada sesiapa yang rindu dekat guwa tak? Lol what a silly question hahahaha.

Serius weh, aku rindu gila nak menaip entry walaupun entry kosong takde benda yang cuba disampaikan pun hehe.

Rindu nak blogwalking, baca blog orang lain, admire someone who blogs and earn money at the same time (paling lol) daaaaaaan yang paling rindu ialah puji blog sendiri lepas edit template kahkahkah.

Aku tahu aku lame but who cares hahahaha. I'm just super excited sebab memang dah lama gila tak update blog. Bukan sebab aku takde masa atau takde idea, tapi laptop aku rosak. Papa pun nampak macam takde niat nak betulkan laptop tu, so aku pasrah je la.

"Pesal tak pakai henpon"

Well, that sounds genius. Tapi ampun maaf dipinta, aku malas nak menaip entry guna henpon sebab feeling dia lain. Leceh, screen kecik, susah. Ah, name it. Aku mampu bagi seribu alasan untuk tak update entry guna henpon.

TAPI, kalau aku tetiba update entry baru and entry baru tu aku taip dekat henpon, anggap je lah aku tak pernah cakap semua alasan tu kehkehkeh.

"Pesal tak gi cc ke rumah jiran ke"

Jujur, aku tak suka gi cc. Sebab aku rasa cam aku alien kat situ. Kenapa? Hahaha sebab yang lain semua lelaki. Awkward oh!

Dah lah cc kat sini macam tak ketat sangat. Takde privacy. Aku akan rasa sangat insecure sebab rasa cam ada orang tengok daripada belakang, apa yang aku buat, padahal aku tak buat salah pun. Paling tak aku layan drama je hahaha.

Pasal rumah jiran pulak, kau expect aku gi rumah jiran lepas tu like a boss "makcik pinjam laptop, saya nak update blog" Kalau aku kena baling dengan periuk kuali, aku carik siapa yang tukang bagi idea yang paling bernas ni mwehehehe.

"Beli la laptop baru pedehal" 

Kalaulah duit tu boleh turun daripada langit setiap kali aku rasa aku nak duit........krik...krik...

Ok lets just drop that topic. Aku belum habis exam lagi ni, ada lagi tiga paper tambah satu ujian amali (eksperimen dekat lab sorg-sorg tu) Kalau ada yang tak tahu pebenda amali ni, Insya Allah, kalau aku ada masa, aku akan buat satu entry untuk terangkan apa dia "amali" tu.

Till here, will miss you no i mean you guys gonna miss me hahahah.

Bye, Assalamualaikum.

#SalamRamadhan


Assalamualaikum.

Finally, setelah setahun kita menunggu, akhirnya, Ramadhan tiba jua.

Bila tiba bulan Ramadhan, banyak perubahan yang akan berlaku.

Revolusi baru akan muncul. (aku akan terangkan kejap lagi pls wait ok haahha)

Ok jom mula.


First of all, Salam Ramadhan buat semua muslim di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua. Amin........

Aku nak cerita sikit, pasal revolusi atau bahasa mudahnya perubahan. Lol. Ayat kena pakai yang gramatis sikit hahahaha.

Bila sampai je bulan Ramadhan, manusia semua akan mula berkejar-kejar untuk memperbanyakkan lagi ibadah. This is a good thing, right? But no doubt, kalau every month macam ni, lagi great.


Ini semua sebab, bila kita buat ibadah pada bulan Ramadhan, pahala kita akan digandakan. Siapa yang tak nak dapat pahala senang-senang macam tu kan? I believe, semua orang nak.

Jadi, this kind of revolution, patut diteruskan. Tidak kira masa. Tidak kira bulan. Jom lah kita lumba-lumba buat ibadah :)

Revolusi kedua yang aku nampak, semakin ramai yang menunaikan solat Isyak di masjid. Hehehe. Aku tahu, yang korang sendiri tahu kenapa. Yup, exactly. Sebab, ramai yang akan menunaikan solat Terawih di masjid dan surau.


Tapi, sebenarnya bukan setakat solat Isyak je yang makmum nya bertambah, tapi pada waktu-waktu lain jugak. Another nice thing yang patut diteruskan.

Third revolution, gambar selfie berkurang. In fact, memang masih ada lagi especially yang suka post gambar selfie with caption "on my way to bazaar" "on my way to terawih"

But why ah kenapa gambar selfie berkurang? Ini pun dikira sebagai revolusi ke?


Yessssss. Sebab gambar makanan akan bertambah. Hahahahahaha. Semua orang sibuk berkongsi their meals untuk berbuka puasa dan juga sahur.

Time tu, semua yang duk layan facebook dengan instagram, dah meleleh air liur tahan nafsu makan bila tengok gambar-gambar makanan tu.

Aip aip. Aku rasa benda ni tak berapa proper. Aku tak cakap tak boleh. You can. Tapi jangan selalu sangat lah. Setakat dua tiga kali masih ok lagi. But please, janganlah hari-hari. Orite?


Next, status dan tweet yang sama, every single day.

Bila tiba bulan Ramadhan, everyone will goes "Laparrrrrrrr" "Penaaaaaat" "Letihnyaaaaa"

Excuse me, stop mengeluh. Kot ye pun memang gian sangat nak mengeluh, go on. Tapi tak perlu taip kot. Mengeluh pakai mulut je, jangan penatkan jari menaip. Peace (Y) In fact, it is no good mengeluh ni.

Lebih baik jika dielakkan :)


Lastly, sikap boros kembali lagi. Obviously kita akan nampak revolusi ini di bazaar ramadhan.

Bukan satu dua tiga empat plastik makanan yang dijinjing, tapi ada juga yang cecah lima enam tujuh lapan.

It is okay kalau semua makanan tu habis, but still, makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Think again.

Sangat sangat tak ok kalau makanan tu tak habis pun. Membazir. Cannot cannot cannot hehehe.


Bila kenyang sangat pulak, mula lah wujud pulak penyakit M to the A  to the L to the A to the S. Huish, banyak side effect perangai boros ni.

Jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, marilah kita sama-sama elak daripada sikap boros ni. In fact, kita memang diajar untuk bersederhana. Right?

I have to stop. Sebenarnya banyak lagi. So, kalau korang nak berkongsi revolusi-revolusi lain yang korang perasan bila tiba Bulan Ramadhan, do share :D


Sekian, Assalamualaikum.

Jangan syok sangat tengok bola, nanti liat nak bangun sahur.

Selamat bersahur, Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan!


Jepun



Assalamualaikum. 

Aku bagi satu perkataan je untuk title entry ni. So aku boleh cerita pasal Jepun tanpa had. Hehe.

To be honest, Japan is one of my fav country yeah tak dapat dinafikan Japan memang masuk dalam list negera yang aku teringin sangat nak pergi.

But why? Well aku ada banyak alasan untuk itu. First, sebab Japan maju. No doubt ok. Second, a beautiful country. Sangat best kalau dapat pergi time spring. Heaven.


Alasan lain tu aku just ringkaskan je lah ye? Sejuk. Aku suka tengok Detective Conan. Bahasa jepun sangat comel hahaha. Banyak lagi tapi main reason is kemajuan Japan tu sendiri lah. Teringin nak rasa hidup dekat negara maju. Semua pakai mesin. Train semuanya laju kemain.

Next subtopic (aku tak dapat fikir another words for subtopic keke) jangan cuba guna bahasa jepun dengan aku because I know nothing.

Well bukanlah nothing actually. Setakat arigatou konnichiwa sayonara daisuki senpai baka tu aku tahu lah. Wait. sebenarnya it's just that. Tu je pun yang aku tahu hahahaha kesian gila dekat diri sendiri.


How shame on you babe. Aku pernah juga cuba time aku obses dengan anime and Detective Conan. But yeay, takde kemajuan langsung. Lidah aku ni memang kejung habis tak boleh nak sebut. Kepala susah nak ingat.

Kalau tengok drama or anime, aku tak dapat nak tangkap apa diorang cakap because mereka cakap dengan kelajuan maksima. Haha. Tapi kalau aku tengok k-drama, lain pulak situasinya.


Terus kepada manga, anime, movie dan drama. I've watched semua yang aku senaraikan tu. Tak kisahlah online atau dekat tv. Aku tak ingat tajuk manga yang aku pernah baca.

Anime pulak banyak. Tapi yang bagi kesan dekat aku cuma Detective Conan dengan satu anime tu aku tak ingat tajuk dia. Yang penting ending dia epic gila sebab that girl bring along kepala hero yep kepala je sebab lelaki tu dah mati. Huisy serius dasyat.


Movie aku tak ingat, drama pulak aku tengok dalam 3 ke 4 je. One of em is Akai Ito. Best. Tapi aku tak habis tengok. lol.

Baju tradisional depa which is Kimono. Cantikkkkkkkkkkkkkkkk. Simple tapi elegant. Hahaha. Comel je aku tengok. Hahahahaha.

Subtopic lain.........hm ha! Lagu! Lagu jepun faveret aku, of course it is Juniel- Falling in love. Best sangat sangat. Banyak lagi tapi mostly aku tak tahu tajuk sebab semuanya ost from anime hahaha.


Thats all.

Aku rasa this entry is a little bit lame. I'm sorry for that. Hehe.

See ya, Assalamualaikum.


Fizik


Assalamualaikum.

Huyoo tajuk paling membunuh. Masa menaip tajuk tu pun dah cukup buat aku seram sejuk.

Cerita dia macam ni. Hari Isnin hari tu aku exam Fizik.


Adalah seorang manusia tu, berlagak dia kemain lagi. Kononnya, fizik tu senang kacang macam Sivik /padahal sivik aku B je weh/ Kesimpulannya, dekat sini manusia tu pergi study Fizik a.k.a subjek paling membunuh abad ini selain biologi lol sehari sebelum exam.

Kalau bijak sangat boleh lah jugak. Sekali masa jawab, terkial-kial. Minum air je lebih. Jawabnya idok.

Formula sheet yang ada depan mata pun memang tak berapa nak berguna masa tu. Padan muka.

Siapa suruh malas belajar. Siapa suruh leka sangat. Siapa suruh buat benda-benda lagha tu. Siapa suruh siapa suruh. Padan muka sekali lagi.


Pagi tadi sekali lagi manusia tu buat hal. Exam agama pagi tadi. Malam sebelum tu baru nak baca. Baca mende kalau pukul 8 sampai 10 membuta. Bangun baca 2 bab lepas tu sambung tidur sampai ke pagi pukul 5. Pagi tu terkial-kial nak baca buku.

Masa jawab paper, sekali lagi, kerja minum air je. Jawab pun macam eh betul ke eh ye ke eh hentam je lah.

Sampai tak boleh nak decide; soalan susah ke engkau yang tak baca buku.

Padan muka buat kali ketiga.

Time sebelum jawab paper agama, teacher manusia tu masuk, lepas tu classmates manusia pun mula lah bertanya pasal paper Fizik. Lulus ke idok, berapa ramai gagal, berapa ramai dapat A.


Then teacher yang comel tu pun jawab dengan muka paling serius.

"Takde sapa dapat A. Paling tinggi 67" Paling tinggi 67, which is just B.

Masa tu manusia yang study last minute tu terus jadi tak betul. Jantung keluar masuk keluar masuk /gaya bahasa hiperbola diselitkan di sini keke/

Ok manusia tu memang aku. Lol. Aku serius ni. That's me.

Aku macam dah "kalau paling tinggi pun 67 which is sipi sipi je nak ke C, aku dapat apa ohhh?"

Macam tu lah cerita dia.

Aku cerita memang beria sikit. Semoga anda pun beria semasa membaca. Lol. Hambarnya.

Kbye. Assalamualaikum.


#RandomLagi


Assalamualaikum.

Hello. Terus terang, aku rindu nak menaip sebab tu aku duk taip entry ni padahal takde benda nak disampaikan pun.

Macam biasa, aku nak exam Khamis ni. Aku rasa setiap kali aku nak exam, aku taip entry baru. Padahal, bila nak exam lah, semua orang sibuk menyelak buku, kalau boleh nak telan buku terus.

Tapi aku masih leka. Bila jauh daripada exam, takde pulak perasaan nak menaip entry. Apakah semua ni? Semua ni apakah?


Bila dah tiba exam, mula lah aku buat perangai pergi duk usha gooddrama.net. Oh ya, kepada yang tak tahu atau yang buat-buat tak tahu, aku memang boleh digelarkan as "k-drama maniac" tbh.

Cakap je drama apa. Tapi lately memang dah jarang sikit sebab aku busy memanjang. Pagi sekolah, petang kawad, malam membuta tak pun layan drama dekat tv. Hahaha. Kesimpulannya, aku tetap layan drama cuma bukan online.

Last drama aku tengok, hmmmm Sly and Single Again a.k.a Cunning Single Lady. Aku tengok sampai episode 10 je kot. Entah aku lupa. Lepas tu terbengkalai sebab aku dah busy.

Sebelum drama tu, aku layan Emergency Couple. Ini semua sebab time tu aku addict gila dengan jihyo sebab dia makin lama makin lawo. Blame her sebab cantik sangat lol.

Tapi drama tu pun aku tak habis tengok. Aku tengok sampai episode 16 je. Episode 17 (last ep) aku tak tengok sampai sekarang sebab aku takde mood nak habiskan.

Buat masa sekarang memang dah 4 drama aku tergantung. Termasuk drama King 2 Heart dengan Lie To Me. Lie To Me tu tinggal episode akhir je sebab time aku tengok tu takde internet so aku tengok mana yang ada dalam laptop je. Sampai sekarang aku tak tahu kesudahan cerita tu.


Sorry. Aku kalau dah cerita pasal kdrama memang lain sikit. Over. Kahkahkah.

Back to the topic, cite dia camni. Aku nak exam Khamis ni paper BI tapi satu benda pun aku tak study lagi. Usahkan study, selak buku pun belum.

Ok tipu, sebenarnya, meja belajar aku pun belum sempat kemas lagi sebab aku busy sangat dan kelam kabut so keadaan meja belajar memang messy gila sampai buat aku rasa tak nak menuju ke arahnya lol

Kesimpulannya kat sini, aku nak mintak engkorang nasihatkan aku supaya sedar diri yang exam mengejar aku lagi laju daripada cheetah.

Dannnnnnnn doakan yang terbaik untuk aku. Wish me pass with flying colours. Amin.

Oh terlupa pulak. Sebelum ni aku memang dah banyak kali bagitahu yang aku busy kawad sampai aku rasa ada yang duk cakap "kau ni 24 jam kawad ke pe sampai tak sempat buat keje lain"

The thing is, I made it. We made it. Satu plantun buat yang terbaik dan rezeki berpihak pada kami. So we won it, johan krs puteri peringkat daerah Klang. Congrats aze #Kalaubukanakuyangucapcongratssapelagiweh


Aku nak engkorang wish congrats and gudluck macam diorang buat hehehe
Hashtag paling panjang aku boleh buat. Mohon korang ucap tahniah sebab aku kempunan benda tu. Kbai jangan bash aku sebab aku rasa ni entry paling annoying aku pernah taip.

Ampun maaf dipinta. Assalamualaikum.


I am waiting for this. Seriously.

[Tutorial] Log in VLE FROG

Assalamualaikum.

Hai hello everybody! So today, aku nak buat tutorial (it's been a long time since my last tutorial) pasal How to log in VLE Frog atau macam mana nak daftar masuk VLE Frog. Hehe.

Aku tahu, memang ramai yang menghadapi masalah masa nak log in this thing, sebab aku pun menghadapi masalah yang sama. Tapi bukan semua dapat atasi masalah ni.

Some people akan berjaya lepas tekan sana tekan sini. But some people masih tak berjaya walaupun dah cuba sedaya upaya. So untuk selesaikan masalah, jom tengok video dekat bawah ni.

video
Walaupun dalam English, don't worry, sebab malay subtitle juga disediakan! :)
Selepas tengok video tu, aku harap semua yang cuba the tutorial akan berjaya. Wish you luck! Selamat ber-VLE Frog :)

Bye and Happy VLE Frog (please read it just like how the lady with weird make up from Hunger Games said Happy Hunger Games) hahaha.

Assalamualaikum.

Childish Me


Assalamualaikum.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.


"Kau dah kenapa bergelak sakan? Menang nombor ke pe?"

Baik sikit ah. Aku ni manusia bertamadun, apa barang main nombor. Kita main tali skipping je tau lol.

Cerita dia macam ni. The main reason why I laugh so hard is;

Tadi aku baca balik entry-entry lama. Lol serius I was so funny back then atau dalam erti kata lain, sangat sangatlah kebudak-budakan.

Aku baca entry zaman aku form 2 tak silap aku. My bahasa memang budak-budak lah tapi takde lah budak-budak sampai tak reti mengeja langsung kahkahkah.

It's just, "dorunk" instead of diorang. Hahahah.

My past entries, memang penuh dengan kpop. Lewls. Sekarang ni aku dah kurang sikit, tapi keobsesan terhadap kdrama masih sama.

Kelakar kot bila aku baca balik, aku tahu bila mv akan keluar. Bila live performance diorang. Aku bagitahu satu dunia aku download lagu diorang.

Hahahahaha. Lagi lawak bila aku list-kan semua bias bias aku. Fangirl sejati betul aku dulu. Hahahaha.

I'm still into kpop. Contohnya, aku masih lagi layan B.A.P. Aku masih tengok mubank, inkigayo.

Music diorang sangat catchy tau. Addictive. Best. Jujurlah, memang best dan sangat likeable.

So, sekarang aku lebih kepada music, bukan setakat minat group tu. Asal lagu diorang best, aku akan suka lagu tu. Bukan suka diorang k. Tolong bezakan lewls.

Sambung cerita tadi; hahahahahha.


Entry entry tu memang nampak agak memalukan hahahah since I was a kid masa tu, tapi sayang nak delete.

Banyak jugak lah entry. Daripada darjah 6 tak silap aku, aku start blogging. Entahlah. Guwa lupa.

So, memang banyak lah entry akan en. Aku tak moh delete sebab semua tu kenangan. Bila aku dah besar nanti, aku akan baca balik entry-entry tu sume.

Mesti aku akan gelak lagi besar lagi sakan daripada sekarang. Hahahahahahah.

That's all for today.

Bye, Assalamualaikum.


Cita-cita


Assalamualaikum.

Fuhh lega bila dah habis jawab paper last untuk ujian sumatif pertama ni. It's hard. I just realized that aku agak hebat bab hentam-menghentam, tibai-menibai dan lain-lain perkataan yang sama maksud dengannya.

Ok. Tajuk entry hari ni ialah cita-cita.

Aku nak jadi doktor. Aku nak jadi pilot. Aku nak jadi perdana menteri perempuan pertama. Aku nak jadi chef. Aku nak jadi aku nak jadi aku nak jadi aku nak jadi...............sambung sampai penat.

Kalau hangpa ada 10 cita-cita, lantak hangpa lah. It's your life. Tak salah pun nak ada seribu cita-cita. Yang salahnya, kalau kau ada 1000000 cita-cita, tapi zero usaha.


Same goes to kalau hangpa takde cita-cita, lantak hangpa lah. But this not right. At least, kau mesti kena ada target or something you wanna be, you would like to be, atau paling mudah, something yang kau rasa kau selesa dan ada keinginan untuk teruskan.

Please jangan cakap kau ada keinginan untuk stop doing everything dan jadi penganggur yang mengharapkan jasa baik orang lain. This can be, itupun kalau kau ada masalah yang tak dapat dielakkan.

To those yang takde cita-cita. Its okay. Slow-slow. Mungkin kau macam rasa "aku belum jumpa what i should and i could be".

Follow the flow. Never give up. Never lose hope. Teruskan mencari. Mana dia kelebihan kau.

At the end, kau akan jumpa jugak cita-cita kau. Mungkin lambat sikit. Siapa tahu?

Ada orang yang bila nak cari kerja (lepas tamat ijazah atau diploma dll) baru lah ada cita-cita. Sebab danhtahu mana kelebihan dia.

Ada orang yang sejak kecil nak jadi doktor tapi end up dengan jadi pilot.

Hey, come on. Cita-cita tu something really open. It doesn't matter kalau kau nak jadi angkasawan walaupun kau tak pernah lulus paper english.

Miracle do exists. It do happens. Try to be a miracle, bukan untuk orang lain, but for yourself. Aku ulang, don't  and never lose hope.


"Kau ni banyak bunyi lah, cita-cita kau nak jadi apa pulak?"

Me? Hahahahaha. Dulu masa kecik-kecik aku nak jadi doktor (paling cliche) lepas tu aku nak jadi peguam. Lepas tu aku nak jadi pramugari (this is funnnnnnnnnnnnny pe ke benda aku duk pikir masa kecik dulu oh) then, pusing balik nak jadi peguam.

But then family aku bangkang cita-cita tu sebab bidang tu banyak rasuah. Aku tukar nak jadi cikgu math. Dah besar sikit, aku tukar lagi, kasi up sikit cita-cita tu, nak jadi pensyarah.

Aku tukar lagi dan lagi, aku nak jadi cikgu sebab kakak aku cakap jadi pensyarah lambat kahwin. Apakah? Lol. Aku pegang cita-cita nak jadi cikgu ni lama jugak lah. And then, aku tukar, aku nak jadi akauntan, lepas kawan kakak aku aku berjaya jadi akauntan and after a year, dia beli kereta myvi.

Lagipun time tu aku dah didedahkan kepada akaun sebab aku student perdagangan untuk kemahiran hidup form 1-3. Form 4, aku tukar cita-cita. Aku nak jadi ahli farmasi.


Hahahahahaha. Sebab apa tukar? Sebab aku nak nampak farmasi baru buka dekat area rumah aku. A day lepas aku aku tukar cita-cita, abang aku cakap gaji ahli farmasi lagi tinggi daripada engineer.

I was like "this is great". But then again, lepas belajar biologi dengan lebih mendalam (padahal baru bab 3) aku rasa, ahli farmasi bukan bidang aku. Let's try something even better.

Aku nak jugak jadi pilot dulu tapi aku ada masalah rabun. Takpe, kita pilih yang suit me better.

And nowwwwwwwww, cita-cita aku nak jadi penyiasat. Hahahahah joke joke. Aku rasa minat aku more to graphic and account tapi entahlah. So yep, cita-cita aku buat masa sekarang is engineer. Walaupun aku tahu perempuan memang susah nak dapat kerja as engineer sebab ini bidang lelaki.

Entah-entah minggu depan cita-cita aku akan bertukar lagi. Hahahah.

Share your cita-cita dekat comment box below. Aku sedia membaca, mana tahu, boleh jadi inspirasi untuk cita-cita aku yang seterusnya? Hahahaha.

Till here, bye! Assalamualaikum.





Kpolaroids Giveaway!!


Assalamualaikum.

Aku sedang menaip dengan sangat laju sebab aku lapar lol. Hahaha mohon gelak terguling-guling walaupun hambar.

Actually aku dah lama bookmark link giveaway ni. Cuma tak sempat nak menaip je.

So now, aku nak promote giveaway ni dekat semua orang. Moh ler join ramai-ramai.

Syarat memang super duper simple and thats the main reason why im typing this rn. Hah! Tak memasal keluar bahasa fangirl dekat sini. Hambar lagi.

Sekian, Assalamualaikum.

Loyalers

Gambar ni sepatutnya high quality tapi wechat jatuhkan quality, tu yang noise je lebih. Heh.
Assalamualaikum.

Ini short update je sebab aku tak tahu nak cerita apa tapi gatal nak update jugak.

Gambar atas tu diambil pada 3 Mac 2014. Time ni kitorang celebrate birthday untuk mereka mereka yang lahir bulan Januari dan Februari.

Tapi ada lah dua ketul budak yang lahir bulan Mac, sibuk jugak suruh celebrate birthday depa sekali. Hahahahahahaha.

Thats all for today. Doakan kami satu kelas boleh akrab like a real happy family! :)

Sekian, Assalamualaikum.