Posts

Showing posts from 2014

Random things

Image
Assalamualaikum. Ssup bruh. Sorry dah lama tak muncul dekat dunia blogging. Mood blogging hilang entah ke mana (can someone please find it for me lewls) Hari ni, aku nak buat entry campur sana sini. Random. So let's go- Piala AFF Suzuki. Congrats Thailand sebab berjaya merangkul gelaran juara bagi Piala AFF Suzuki (hamek kau ayat buku teks sebijik) Congrats juga kepada Harimau Malaya sebab menang untuk game malam ni. Tak dapat trofi pun takpe sebab dah berjaya masuk final pun satu kebanggaan untuk semua. Congrats kepada Safiq Rahim for being "top scorer". Mana tak nya, penalti goal, free kick pun goal. Wuwuwu. It was such a waste sikit lah, sebab Malaysia memang dah leading 3-0 kan. But, who knows, Thailand mampu jaringkan 2 goals last minute. And the last goal was a big hit! (I should change my cita-cita lol pengulas suit me better than engineer right kahkahkah)  But anyway, let bygone be bygone, congrats to all. It was a great game to watch, to cheer ...

Changed

Image
Assalamualaikum.  Hello hai semua. Em saja nak bagi tahu, header blog ni dah baru. Ha ha ha. Aku sayang gila header sebelum ni tapi aku dah bosan. Kali ni punya header memang boleh dikatakan "header malas" sebab effortless gila. Aku macam nak edit situ, edit sana, sebab aku bosan, sekarang ni duduk menganggur depan tv je. Takde keje, takde benda nak buat. Tapi.............takde idea. Plus, aku dah tak berapa ingat segala code code yang ada. Lewls. Setakat color code; #ffffff #000000 tu aku ingat lah. Tu pun aku confius mana satu putih mana satu hitam. Kahkahkah. Ok aku macam dah takde idea nak taip apa, so bye everyone. Enjoy your day! :) Assalamualaikum.

1st GiveAway By Anamizu

Image
Click banner untuk join! :)

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

Image
GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014. Klik banner untuk join Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015 cicakman 3 dendam orang mati anak jantan lelaki harapan dunia manisnya cinta di cappadoccia hanyut  gila baby nota suami aku ustaz balun bravo 5 hantu bungkus ikat tepi dollah superstar juvana 2 kelibat tuli sekampung terbaik dari langit 1,2 jaga Syarat-syarat penyertaan : Copy kod HTML dan paste kan di entry Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect Tinggalkan link url entry korang di ruang komen. Link kan banner ke entry ini. Saya tag;  http://ayubarbydol.blogspot.com/ http://kylifa.blogspot.com/ http://aniesaahmad.blogspot.com/

Desperate

Image
Assalamualaikum. Hai hello. I'm back yow. So topic hari ni; desperate. Wait, aku bukan nak cerita pasal "Desperate housewives" ok. Lol. Aku yakin dan pasti /eceeeh/ semua orang pernah jadi desperado. I mean, manusia yang sangat sangat terdesak. Okay, aku ada satu soalan untuk engkorang semua. "Apa yang korang akan buat bila korang sangat desperate?" Well, manusia jadi terdesak atas banyak sebab. Name it, I'm sure at least one person pernah jadi desperate for that reason. As for me, aku boleh jadi sangat desperate bila; Situasi 1: Esok exam and you know nothing, you read nothing, you remember nothing. Ohyes. kalau kau tak buat something; kau akan fail dengan 'jayanya'. Kahkahkah. So what did I do bila aku hadapi situasi ni. Well, actually benda ni jadi pun, salah diri sendiri. Siapa suruh engko study last minute. Itu lah dapatnya kan hahaha. Jadi, bila benda macam ni jadi dekat aku; kalau aku nak pasrah je or maybe some peop...

Rushing

Image
Assalamualaikum and hello anok-anok sekalian. Ya Allah, rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa dekat blog ni. Rasa macam lama gile tak taip entry. Ada sesiapa yang rindu dekat guwa tak? Lol what a silly question hahahaha. Serius weh, aku rindu gila nak menaip entry walaupun entry kosong takde benda yang cuba disampaikan pun hehe. Rindu nak blogwalking, baca blog orang lain, admire someone who blogs and earn money at the same time (paling lol) daaaaaaan yang paling rindu ialah puji blog sendiri lepas edit template kahkahkah. Aku tahu aku lame but who cares hahahaha. I'm just super excited sebab memang dah lama gila tak update blog. Bukan sebab aku takde masa atau takde idea, tapi laptop aku rosak. Papa pun nampak macam takde niat nak betulkan laptop tu, so aku pasrah je la. "Pesal tak pakai henpon" Well, that sounds genius. Tapi ampun maaf dipinta, aku malas nak menaip entry guna henpon sebab feeling dia lain. Leceh, screen kecik, susah. Ah, name it. Aku mampu bagi ser...

#SalamRamadhan

Image
Assalamualaikum. Finally, setelah setahun kita menunggu, akhirnya, Ramadhan tiba jua. Bila tiba bulan Ramadhan, banyak perubahan yang akan berlaku. Revolusi baru akan muncul. (aku akan terangkan kejap lagi pls wait ok haahha) Ok jom mula. First of all, Salam Ramadhan buat semua muslim di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua. Amin........ Aku nak cerita sikit, pasal revolusi atau bahasa mudahnya perubahan. Lol. Ayat kena pakai yang gramatis sikit hahahaha. Bila sampai je bulan Ramadhan, manusia semua akan mula berkejar-kejar untuk memperbanyakkan lagi ibadah. This is a good thing, right? But no doubt, kalau every month macam ni, lagi great. Ini semua sebab, bila kita buat ibadah pada bulan Ramadhan, pahala kita akan digandakan. Siapa yang tak nak dapat pahala senang-senang macam tu kan? I believe, semua orang nak. Jadi, this kind of revolution, patut diteruskan. Tidak kira masa. Tidak kira bulan. Jom lah kita lu...

Jepun

Image
Assalamualaikum.  Aku bagi satu perkataan je untuk title entry ni. So aku boleh cerita pasal Jepun tanpa had. Hehe. To be honest, Japan is one of my fav country yeah tak dapat dinafikan Japan memang masuk dalam list negera yang aku teringin sangat nak pergi. But why? Well aku ada banyak alasan untuk itu. First, sebab Japan maju. No doubt ok. Second, a beautiful country. Sangat best kalau dapat pergi time spring. Heaven. Alasan lain tu aku just ringkaskan je lah ye? Sejuk. Aku suka tengok Detective Conan. Bahasa jepun sangat comel hahaha. Banyak lagi tapi main reason is kemajuan Japan tu sendiri lah. Teringin nak rasa hidup dekat negara maju. Semua pakai mesin. Train semuanya laju kemain. Next subtopic (aku tak dapat fikir another words for subtopic keke) jangan cuba guna bahasa jepun dengan aku because I know nothing. Well bukanlah nothing actually. Setakat arigatou konnichiwa sayonara daisuki senpai baka tu aku tahu lah. Wait. sebenarnya it's just that. Tu je p...

Fizik

Image
Assalamualaikum. Huyoo tajuk paling membunuh. Masa menaip tajuk tu pun dah cukup buat aku seram sejuk. Cerita dia macam ni. Hari Isnin hari tu aku exam Fizik. Adalah seorang manusia tu, berlagak dia kemain lagi. Kononnya, fizik tu senang kacang macam Sivik /padahal sivik aku B je weh/ Kesimpulannya, dekat sini manusia tu pergi study Fizik a.k.a subjek paling membunuh abad ini selain biologi lol sehari sebelum exam. Kalau bijak sangat boleh lah jugak. Sekali masa jawab, terkial-kial. Minum air je lebih. Jawabnya idok. Formula sheet yang ada depan mata pun memang tak berapa nak berguna masa tu. Padan muka. Siapa suruh malas belajar. Siapa suruh leka sangat. Siapa suruh buat benda-benda lagha tu. Siapa suruh siapa suruh. Padan muka sekali lagi. Pagi tadi sekali lagi manusia tu buat hal. Exam agama pagi tadi. Malam sebelum tu baru nak baca. Baca mende kalau pukul 8 sampai 10 membuta. Bangun baca 2 bab lepas tu sambung tidur sampai ke pagi pukul 5. Pagi tu terkial-ki...

#RandomLagi

Image
Assalamualaikum. Hello. Terus terang, aku rindu nak menaip sebab tu aku duk taip entry ni padahal takde benda nak disampaikan pun. Macam biasa, aku nak exam Khamis ni. Aku rasa setiap kali aku nak exam, aku taip entry baru. Padahal, bila nak exam lah, semua orang sibuk menyelak buku, kalau boleh nak telan buku terus. Tapi aku masih leka. Bila jauh daripada exam, takde pulak perasaan nak menaip entry. Apakah semua ni? Semua ni apakah? Bila dah tiba exam, mula lah aku buat perangai pergi duk usha gooddrama.net. Oh ya, kepada yang tak tahu atau yang buat-buat tak tahu, aku memang boleh digelarkan as "k-drama maniac" tbh. Cakap je drama apa. Tapi lately memang dah jarang sikit sebab aku busy memanjang. Pagi sekolah, petang kawad, malam membuta tak pun layan drama dekat tv. Hahaha. Kesimpulannya, aku tetap layan drama cuma bukan online. Last drama aku tengok, hmmmm Sly and Single Again a.k.a Cunning Single Lady. Aku tengok sampai episode 10 je kot. Entah aku lup...

[Tutorial] Log in VLE FROG

Assalamualaikum. Hai hello everybody! So today, aku nak buat tutorial (it's been a long time since my last tutorial) pasal How to log in VLE Frog atau macam mana nak daftar masuk VLE Frog. Hehe. Aku tahu, memang ramai yang menghadapi masalah masa nak log in this thing, sebab aku pun menghadapi masalah yang sama. Tapi bukan semua dapat atasi masalah ni. Some people akan berjaya lepas tekan sana tekan sini. But some people masih tak berjaya walaupun dah cuba sedaya upaya. So untuk selesaikan masalah, jom tengok video dekat bawah ni. Walaupun dalam English, don't worry, sebab malay subtitle juga disediakan! :) Selepas tengok video tu, aku harap semua yang cuba the tutorial akan berjaya. Wish you luck! Selamat ber-VLE Frog :) Bye and Happy VLE Frog (please read it just like how the lady with weird make up from Hunger Games said Happy Hunger Games) hahaha. Assalamualaikum.

Childish Me

Image
Assalamualaikum. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. "Kau dah kenapa bergelak sakan? Menang nombor ke pe?" Baik sikit ah. Aku ni manusia bertamadun, apa barang main nombor. Kita main tali skipping je tau lol. Cerita dia macam ni. The main reason why I laugh so hard is; Tadi aku baca balik entry-entry lama. Lol serius I was so funny back then atau dalam erti kata lain, sangat sangatlah kebudak-budakan. Aku baca entry zaman aku form 2 tak silap aku. My bahasa memang budak-budak lah tapi takde lah budak-budak sampai tak reti mengeja langsung kahkahkah. It's just, "dorunk" instead of diorang. Hahahah. My past entries, memang penuh dengan kpop. Lewls. Sekarang ni aku dah kurang sikit, tapi keobsesan terhadap kdrama masih sama. Kelakar kot bila aku baca balik, aku tahu bila mv akan keluar. Bila live performance diorang. Aku bagitahu satu dunia aku download lagu diorang. Hahahahaha. Lagi lawak bila aku list-kan se...

Cita-cita

Image
Assalamualaikum. Fuhh lega bila dah habis jawab paper last untuk ujian sumatif pertama ni. It's hard. I just realized that aku agak hebat bab hentam-menghentam, tibai-menibai dan lain-lain perkataan yang sama maksud dengannya. Ok. Tajuk entry hari ni ialah cita-cita. Aku nak jadi doktor. Aku nak jadi pilot. Aku nak jadi perdana menteri perempuan pertama. Aku nak jadi chef. Aku nak jadi aku nak jadi aku nak jadi aku nak jadi...............sambung sampai penat. Kalau hangpa ada 10 cita-cita, lantak hangpa lah. It's your life. Tak salah pun nak ada seribu cita-cita. Yang salahnya, kalau kau ada 1000000 cita-cita, tapi zero usaha. Same goes to kalau hangpa takde cita-cita, lantak hangpa lah. But this not right. At least, kau mesti kena ada target or something you wanna be, you would like to be, atau paling mudah, something yang kau rasa kau selesa dan ada keinginan untuk teruskan. Please jangan cakap kau ada keinginan untuk stop doing everything dan jadi penganggu...

Kpolaroids Giveaway!!

Image
Assalamualaikum. Aku sedang menaip dengan sangat laju sebab aku lapar lol. Hahaha mohon gelak terguling-guling walaupun hambar. Actually aku dah lama bookmark link giveaway ni. Cuma tak sempat nak menaip je. So now, aku nak promote giveaway ni dekat semua orang. Moh ler join ramai-ramai. Syarat memang super duper simple and thats the main reason why im typing this rn. Hah! Tak memasal keluar bahasa fangirl dekat sini. Hambar lagi. Sekian, Assalamualaikum.

Loyalers

Image
Gambar ni sepatutnya high quality tapi wechat jatuhkan quality, tu yang noise je lebih. Heh. Assalamualaikum. Ini short update je sebab aku tak tahu nak cerita apa tapi gatal nak update jugak. Gambar atas tu diambil pada 3 Mac 2014. Time ni kitorang celebrate birthday untuk mereka mereka yang lahir bulan Januari dan Februari. Tapi ada lah dua ketul budak yang lahir bulan Mac, sibuk jugak suruh celebrate birthday depa sekali. Hahahahahahaha. Thats all for today. Doakan kami satu kelas boleh akrab like a real happy family! :) Sekian, Assalamualaikum.