Fizik


Assalamualaikum.

Huyoo tajuk paling membunuh. Masa menaip tajuk tu pun dah cukup buat aku seram sejuk.

Cerita dia macam ni. Hari Isnin hari tu aku exam Fizik.


Adalah seorang manusia tu, berlagak dia kemain lagi. Kononnya, fizik tu senang kacang macam Sivik /padahal sivik aku B je weh/ Kesimpulannya, dekat sini manusia tu pergi study Fizik a.k.a subjek paling membunuh abad ini selain biologi lol sehari sebelum exam.

Kalau bijak sangat boleh lah jugak. Sekali masa jawab, terkial-kial. Minum air je lebih. Jawabnya idok.

Formula sheet yang ada depan mata pun memang tak berapa nak berguna masa tu. Padan muka.

Siapa suruh malas belajar. Siapa suruh leka sangat. Siapa suruh buat benda-benda lagha tu. Siapa suruh siapa suruh. Padan muka sekali lagi.


Pagi tadi sekali lagi manusia tu buat hal. Exam agama pagi tadi. Malam sebelum tu baru nak baca. Baca mende kalau pukul 8 sampai 10 membuta. Bangun baca 2 bab lepas tu sambung tidur sampai ke pagi pukul 5. Pagi tu terkial-kial nak baca buku.

Masa jawab paper, sekali lagi, kerja minum air je. Jawab pun macam eh betul ke eh ye ke eh hentam je lah.

Sampai tak boleh nak decide; soalan susah ke engkau yang tak baca buku.

Padan muka buat kali ketiga.

Time sebelum jawab paper agama, teacher manusia tu masuk, lepas tu classmates manusia pun mula lah bertanya pasal paper Fizik. Lulus ke idok, berapa ramai gagal, berapa ramai dapat A.


Then teacher yang comel tu pun jawab dengan muka paling serius.

"Takde sapa dapat A. Paling tinggi 67" Paling tinggi 67, which is just B.

Masa tu manusia yang study last minute tu terus jadi tak betul. Jantung keluar masuk keluar masuk /gaya bahasa hiperbola diselitkan di sini keke/

Ok manusia tu memang aku. Lol. Aku serius ni. That's me.

Aku macam dah "kalau paling tinggi pun 67 which is sipi sipi je nak ke C, aku dapat apa ohhh?"

Macam tu lah cerita dia.

Aku cerita memang beria sikit. Semoga anda pun beria semasa membaca. Lol. Hambarnya.

Kbye. Assalamualaikum.


No comments :