[131108] Jamuan 3 Setia


Assalamualaikum.

Hello hello hello.

Ok aku terus kepada main point, so today baru aku sempat update pasal jamuan kelas 3 Setia yang berlangsung pada 8 November 2013 yang lepas /ayat karangan bm/

Comment aku; best, happening, lawak, awesome tapi sedihnya ada segelintir yang tak datang dan ada juga yang datang tapi tak join dengan aktiviti.

Actually, benda ni kitorang arrange sendiri. Penat oh pergi sana sini bincang apa sume, cari barang, kira duit takut bajet lari. Hahahaha.

Memang terkilan sikit, sebab ramai yang tak dapat datang sebab hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan. Huhuhuhuhu.

Tapi, jamuan tetap diteruskan. Ohyeay!


Kitorang tak pergi jauh pun sebab takut nanti ciput je yang dapat datang lol. So, kitorang buat dekat KFC area sekolah je. Senang.

Habis kecoh KFC tu masa hari tu. Kitorang expect tak ramai orang sebab kitorang  buat hari Jumaat lepas solat Jumaat.

But, yeay benda ni tak dapat dielakkan dan KFC memang ramai orang masa tu.

Mula-mula memang takde tempat sangat, tapi kitorang ramai, so orang-orang yang ada dekat situ pun beredar lol. Itu memang rancangan sebenar kitorang /gelak jahat/

Moral of the story; Always expect the unexpected.


Kitorang main some games tapi tak dapat main semua sebab tak cukup masa. Mana taknya, janji 2.30pm, datang pukul 3.00pm. Janji melayu betul. Cis.

So kitorang sempat main; transfer drawing and teka siapa yang makan cili /aku tak tahu apa nama game tu/

Tahniah kepada kumpulan Biru sebab menang hahahahaha penat oh diorang lukis dengan cantik plus berlakon tahan pedas dan buat-buat pedas semata-mata nak menang. Eh dapat ayam goreng free kot. Hahahaha. Congrats again!

Aku dah rasa macam tengah buat karangan laporan sekarang ni.... formal habis wa cakap sama lu! Hahaha.


Ok teruskan. Lepas tu, kitorang buat sesi photoshoot oh yeay yeay part aku paling suka hehehe.

Lepas dah penat bergambar, aku pun umumkanlah pemenang King and Queen of the day. Hahaha poyo sangat!

Bukan aku yang pilih pemenang, tapi some students 3 Setia terpilih yang pilih /you guys should be glad ok/


Congrats to Khusairi and Sabrina sebab menang. Kepada yang frust sebab tak menang, mohon terjun sungai Klang. Hahahahaaha.

Sebelum masing-masing angkat kaki, balik rumah, kitorang bergambar lagi dan lagi dan lagi.

Budak lelaki buat kecoh dekat atas, duk pecahkan belon sana sini. Orang lain dah pandang dan mungkin dalam hati menyumpah-nyumpah sakit hati punya pasal.


Aku pun sakit hati sebab memang bising gile.

Then, button badge 3 Setia pun diedarkan....... Diorang memang teruja gile sampai buat aku rasa terharu. Hahahaha tetiba je. Mana taknya uolls, iolls yang design kahkahkahkah tapi depa tak tau punsss lewls /gedik tahap alien sewel/ 

Walaupun badge tu tak cantik mana, tapi tolong tolong tolonglah cakap cantik hahahahahahaha.


Lepas dah sepahkan tingkat atas KFC tu dengan macam-macam benda, kitorang pun balik.

Ok sampai situ je ceritanya. Kalau ada yang tertinggal, hangpa tambah sendiri dekat blog sendiri. Hahaha.

Bye Assalamualaikum.

Psst; Untuk gambar yang lebih banyak sila rujuk facebook aku lol

 Cikgu Ain and I wait and derp Riema!
 Oh gitar....berbunyi.. HAHAHA
 The girls in purple lewls
 The girls
 Kami lagi...........
Yang dekat tepi tu tunggu due nak bersalin. Baby pertama. Lol 
 Me and cempakatak hehehe love you cempaka!
 Yang dekat belakang tu memang suka enterframe.
 Baby - Me - Bro
 XOXO
 Hehehehehe
 Minapal x Banglachi
 With Kak Yimaaaaaaaaaaa dan ye mereka enterframe lagi.
 Adibah!
 Hmmmmmm~


No comments :