Air mesin!



Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal something yang berlaku dekat sekolah.

Something that made me laugh so hard sepanjang hari. Hahahahaha.

*** 

Alkisahnya macam ni;

Dekat sekolah aku, memang ada satu mesin peruncitan automatik yang jual variety of beverages lah kan.

Complete dengan cold and hot water. Yang sejuk tu memang siap dengan ais hohoho.

One day tu, kitorang baru je lepas bertugas dekat koperasi. Time on the way, aku dengan dua orang lagi besties aku kempunan nak minum air mesin (memang lawak tapi kenyataannya kitorang memang panggil air tu air mesin lol)


Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni je aku jumpa dekat google. Saja bagi gambar kecik, nak uji kesabaran hangpa semua. Kekekekeke.

So, kitorang pun pergilah menuju dekat air mesin tu dengan gembiranya. One of my friend, aku gelarkan dia Q ok.

Q pun masukkan lah duit dalam mesin tu. Lepas tu sorang lagi member lelaki aku datang. Datang saja nak menyibukkan diri sebab dia memang kepochi kahkahkah.

Si Q ni memang happy gila sebab berjaya masukkan duit sebab hari sebelumnya, mesin tu buat hal.

Q ni pun peluklah mesin tu. Fefeling cerita hindustan pulak dia. Hahahahaha. Budak lelaki tu pulak saja nak mengenakan Q ni, dia pun acah-acah nak tekan button air kopi yang memang tak sedap langsung. Tawar dan pahit.

Q tu perempuan. Ni gambar contoh sebab macam ni lah dia peluk mesin tu.
Tiba-tiba, ada cawan warna oren yang melambangkan air panas turun. Lepas tu keluarlah air panas, gula dan minuman warna coklat.

Persoalannya, siapa yang tekan? Yang keluar tu air apa? Hahahahahah. Ce teka ce teka.

Actually, yang keluar tu air milo panas. Si Q ni pun frust menonggeng sebab dia nak beli milo sejuk. Dia pun menyalahkan budak lelaki ni. Sebab dia ingat budak lelaki ni yang tekan.

Q ni kalau dah frust memang teruk gila. Sipi sipi je Q ni nak nangis kahkahkah sebab tak dapat minum milo sejuk punya pasal.

Aku pun suruh lah Q ni ambil air tu cepat sebab aku nak beli air pulak.

Disebabkan aku memang haus, aku pun masukkanlah duit singgit tanpa berfikir panjang, aku tekan air blackcurrant sejuk punya! Wuuuu~

Tap!

Cawan kaler biru yang melambangkan air sejuk pun turun. Yang sadisnya, cawan tu turun atas cawan milo panas si Q tadi.

Habis berdouble weh cawan dekat situ. Ais dengan air melimpah melimpah. Epic gila!!!!

Kitorang semua pandang sesama sendiri. Aku terus jerit nama si Q ni sebab bengang punya pasal. Rugi 60 sen aku. Cis keju betul.

Aku ingat dia dah ambil air milo panas dia tu, rupanya dia bukak je tempat untuk ambil air tu. Alasan dia; panas.

Aku lagi panas hati sebab tengok air blackcurrant aku melimpah-melimpah dekat situ. Huwaaarggh!

Lepas tu, kitorang semua gelak habis-habisan punya.

Aku pun dengan perasaan bercampur-baur tak tau nak sedih nak gelak nak marah pe sume, aku ambil lah duit balance.

Then, kitorang bersihkah tempat ambil air tu, dan beli lagi sekali. Aku berhabis RM1.20 kot untuk beli secawan air blackcurrant. Huhuhu. Tapi Q habis RM1.90 hahahahahah.

Dalam perjalanan balik ke kelas, kitorang memang bantai gelak habis-habisan punya. Lawak gila kot.

Tapi kalau engkorang rasa tak lawak, itu salah aku lah sebab aku memang fail bab cerita balik ni. Benda lawak terus jadi hambar.

Ada satu lagi persoalan yang belum terjawab. Siapa yang tekan air milo panas tu? Kahkahkah.

Manusia yang tekan air milo panas tu sebenarnya ialah............. Q!

Dia tak tekan guna tangan bukan juga guna kaki. Tapi guna kepala sebab time tu dia kan peluk mesin tu.

Inilah padahnya. Kegembiraan yang membawa kepada kesedihan sebab rugi manyak woo.

Tamat.

***

Walaupun teknik penceritaan aku membuatkan cerita lawak ni hambar, still, tolonglah gelak. Kahkahkah.

Bye, Assalamualaikum.

Jangan lupa senyum! :)