We love you Puan Alia!





Assalamualaikum.

Hai hello HAHAHAHA. Ok actually aku dah lama tak update entry ni, tapi tak berkesempatan sebab gambar takde.

And now, aku berjaya dapatkan semua gambar.

Fuh susah gila. Terpaksa aku korbankan RM1 demi entry ini tahu. lol let's start.


Pada hari Khamis, 23 Mei 2013, kami 3 Setia bersatu dan bekerjasama for the first time, untuk menjayakan kejutan ini.

Tapi sayang, kejutan yang dirancang rapi beserta gimik yang tak boleh blah, gagal separuh jalan.

Bukan sebab tak cukup kerjasama atau diganggu oleh cikgu disiplin, tapi sebab cikgu kami dah sakit perut nak bersalin.

WOW so WOW

Hahahahaha. Ok let me explain, kejutan apa yang kitorang cuba buat ni.

Actually, kitorang merancang untuk buat suprise dekat Cikgu Alia sempena Sambutan Hari Guru dan sempena dia nak cuti bersalin.

Almaklumlah, keesokkan harinya, dah mula cuti sekolah. So bila lagi nak buat kan?

Kami tak celeb Hari Guru sebab kelas kitorang dicutikan waktu tu. Kesian cikgu kitorang tak dapat hadiah lol.

Kitorang siap combine dengan kelas 3 Luhur tau!

First time juga kitorang berinteraksi secara informal dengan kelas lain. Hahahaha sebab sebelum ni kelas kitorang sentiasa jauh daripada kelas lain. Huhu.

Gimik yang kitorang rancang, hehehehe. Budak lelaki kelas Setia bergaduh bertumbuk bergusti dengan budak Luhur dekat depan kelas Setia masa waktu terakhir.

Cake, hadiah, kad, semua dah siap tinggal nak cakap "SUPRISE" je. lol

Tapi lepas je waktu rehat, tiba-tiba Arash berlari masuk kelas and cakap,

"Weh, cikgu dah nak balik"

Kitorang semua terdiam. Lepas tu masing-masing lari keluar daripada kelas cari cikgu. Kesian cikgu ganti ditinggalkan dalam kelas.

Aku dengan Cempaka berlari pergi kelas Luhur, cakap cikgu dah nak balik.

Khusairi dengan Arash pula berlari kejar cikgu.

Nasib baik sempat tahan. So kitorang semua turun bawah pergi dekat kantin.

Kelas-kelas lain semua pandang kitorang sambil buat muka what-the-heck-they-trying-to-do Hahahahaha muka confius semua.

Mana taknya, kitorang sesuka hati berlari dekat koridor, terjerit-jerit, turun kelas, pergi kantin.

Ye, kami buat sekolah tu huru-hara untuk beberapa minit lol sekali-sekala apadehal.

Sampai je dekat belakang kantin, semua dah prepare pegang cake, hadiah, kad apa semua.

Cempaka pun minta semua nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" lalu kami pun nyanyi bersama dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bila muncul je depan kantin, omg.

Kitorang sekali lagi terkedu dan terus ketawa terbahak-bahak. Teka apa yang terjadi. Hahahahahahahhaha

Cikgu Alia yang tadi sedang elok duduk di kerusi kantin, takde dah dekat kerusi tu.

Beliau sedang pergi membeli air dekat kauter kantin. lol. Yang ada dekat kerusi tu cuma cikgu lain yang teman cikgu Alia je.

Lepas tu kitorang semua berlari semula belakang kantin. Tunggu masa nak keluar lagi sekali. Haha.

1 2 3!

"Allah selamatkan cikgu, Allah selamatkan cikgu, Allah selamatkan cikgu Alia, Allah selamatkan cikgu..."

All of us, yes ALL of us cried. We cried. Tangisan kegembiraan dan tangisan kesedihan.

Gembira, sebab akhirnya kami bersatu, kami berjaya buat kejutan.

Sedih, sebab lepas ni 3 bulan cikgu takde cuti bersalin.

Cikgu Alia, sudah lencun dibasahi air mata, aku sendiri tak tahu, beliau menangis gembira atau sedih atau sakit atau marah. lol ayat aku.

Mula lah slot drama air mata kan? Bersalam-salaman, cium-ciuman, berpeluk-pelukan. lol

Percaya atau tidak, budak lelaki pun nangis jugak! Hahahahaha.

"Yang lelaki, boleh peluk aku" -Khusairi.

Hahahahahahaha. Lepas tu, kitorang pun makanlah cake tu semua. Cikgu yang potongkan.

"Pergi minta pisau dekat makcik kantin, saya potongkan kek" -Cikgu Alia.

Again, we cried. Touching punya pasal. Hehehe.

"Awak ni, tak jadi saya nak beranak. Awak ingat saya saja-saja ke nak balik. Saya sakit nak beranak tahu!" -Cikgu Alia

Lepas tu, sesi bergambar pun bermula. Tak banyak gambar pun, sebab masing-masing baik, tak bawa camera ke sekolah.

Nasib baik, Izzatie bawa phone dia. lol thanks izzatie <3

Then, ayah Cikgu Alia, Encik Hamzah pun datang.

Sekali lagi, Khusairi dan Arash memainkan peranan pergi dekat gate, jumpa dengan pakcik guard, suruh naikkan palang.

So, kereta ayah Cikgu Alia bolehlah masuk. Hahahaha.

Lepas tu cium salam peluk nangis lagi sekali. Siap bukakan pintu lagi. Masukkan hadiah dalam kereta. Semuanya kitorang buatlah.

Special untuk cikgu sebab kami sayang beliau. Hehehehehe.

Finally, all of us;

"Bye bye Cikgu Alia~~~~~" sambil lambai tangan.

And then, someone said "Bye pakcik eh atuk!" lol hahahaha dia cakap bye dekat ayah cikgu. Hahaha.

Kami pun berjalan naik ke kelas. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.


Beginilah kisahnya, lawak weh. Kitorang dapat kegembiran, kesedihan, malu, muka tak puas hati daripada cikgu and student lain, kena gelak, orang kerek dekat kami.

Tapi, kitorang ignore. Semuanya demi cikgu!

Kalau cikgu baca entry ini /ajaib/ saya, Nurul Aze Alia binti Bahar mewakili 3 Setia, nak cakap "Kami sayang cikgu sangat sangat!!"

That's all for today. We will meet again when we meet. Bye

Assalamualaikum.

Psst; silalah hadap gambar kami di bawah ini lol








1 comment :

Anonymous said...

Azeee...terharu nyer sy.x sangke ade jgk yg sudi blog psl sy..tq cik aze syg.tq so much..want to show this to my husband..nk eksyen sket student2 cikgu syg cikgu..hehe.again,tq so much aze, 3 setia, n 3 luhur..<3