Duit duit duit


There are people so poor, that the only thing the have is money.
Assalamualaikum.

Hai hello hehe. Aku nak update entry pasal futsal ekceli tapi aku nak lagi banyak gambar so nanti je lah.

Ok. Hari ni aku nak bincangkan pasal DUIT.

Siapa yang tak nak duit?

Siapa yang tak suka duit?

Siapa yang boleh survive walaupun takde duit?

Siapa yang boleh hidup bahagia tanpa duit?

Siapa yang tak nak dapat duit tanpa perlu bekerja?

Siapa yang tak nak duit jatuh dari langit?

Siapa yang tak nak bank dia sentiasa dipenuhi dengan duit?

Siapa yang tak nak duit raya?

Siapa? Siapa? Siapa? 

Honestly, aku bukanlah orangnya. Aku perlukan duit. Sangat sangat perlu. Hehe.

Mungkin ada yang tak nak duit, tak suka duit, boleh survive tanpa duit, hidup bahagia tanpa duit.

Tapi boleh kira lah weh berapa ramai.

Ye lah, sekarang ni nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen at least. Kan?

Mana dapat lagi nasi lemak 50 sen? Paling murah pun RM1 tapi susah nak jumpa. Paling common RM1.20.

Beli barang dapur pun mahal. Kalau family tu ada baby, pampers dengan susu dah berapa puluh RM?

Let's say kalau ada family member yang sakit, dah kena keluar duit untuk ubat pula.

Pendek kata, semuanya perlukan duit.

Kadang-kadang walaupun kita tak nak buat benda tu sebab kita takde duit, kita still kena bayar sebab benda tu dimestikan. Yes aku maksudkan exam.

Nak exam pun kena bayar kan? Kalau lulus, keputusan cemerlang, memang berbaloi.

Tapi kalau keputusan macam hampeh dan kau memang tak nak ambil exam tu, berbaloi ke?

Think again.

Kita tak boleh nak salahkan sesiapa dalam kes macam ni.

Aku bagi korang satu situasi. Ok macam ni;

Seorang fakir miskin nak beli beras untuk bagi makan keluarga dia. Seorang peniaga yang anaknya sakit dan memerlukan duit untuk pembedahan. Kau rasa peniaga tu nak ke jual beras tu dengan harga murah?

Ok satu lagi aku tak dapat terima.

Aku tak faham kenapa manusia menghukum banduan macam mereka ni takde harapan untuk berubah.

Yes, they made mistakes, dan mereka dah kena hukum pun, kan?

Tapi kenapa setiap kali banduan minta kerja, orang tak beri peluang? Takut banduan tu buat kesilapan yang sama?

Banduan tu tahu apa rasa hidup dalam penjara. Kau rasa dia nak ke masuk lagi dalam penjara?

Bila mereka ni tak ada kerja, takde duit, mereka terdesak. Terdesak nak duit.

So mereka terpaksa buat semula kerja-kerja kotor mereka. Adil ke?

Siapa kita nak menghukum orang? Think people think.

Hahaha. Ada yang cakap, ada je orang yang boleh survive tanpa duit.

Siapa? Pengemis? Hello, mereka juga perlukan duit. That's why mereka mengemis.

Aku rasa manusia yang tak perlukan duit cuma wali songo. Hahahahaah.

Lagi pasal duit. Kalau someone tu nak berjaya, nak jadi someone yang dikenali, disanjungi.

Mereka juga perlukan duit. Duit untuk tampung perbelanjaan pengajian mereka. Buku, yuran and so on.

Ok dekat sini aku bukan nak cakap duit ni benda wajib. Duit ni benda yang perlu ada untuk terus hidup.

Untuk kau support keperluan asas kau. Kehendak kau.

Tapi dalam kita sibuk mengejar duit, cara dan niat tu kena betul.

Niat untuk terus hidup di muka bumi Allah untuk terus perjuangkan Islam dan mengumpul pahala untuk kebaikan di akhirat.

Cara, belajar bersungguh-sungguh, usaha sedaya upaya, kerja sehabis baik.

Bukannya niat semata-mata nak hidup senang di dunia, nak jadi kaya, nak beli semuanya, nak enjoy.

Cara pula guna cara kotor macam rasuah, curi, pecah amanah.

Actually, ada lagi cara untuk dapat duit. Tapi perlu disertakan dengan semua cara baik yang aku cakap tadi lah.

Solat Dhuha. Pray and pray. Sucikan hati. Bersihkan jiwa. Tadah tangan. Rendah diri. Berdoa. Ikhlas.

In Syaa Allah, Allah kurniakan rezeki yang melimpah. Duit yang melebihi keperluan. Allahu

Tapi, bila dah kaya, jangan pula lupa Allah. Niat juga dah mula terpesong. Tak bersyukur.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Bila someone tu dah kaya, bersedekahlah. Sesungguhnya sedekah itu satu amalan yang tak akan terputus pahalanya walaupun setelah kau meninggal dunia.

Bila kita dah cukup kaya, kita timba lagi ilmu. Lepas tu, sebarkan ilmu tu kepada orang lain. In Syaa Allah, jika ilmu itu dimanfaatkan oleh si penerima selama-lamanya, tak kan terputus juga pahala yang kau dapat.

Bila kita ni dah berduit, apa salahnya kalau hantar anak-anak pergi belajar agama. Bawa anak-anak pergi ceramah agama. Didik anak-anak supaya beragama, berkelakuan baik. In Syaa Allah, lepas kau meninggal dunia, anak-anak kau ni yang akan tolong kau, doakan kau selamat di akhirat kelak.

Pssst; Ada yang duit tak boleh beli. Kasih sayang, cinta, ibu bapa, family, keikhlasan.



Terasa diri ni macam ustazah pula. Segala kekhilafan, datangnya dari saya. Segala yang baik, datangnya daripada Allah.

Sekian. Thanks a lot for reading.

Semoga berguna buat anda semua.

Peace yaw.

Pssst; actually tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Sedekah boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Wassalam.

No comments :