Fakta tentang mimpi | Facts about dreams

Assalamualaikum.

Hi. Aku kembali. Seperti yang dijanjikan, setiap hari aku akan update entry. Tidak kira mengenai apa.

Jadi ini merupakan entry untuk hari Khamis. Dah lepas pukul 12 kan? Hahaha.


Okay siapa tahu mimpi tu apa? /feeling cikgu tadika/

Well. Mimpi ialah satu daripada perkara yang paling misteri dan pengalaman yang menarik dalam hidup kita.

Eh siapa tak suka bermimpi kan? Lagi-lagi kalau dalam mimpi tu ada pulak kisah cinta. Lol /aku pernah mimpi myungsoo/ ok drop that.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu fakta-fakta menarik tentang mimpi ni. Aku pun bukannya tahu sangat, so dengan perasan ingin tahu, aku pun menyelongkar google and taraaa! I found this site. All credit to this site.

A big clap to the owner first. Ok sekarang aku dah boleh start. Ehem ehem /ketuk microphone/



1. Korang akan lupa 90% daripada mimpi korang.
Dalam tempoh masa 5 minit sahaja, separuh daripada mimpi telah dilupakan. Dalam tempoh masa 10 minit, 90% telah hilang.

2. Orang buta juga bermimpi.
Mereka yang buta setelah lahir dapat melihat imej melalui mimpi. Mereka yang dilahirkan buta tak dapat melihat apa-apa imej, tetapi mempunyai mimpi yang melibatkan deria lain. Cth: bunyi, bau, sentuhan dan emosi.

3. Semua orang bermimpi.
Semua manusia mimpi kecuali jika mereka mengalami gangguan psikologi yang melampau. Kalau korang rasa yang korang ni tak bermimpi, actually korang dah lupa mimpi korang tu. Kesimpulannya, semua orang mimpi.

So kalau ada yang cakap "Aku tak pernah mimpi." Balas je camni....

"Kau tak mimpi, kau gila." Hahahahaha.

4. Hanya bermimpi muka yang dikenali.
Minda korang tak mencipta wajah. So, dalam mimpi korang, korang cuma melihat wajah yang sebenar /real dan wujud/ sama ada korang kenal dia, ataupun korang pernah nampak tapi korang tak tahu dan tak ingat.

Korang semua dah tengok beratus-ratus ribu wajah dalam hidup korang. Jadi, korang semua ni ada bekalan karakter yang tidak berkesudahan /endless/ untuk otak korang gunakan dalam mimpi.

5. Tak semua mimpi berwarna.
Seramai 12% manusia daripada semua manusia di seluruh dunia ni mempunyai mimpi yang tidak berwarna atau hanya hitam dan putih sahaja.

Baki 78% pula, mempunyai mimpi yang berwarna. Jadi, kepada yang mimpi dia ada warna, tolonglah bersyukur. Ucap Alhamdulillah pun dah terlebih cukup.

6. Mimpi ialah simbol.
Kalau korang mimpi tentang suatu perkata, tak semestinya korang betul-betul mimpi pasal benda tu. Mimpi disampaikan dalam bahasa yang sangat simbolik. Jadi, susah untuk kita tafsirkan mimpi kita.

7. Emosi yang ada dalam mimpi.
Emosi yang paling common sekali masa kita bermimpi adalah rasa cemas. Korang lebih kerap rasa emosi negatif berbanding positif.

8. Boleh bermimpi empat hingga tujuh kali dalam semalam. 
Secara purata, korang boleh bermimpi bila-bila masa sahaja dalam jangka masa 1 hingga 2 jam.

9. Haiwan juga bermimpi.
Kajian telah dilakukan ke atas haiwan yang berbeza, dan mereka semua menunjukkan gelombang otak yang sama semasa tidur bermimpi seperti manusia.

10. Mimpi yang menjadi nyata.
Sebuah penelitian menyebutkan seramai 18-38% orang pernah mengalami mimpi yang menjadi nyata. Sementara, 70% orang merasakan deja vu.

11. Lelaki dan perempuan mempunyai mimpi yang berlainan.
Lelaki lebih cenderung bermimpi mengenai lelaki lain. Lebih kurang 70% karakter dalam mimpi lelaki merupakan lelaki. Sebaliknya, perempuan mempunyai mimpi yang mengandui jumlah karakter lelaki dan perempuan yang seimbang.

Selain daripada itu, lelaki selalunya mempunyai emosi yang lebih agresif dalam mimpi mereka berbanding perempuan.


Sebenarnya banyak lagi fakta menarik tentang mimpi. Tapi aku dah terlampau ngantuk dan lapar. Jadi, cukup sampai di sini sahaja.

Semoga ilmu yang aku sampaikan ni bagi maanfaat kepada korang semua.

Sekiranya ada kesilapan dalam men-translate-kan, tegurlah ye.

Ribuan terima kasih buat pemilik sebenar yang mengkaji mimpi.

Terima kasih juga kepada yang membaca.

Jangan lupa tinggalkan comment.

Psssst; lihatlah betapa formalnya aku. lulz.

Assalamualaikum.

No comments :