Biawak


Assalamualaikum.

Satu patah perkataan je aku taruk dekat title sebab entry ni memang nak cerita pasal biawak.

Cerita ni memang ada kena mengena dengan aku atau lebih mudah cerita pasal aku dengan biawak. Kami bukan pasangan bahagia. Harap maklum.

***

Ok, ceritanya mula macam ni. Time aku baru balik daripada sekolah. Lepas je aku masuk rumah dan kunci pintu, tetiba aku nampak seekor biawak yang besar besar gile babun punya besar. Dah macam buaya pun ada.

Dah lah gedabak besar, hitam legam. Sungguh menakutkan bila teringat balik.

Biawak tu dengan kelajuan 90km/j pun merangkak masuk ke dalam rumah aku. Kiranya macam dekat halaman tapi dalam pagar. Jarak pagar dengan sliding door kira-kira 4-5 meter camtu.

Kau bayangkan, aku nampak biawak merangkak masuk rumah dengan kelajuan sebegitu, agak-agak apa aku buat.

Terus nangis ah, apa lagi. Padahal bukannya biawak tu boleh terkam aku pun sebab dihalang oleh sliding door dan grill. Tapi disebabkan takut tahap sikit lagi nak terkucil en, apa lagi, buat drama air mata lah kan.

Sudahlah aku sorang je dekat rumah. Kalau ada orang lain, mungkin air mata dapat dikawal tapi kali ni memang cannot go ah. Tak pernah aku setakut ni. Hahaha.

Actually, plan aku, lepas balik je sekolah, relax kejap, tengok tv lepas tu bersiap and pergi sekolah balik, sebab aku ada kawad.

Tapi lepas kejadian biawak masuk rumah ni, aku jadi macam tak tentu hala. Nak relax pun dah tak boleh. Punyalah aku menggigil takut. Hahaha.

So, aku pun fikir lah macam-macam cara untuk halau biawak ni. Mula-mula aku ketuk dan sepak menyepak sliding door tu. Bunyi yang dihasilkan memang cukup untuk buat jiran sebelah bengang sebab bising. Lewls.

Tapi, biawak tu watlek watpeace je berbaring bersantai bawah kereta. Aku teruskan mengetuk dan menyepak untuk beberapa minit sampailah aku fed up dan cuba dengan kaedah lain.

Aku guna cara yang memerlukan kepakaran membaling. Kahkahkah. Aku kumpul beberapa batang pen, aku bukak sliding door, dan campak pen-pen tu dekat kereta. Kononnya macam nak takutkan biawak yang sedang bersenang lenang bawah kereta, tapi hampeh. Biawak ni pekak agaknya.

Gigih aku baling pen tu satu persatu. Tapi rancangan ni pun tak berjaya. Disebabkan tak banyak masa yang tinggal untuk aku bersiap sebelum pergi kawad, aku pun call one of my senior, untuk bagitahu awal-awal, kot kot aku tak boleh attend kawad sebab biawak ni ada depan rumah.

Glad that she undestand me dan siap pesan lagi suruh doa banyak-banyak.

Then, aku pergi lagi sekali mengintai biawak tu dekat bawah kereta, tapi dah takde. Lepas je aku selak langsir dekat sliding door tu, aku nampak......

Biawak tu tengah jelir jelir lidah dekat depan mata aku (masih dihalang oleh sliding door) Gila betul. Walaupun ada sliding door, tapi sliding door kan transparent. So aku nampak biawak tu dengan sangat jelas.

Allah je tahu macam mana jantung aku time tu. Gila. Sangat gila. Jantung memang berdegup laju mengalahkan kelajuan biawak tadi tu. Dasyat.

Lepas tu, aku terus take a bath dan bersiap untuk pergi kawad. On my way untuk mandi and bersiap segala bagai, aku rasa macam aku nampak biawak dimana-mana sahaja. Biasalah, bila kita takut, kita akan berhalusinasi kan.

So aku nampak biawak dimana-mana sahaja yang membuatkan aku trauma untuk beberapa hari. Keje asyik tengok belakang je takut ada biawak. Kahkahkah.

Selepas sahaja aku bersiap dan dah ready untuk pergi kawad. Aku pun intai ke luar sekali lagi.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Biawak tu dah takde. Sebelum aku buka sliding door dengan grill, memang aku perhati setiap sudut yang ada dekat rumah aku. Hahahaha.

Around 5-6pm, aku pun balik rumah. Penat beb baru lepas kawad.

Sebelum aku bukak pagar rumah, the first thing aku buat was, aku check dulu bawah kereta. Sebab dekat situlah biawak tadi tu bermalas-malasan.

Walaupun aku memang pasti biawak tu dah takde, aku tetap berdegil tak nak masuk rumah. So, aku pun stay dulu dekat rumah pakcik aku yang selang serumah je daripada rumah aku.

Aku watlek watpeace dulu sementara tunggu ibu balik. Lepas ibu balik, aku pun balik. The end. Hahahhahaha. Ending memang cliche habis wa cakap sama lu!

Sejak daripada kejadian biawak ni, setiap kali aku masuk rumah, aku akan check depan belakang kiri kanan dan bawah kereta, sebelum masuk rumah.

Dan, of course, aku terus membenci biawak. Even time aku taip entry ni pun, aku rasa geli gila bila teringat rupa paras biawak tu. Urgh.

***

Sebarang kisah suka duka anda bersama binatang yang sekaum dengan biawak ataupun dengan biawak sendiri, boleh lah cerita dekat aku dengan cara komen di entry ni. Hehehehe.

Sekian, Assalamualaikum.

//psst; aku tak sanggup nak google gambar biawak so takde gambar biawak dalam entry ni.

5 comments :

Anonymous said...

Rilek lah aze aq pernah biawak tersekat dkat grill pintu rumah yang kotak2 dia nak masuk rumah mungkin dgn kelajuan dia nak merangkak masuk tu dia tersekat terus and dah takleh gostan kebelakang. At that time waktu musim hujan biawak asyik naik ke darat je. My atuk terus bunuh lah masa dia tersekat. :)

ROZITA AHMAD said...

Kes akak plak...bertelur dpn umh.collect 14 bijik lg.

zafairMAS_shakleeSITE said...

Hai.. biawak ade dlam toilet ni.. acamne nk halau.. adoi.. xkn nk amik? Hishhhh..! Sanggp xmasuk toilet lagi ni.. hehehehhe

Anonymous said...

Aku g tengok kucing aku belakang rumah. Hujan lebat gila. Sekali aku tengok biawak betul2 sebelah kaki aku, besar gila. besar gila-gila. aku nampak leher dia berlapik-lapik. aku punya nangis ah. Biawak ni dah sinonim dgn diri aku ah. i feel you :)

girl_Life♡ said...

Hari ni biawak bunuh kucing comel saya..jahat!!pembunuh bersiri!!akhirnya misteri banyak kucing saya mati terjawab..